Pernah dengar, berus gigi tetapi masih lagi ada kesan mulut berbau. Ini kerana mungkin terdapat kesilapan ketika memberus gigi. Selain itu, ada juga orang yang memberus gigi tidak berus sepenuhnya kerana selalu tertinggal untuk memberus bahagian yang sukar seperti bahagian belakang gigi geraham.
Terdapat juga mitos yang tidak benar bahawa tertelan flourida yang ada dalam ubat gigi boleh buat anda sakit perut. Disebabkan itu, seorang Doktor Gigi iaitu Dr. Ibrahim Syah berkongsi melalui twitter thread miliknya cara betul menjaga kesihatan gigi.
Ikuti perkongsiannya melalui thread ini:
Penjelasan sebenar konsep ‘Spit Dont Rinse’
Ia sebenarnya bertujuan untuk menggalakkan lebih lama ion flourida berada di permukaan gigi
Ads
Ion flourida membantu menyekat bakteria dari membiak dan merosakkan gigi
Jika berkumur dengan air yang banyak selepas memberus gigi dapat mengurangkan kebaikan ion flourida dari ubat gigi
Ads
Terdapat cara lain untuk memberus gigi dengan betul
Tunjuk cara betul guna ubat gigi pada berus gigi
Ads
Jika guna ubat gigi dengan jumlah yang betul & kalau tertelan tidak mencapai taraf toksik
Berus gigi guna ubat gigi flourida dan tidak perlu kumur dengan banyak kerana mahu kebaikan ion fluorida kekal lama di gigi
Cuba ubah cara lama secara perlahan-lahan untuk jaga kesihatan gigi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skechers Friendship Walk & Run 2026 kembali dengan skala yang lebih besar dan lebih mencabar, khas buat mereka yang mencari alasan untuk kembali aktif atau sekadar mahu menikmati vibe larian komuniti yang penuh tenaga positif.
Dijadual berlangsung pada 21 Jun 2026 di Putrajaya, edisi kesembilan acara ini menjanjikan pengalaman pagi yang bukan sekadar tentang larian, tetapi juga gaya hidup aktif yang semakin menjadi pilihan ramai.
Dianjurkan oleh Skechers, jenama global yang terkenal dengan teknologi keselesaan dalam dunia kasut lifestyle dan performance, acara tahun ini tampil dengan pembaharuan paling signifikan sejak diperkenalkan, iaitu kategori baharu 21KM.
Buat pertama kali dalam sejarah Skechers Friendship Walk & Run 2026, peserta kini boleh mencabar diri dengan jarak half marathon, menjadikannya kategori paling jauh pernah diperkenalkan.
Penambahan ini jelas menunjukkan evolusi acara ini, daripada sekadar larian santai kepada platform yang lebih kompetitif dan mencabar, sesuai untuk mereka yang serius dalam dunia running.
Namun, bagi yang masih di peringkat beginner atau sekadar ingin menikmati suasana, kategori klasik tetap dikekalkan dalam Skechers Friendship Walk & Run 2026.
Peserta boleh memilih antara 10KM Competitive Run untuk menguji kelajuan dan ketahanan, atau 5KM Leisure Walk yang lebih santai dan sesuai untuk keluarga serta rakan-rakan.
Dengan konsep “Start Simple. Compete Strong. Finish Elite.”, acara ini bukan sekadar tentang siapa paling laju, tetapi perjalanan setiap individu dalam mencapai versi terbaik diri sendiri.
Dari sudut penyertaan, yuran early bird ditawarkan pada harga antara RM40 hingga RM95, bergantung kepada kategori.
Pendaftaran early bird kini dibuka sehingga 5 April 2026, dan seperti kebiasaan acara popular sebegini, slot dijangka habis dengan cepat.
Selain pengalaman larian, faktor tarikan utama Skechers Friendship Walk & Run 2026 terletak pada ganjaran yang ditawarkan.
Bagi kategori 21KM dan 10KM, peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,000 berserta baucar Skechers bernilai RM1,000 untuk juara.
Naib juara pula bakal membawa pulang RM800 tunai bersama baucar bernilai sama, manakala tempat ketiga menerima RM600 tunai dan baucar RM1,000.
Menariknya, kategori ini dibuka untuk kedua-dua kumpulan, Open dan Veteran, bagi lelaki dan wanita.
Namun, kemuncak sebenar acara ini mungkin bukan di garisan penamat.
Skechers turut menawarkan hadiah cabutan bertuah utama yang cukup menggoda, iaitu satu tahun bekalan kasut Skechers kepada seorang peserta bertuah.
Ini menjadikan setiap langkah di laluan larian bukan sekadar tentang masa, tetapi peluang.
Setiap peserta yang mendaftar dalam Skechers Friendship Walk & Run 2026 juga akan menerima race pack eksklusif bernilai sehingga RM359.
Ia termasuk baju rasmi acara, beg tote lipat Skechers, nombor bib, sijil digital, baucar diskaun serta refreshment ringan dan perlindungan insurans kemalangan peribadi.
Bagi peserta 21KM, mereka turut menerima finisher tee eksklusif sebagai simbol pencapaian menamatkan jarak tersebut.
Apa yang menjadikan Skechers Friendship Walk & Run 2026 berbeza bukan hanya pada kategori atau hadiah, tetapi pengalaman keseluruhan.
Laluan di Putrajaya yang dikenali dengan pemandangan landskap teratur dan luas memberi suasana ideal untuk larian pagi, sama ada untuk prestasi atau sekadar menikmati momen.
Dalam dunia hari ini, di mana gaya hidup sedentari semakin menjadi norma, acara seperti ini membawa satu mesej yang lebih besar, bergerak itu pilihan, tetapi konsisten adalah kunci.
Skechers Friendship Walk & Run 2026 bukan sekadar satu event, tetapi satu peringatan bahawa setiap langkah kecil boleh membawa kepada perubahan besar.
Dan mungkin, ini masa terbaik untuk mula.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bak kata sesetengah pengamal diet apa gunanya bersenam bagai nak rak dan berdiet jika terus mengambil makanan dan minuman yang tidak memberi manfaat kepada tujuan asal anda berdiet.
Ya, memang terdapat pelbagai jenis diet diperkenalkan sekarang. Itu terpulang kepada kesesuaian gaya hidup masing-masing. Tapi harus sentiasa ingat setiap orang adalah berbeza dan tak sama.
Ada orang ingin kurangkan berat badan dan ada juga ingin tambah berat badan. Tapi kebiasaanya bila bercakap tentang diet pastinya berkait tentang misi menurunkan berat badan.
Jadi apa jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak jika ingin berat badan cepat turun?
Siapa yang tak suka minuman berkarbonat, bukan? Tapi biasalah, benda sedap memang boleh bawa banyak keburukan. Kebanyakan minuman ini mengandungi kafein yang agak tinggi. Anda yang gemar minuman ini mungkin tidak sedar ia mencetuskan kebergantungan dan ketaghihan terhadapnya. Boleh dikatakan minuman ini hampir tak mempunyai apa-apa sedikit khasiat.
Makanan bergoreng mengandungi banyak kalori tersembunyi. Sesetengah kedai makan mungkin menggunakan minyak mengandungi lemak tepu atau makanan yang digoreng dengan mentega atau telur dengan banyak. Jika teringin sekali pun anda boleh goreng sendiri agar boleh pilih minyak yang baik dan sesuai dengan selera anda.
Selain minuman berkarbonat penggemar juga memenuhi ‘keperluan’ mereka dengan kopi. Tidak kiralah sama ada kopi bergula atau bersusu kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain. Jika nak minum juga pesan sahaja kopi kosong tanpa gula atau krimer.
Antara jenis makanan yang patut anda elak ialah roti putih dan produk mengandungi tepung diperkaya. Tepung yang diperkaya ini bermakna ia telah di-‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Untuk lebih berkhasiat carilah roti penuh gandum dan pasta.
Kalau anda ke pasaraya sekarang boleh lihat di setiap ceruk ruang bahagian makanan pasti terdapat makanan dan minuman segera. Tahukah anda bahawa makanan dan minuman inilah yang paling kerap dibeli pengguna dan diambil oleh kita disebabkan ia bersifat instant? Kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi. Manakala minuman segera pula tinggi kandungan gula dan krimer.
Lain halnya pula dengan makanan dalam tin. Ia sangat banyak mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Tambahan lagi kandungan garamnya juga cukup tinggi. Ya, ia mungkin berguna pada ketika anda sedikit gawat tapi jangan amalkan sebagai menu utama dalam diet harian anda.
Bila tiba sahaja masa untuk makan tengahari pasti restoran makanan segera akan menjadi salah satu destinasi dipilih. Jangan amalkan begitu dan senarai hitamkan terus fast food dari menu makan anda. Kebanyakan makanan segera digoreng dalam minyak dan amat sedikit kandungan vitamin dan mineral diperlukan tubuh badan. Kalau nak makan juga tolong hadkan kepada 1 atau 2 kali sahaja dalam sebulan.
Sekejap, kenapa nak pilih makan snek buah sedangkan anda boleh pilih buah yang sebenar? Ya, mungkin sesetengah jenama snek engandungi vitamin dan mineral tetapi ia juga kebiasaannya mengandungi gula dan perisa tambahan. Yakinlah bahawa pilihan terbaik adalah buah yang segar dan semula jadi berbanding makanan yang diproses.
Ketahuilah bahawa roti keju dan muffin yang kebanyakan dijual dalam saiz besar bukanlah pilihan bijak untuk diet harian anda. Sekali tengok memang menggoda tapi dan ‘nafsu’ makan memang luar kawalan anda. Tapi sebelum mengambilnya pesan pada diri sendiri bahawa ia mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perut makin buncit tapi waktu dah malam. Bila masa nak bersenam? Anda tengah baring ke? Kalau tengah baring, ada gerakan yang anda boleh buat tau!
Paling best, gerakan itu boleh kuruskan perut anda yang semakin ‘seksi’ itu. Caranya adalah seperti berikut :
1. Bangkit Tubi Tangan Lurus
Baring di kawasan yang rata. Lipatkan kaki anda dan luruskan tangan ke atas kepala. Tangan akan berfungsi sebagai pemberat. Lakukan pergerakan bangkit tubi sebanyak 30 kali. Nak lagi cepat, pegang dumbell yang beratnya mengikut kemampuan anda.
2. Bangkit Tubi Kaki Tegak
Angkat kaki anda ke atas semasa berbaring. Gerakan ini akan memfokuskan bahagian perut. Angkat badan anda seperti membuat bangkit tubi seperti biasa sebanyak 10 kali dan lakukan dalam tiga set. Misalnya set pertama kaki 90 darjah, set kedua 45 darjah dan set ketiga 15 darjah. Lagi rendah kaki dibiarkan tergantung lagi kuat anda merasakan hasilnya.
3. Kayuhan Basikal
Ini adalah teknik yang paling efektif. Selain tertumpu pada bahagian perut, ia juga memberi rangsangan pada bahagian pinggang. Baring di atas lantai dan letakkan tangan anda di belakang telinga. Pastikan anda mengangkat lutut kiri dan kanan anda setinggi 45 darjah dan hampirkannya ke bahagian perut anda. Buat seperti anda sedang mengayuh basikal. Leher tidak terlalu ke depan dan bahu hanya terangkat sedikit sahaja.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Strategi lari sambil berjalan 10km terbukti meningkatkan prestasi, mengurangkan risiko kecederaan, dan menjadikan latihan lebih menyeronokkan. Ketahui cara bijak mencapai hasil cemerlang tanpa keletihan!