Boleh dikatakan setiap jenis sukan atau aktiviti senaman memerlukan kita menggunakan kasut. Uniknya setiap aktiviti sebenarnya memerlukan kita menggunakan kasut yang khusus. Antara elemen paling penting pada kasut untuk setiap aktviti ialah jenis tapak kasut. Perbezaan tapak kasut yang setiap satunya menampilkan fungsi spesifik.

Menggunakan kasut yang betul dengan ciri-ciri tapak yang sesuai bukan sahaja melancarkan aktiviti sukan atau senaman tetapai boleh mengelakkan berlakunya kecederaan serius.

Menggunakan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan berlakunya kecederaan teruk pada bahagian kaki. Malah ia boleh membahayakan nyawa.

Ambil contoh aktviti mendaki gunung. Menggunakan kasut tidak sesuai boleh mendedahkan anda dengan risiko jatuh dri tempat tempat tinggi. Setiap tapak kasut memainkan peranan sangat penting.

MASKULIN ingin kongdi tip dan video di bawah mengenai perbezaan tapak kasut bagi setiap aktviti yang kita lakukan.

LARIAN/RUNNING

Secara umumnya larian merupakan aktviti riadah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun jika ingin aktif berlari setiap hari pada jarak yang agak jauh, anda perlu miliki sepasang kasut larian berkualiti.

IKLAN

Biasanya tapak kasut larian akan diperbuat daripada getah yang bermula dari hadapan hingga bekalang kasut. Getahnya perlu miliki cengkaman baik dari untuk keseluruhan permukaan tapak.

LATIHAN/TRAINING

Kasut jenis ini biasa digunakan untuk latihan di dalam gimnasium atau aktviti ringan outdoor. Perbezaan kasut ini dengan larian tidaklah terlalu besar namun ada signifikan tertentu yang penting.

Elemen tapaknya paling penting ialah getah yang ada perlindungan di bahagian hadapan dan juga belakang. Kasut latihan perlu memberikan keseimbangan yang baik untuk anda ketika melakukan pelbagai latihan senaman.

IKLAN
Perbezaan Tapak Kasut Bagi Setiap Aktiviti Sukan & Senaman
Foto: Nike
Contoh anatomi kasut larian

RIADAH/LESISURE

Kasut yang biasa dipakai secara harian. Tapaknya tidaklah terlalu lasak dan sesuai untuk kegunaan rutin. Kasut jenis ini memang tidak sesuai untuk digunakan bagi aktviti larian. Ramai juga orang mengadu kasut mereka cepat rosak walhal menggunakan kasut tapak jenis ini untuk aktviti lsak.

TRAILING

Aktiviti trailing atau meredah hutan kini semakin poular di kalangan pemiat aktiviti lasak. Bagi aktitivi jenis ini mereka memerlukan kasut yang mempunyai tapak sangat tahan lasak.

Selain itu iajuga harus mempunyai cengkaman baik bagi semua jenis permukaan sama ada rata, kering, basah mahupun licin. Binaannya juga lebih kuat dan tahan lasak. Elemen kalis air dan angin juga selalu ada pada kasut trailing.

IKLAN

FUTSAL

Untuk kegunaan latihan atau permainan biasa, kasut futsal indoor diperbuat daripada material kain atau mesh. Manakala bagi kegunaan yang lebih kompetitif diperbuat daripada kulit atau kulit sintetik. Tapak kasut futsal perlu mempunyai cengkaman yang baik bagi mengelakkan anda terjatuh. Ia juga peru tahan lasak.

BERBASIKAL

Kasut berbasikal pula cukup unik dan berbeza berbanding kasut aktviti lain. Ia bukanlah digunakan untuk permukaan jalan tetapi lebih kepada pedal. Di bahagian tapaknya terdapat klip yang boleh dilekatkan pada bahagian pedal. Kasut berbasikal mempunyai lubang pada bahagian atas kerana ingin memudahkan air keluar jika melakukan kayuhan ketika hujan.

Buat anda yang ingin mencari kasut sukan yang MASKULIN nyatakan di atas boleh check out Sport Direct di sini!

Ikuti video penerangan daripada kakitangan mereka di bawah;

https://www.youtube.com/watch?v=ZmGn7E1z5Zc

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI