Pengenalan teknologi baharu di dalam kenderaan kini semakin lama semakin maju. Sesetengah teknologi baharu bila diperkenalkan ia mungkin agak janggal namun lama kelamaan akan jadi perkara normal.
Sebagai contohnya teknologi push start button pada kereta. Jika suatu ketika dulu kita perlu masukkan kunci dan pula untuk hidupkan enjin kini hanya perlu tekan butang push start sahaja.
Namun biasalah dalam mana-mana pengenalan teknologi pasti timbul pula sesetengah kepercayaan atau amalan yang tidak betul. Ini adalah satu perkara dalam dunia automotif. Memang banyak mitos yang berlegar dan masih menjadi kepercayaan ramai.
Ads
Dalam perihal butang push start, sebelum ini timbul perkongsiaan kononnya cara betul untuk guna butang push start adalah lebih sekali. Cara itu mengajar untuk tekan butang itu sekali tanpa menekan brek. Kemudian katanya perlu tunggu lampu simbol akeseori padan sebelum tekan brek dan hidupkan enjin.
TEORI SEMATA
Mereka yang mengamalkan cara ini mendakwa tidak mahu sistem elektrikal kereta jadi rosak dan jejaskan prestasi kereta. Tapi sejauh manakah dakwaan itu benar?
Pertama sekali cuba anda baca manual kereta yang disediakan oleh pengeluar. Boleh dikatakan semua tidak pernah mengajar atau memberikan panduan sebegitu rupa.
Ads
Malah jika anda baca atau ikuti mana-mana forum, laman sesawang atau pemandu berpengalaman mereka tidak melakukan cara seperti itu. Nak hidupkan enjin hanya perlu tekan brek dan tekan sahaja butang push start.
Kereta zaman sekarang tidak ada istilah enjin terkejut atau sistem terkejut. Sistem komputer enjin kereta yang direka berfungsi memberikan respon dengan laju.
Ads
Lagipun, kereta moden sudah dilengkapi dengan fungsi keselamatan untuk memastikan enjin boleh dihidupkan dengan cepat dan dalam keadaan yang optimum. Tak perlu nak tunggu lampu ‘check engine’ untuk padam sebelum kereta dihidupkan.
Kemudian timbul pula dakwaan bahawa pengeluar sengaja tidak memberitahu cara seperti mereka amalkan kerana ia boleh merugikan pihak yang menjual komponen gantian atau sparepart.
Namun itu hanyalah dakwaan atau teori konspirasi semata. Ramai tidak sedar berapa ramai jurutera dan juruteknik kawalan kualiti yang telah mencurahkan keringat mereka untuk memastikan kereta yang dipasarkan boleh digunakan dengan baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Informasi terbaru mengenai model MPV (kenderaan pelbagai guna) kompak milik Mitsubishi nampaknya kembali bocor. Kali ini, brosur model tersebut terlepas ke tangan media Indonesia sebelum rasmi dilancarkan secara global pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) Ke-25 (10-20 Ogos).
Merujuk kepada brosur berkenaan, pesaing kepada Toyota Avanza itu diberi nama sebagai “Xpander” dan bukan “Expander” seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Sebutan yang sama namun ejaan berbeza. Perkataan Xpander itu boleh dilihat pada bahagian nombor plat kenderaan dalam brosur tersebut.
Sebelum ini, pihak Mitsubishi Motor Corporation (MMC) hanya menggelar MPV tersebut dengan julukan ‘Mitsubishi Next-Generation MPV’ pada majlis pendedahan imej rasmi model berkenaan.
Mitsubishi memilih enjin 1.5 liter yang menggunakan teknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) untuk menggerakkan MPV tujuh kerusi berkenaan.
Penghantaran kuasa ke roda depan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual.
Anggaran harga Mitsubishi Xpander bermula dari Rp189 juta (RM 60,480) sehingga Rp246 juta (RM 78,720).
Hal tersalah mengisi minyak diesel ini sebenarnya sudah biasa berlaku. Dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja. Memetik laporan dan kajian dari Automobile Association, kejadian tersalah isi minyak diesel ini berlaku setiap tiga minit di United Kingdom.
Namun, satu perkara yang perlu anda tahu ialah kesan mengisi minyak petrol ke dalam enjin diesel lebih teruk berbanding tersilap isi diesel ke dalam enjin petrol.
Salah satu penyebab mengapa perkara ini boleh berlaku mungkin kerana saiz nozel pam petrol lebih kecil berbanding lubang tangki minyak kenderaan diesel.
Apabila minyak petrol yang sedia ada dalam tangki bertemu dengan minyak diesel yang tersilap isi, campuran ini boleh mengakibatkan kerosakan yang agak kritikal terhadap sistem bahan api kenderaan.
Lebih parah jika tidak diberikan perhatian sewajarnya boleh menyebabkan anda perlu tukar enjin dan tangki baru!
Akan tetapi anda tidak perlu risau. Perlu ingat jangan hidupkan enjin terlebih dahulu. Selagi ia tidak dihidupkan masalah ini dapat diatasi dan dibaiki dengan kos yang jauh lebih rendah.
Perkara pertama anda perlu lakukan ialah tolak kereta ke tepi. Tukar gear kepada kedudukan neutral.
Kedua dapatkan bantuan dan carilah mekanik yang profesional untuk mengeluarkan minyak yang telah bercampur dari tangki minyak.
Ketahuilah kesilapan terbesar yang boleh anda lakukan ialah menghidupkan enjin dan cuba memandunya untuk ke bengkel. Walaupun hanya beberapa saat enjin dihidupkan namun natijahnya sangat besar bukan sahaja kepada enjin kereta tetapi poket anda.
Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan ini, sentiasalah latih diri untuk perhatikan pam dan warna yang ada pada nozel. Kebiasaannya nozel pam diesel berwarna hitam.
Semoga anda dilindungi daripada berdepan masalah yang cukup meremehkan ini di masa akan datang. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update lebih terkini!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama BMW sememangnya cukup dikagumi oleh ramai penggemar dan pengikut setia industri automotif global. Bukan hanya tertumpu kepada industri kereta atau kenderaan empat roda, BMW menerusi dividyen Motorrad miliknya juga sentiasa hadir dengan idea baharu dan radikal untuk reka cipta motosikal.
Sejak bertahun lamanya BMW telah memberikan bayangan bahawa mereka akan menghasilkan motosikal dalam bentuk skuter elektrik yang agak radikal bagi kegunaan dunia urban. Pada minggu lalu pengeluar automotif asal Jerman ini mengumumkan bahara mereka akan mula menghasilkan model skuter elektri BMW CE 04.
Ia bakal hadir dengan kadar kelajuan sesuai untuk kegunaan konvensional serta tampil dengan sentuhan rekaan yang futuristik. Model ini sebenarnya pernah dipertontokan kepada umum menerusi pertunjukan auto sebagai model konsep.
BMW CE 04 ini ini dikuasakan oleh motor elektrik 31kW yang bersamaan dengan 42 hp atau kuasa kuda. Manakala baterinya pula terletak di bahagian belakang. Bagi jarak perjalanan pula skuter elektrik BMW ini dikatakan boleh dibawa sejauh 120 kilometer dengan sekali cas penuh. Dengan jarak seperti itu ia sememangnya sangat sesuai untuk kegunaan harian terutamanya di kawasan bandar.
Proses cas semula dari baterinya untuk jadi penuh dianggarkan memakan masa 4 jam 20 minit dengan menggunakan soket dinding biasa. Akan tetapi jika pengecasan dilakukan menggunakan pengecas Level 2, masa tersebut akan jadi lebih singkat kepada 1 jam 40 minit.
Dari segi kelajuan maksima, BMW CE 04 boleh memecut sehingga 120 km/j. Bolehlah dikatakan ia limit kelajuan yang sesuai untuk kegunaan urban dan membuatkan penunggang lebih yakin untuk memecut di atas lebuh raya.
Sama seperti sebuah kereta elektrik, CE 04 ini turut dilengkapi dengan sistem regenerative braking yang diaktifkan bila pendikit dilepaskan sepenuhnya. Seretan tork akan dikenakan secara automatic ke atas roda depan dan belakang untuk memastikan semuanya dalam keadaan stabil.
Antara cirinya yang paling menarik ialah kemampuannya untuk ‘reverse’. Ini kerana ia mempunyai motor elektrik boleh membuat putaran terbalik lalu memudahkan penunggang keluar dari petak pakir yang agak condong ke depan.
Selain brek regeneratif, skuter eletkrik ini juga dilengkapi brek cakera berkembar 265mm di depan dengan angkup 4-piston dan cakera tunggal bersaiz sama di belakang. Sistem ABS Bosch terbaru dipilih kerana kemampuannya beroperasi secara bebas antara roda depan dan belakang selain sebagai tambahan ciri keselamatan.
Sebanyak empat mod tunggangan disediakan dengan mod ECO untuk jarak paling maksima, mod RAIN untuk keselamatan dalam hujan, mod ROAD untuk kegunaan biasa dan mod DYNAMIC untuk prestasi.
Menurut laporan, skuter ini bakal mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada suku pertama tahun hadapan. Harganya pula dijangka sekitar RM50,000.