Mungkin dalam dunia sekarang sudah tiada perkara yang pelik. Ada sahaja cara manusia menjana pendapatan walaupun kaedahnya mungkin agak pelik dan radikal. Atau ada sahaja yang tawar servis tidak masuk dek akal.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Jepun apabila dia kini menjana pendapatan dengan menyewakan dirinya untuk ‘tidak berbuat apa-apa’. Shoji Morimoto yang berusia 37 tahun dari Tokyo kini mempunyai pengikut yang cukup ramai di laman media sosial.

Malah, dia telah menjaya mendapatkan jumlah klien yang banyak. Dia tidak akan berbuat apa-apa bersama pelanggannya .melainkan untuk makan, minim dan juga memberikan respons yang biasa.

Tawar Sewakan Diri Sendiri Untuk Tak Berbuat Apa-Apa, Lelaki Ini Raih Ribuan Tempahan 
Foto: Twitter Shoji Morimoto

Shoji mula tawar servis untuk menyewakan dirinya bermula pada bulan Jun 2018 menerusi laman media sosial, Twitter.

BACA: Nikahi Dua Wanita Serentak, Mungkin Inilah Dia Lelaki Paling Steady!

“Saya tawarkan diri saya untuk disewa sebagai seorang individu yang tak berbuat apa-apa. Anda sukar masuk ke kedai runcit seoranh diri? Anda kekurangan pemain dalam pasukan anda? Anda mahu seseorang untuk temankan anda? Sayat tak boleh buat banyak perkara sangat melain hanya perkara ringkas,” itulah ciapan yang dihantar olehnya.

IKLAN

MULANYA PERCUMA

Pada mulanya Shoji hanya menawarkan servis tersebut secara percuma. Namun selepas mendapati terlalu banyak permintaan dan ingin mengelakkan tempahan palsu, Shojo terpaksa meletakkan harga tempahan.

Jelasnya lagi, dalm masa sehari dia akan berjumpa tiga hingga empat orang klien. Dan sejak memperkenalkan servis ini dia telah mendapat kira-kira tiga ribu orang klien.

Menurut Shoji, pelanggan menyewa dirinya untuk pelbagai sebab tersendiri. Rata-ratanya hanyalah perkara biasa dan membosankan.

IKLAN
Tawar Sewakan Diri Sendiri Untuk Tak Berbuat Apa-Apa, Lelaki Ini Raih Ribuan Tempahan 
Foto: Twitter Shoji Morimoto

Di telah disewa untuk makan tengahari bersama, bergaya untuk sesi fotografi di Instagram, menemani seseorang ke proses perceraian, menangkan rama-rama dan juga mendengar rintihan daripada pekerja sektor kesihatan yang cukup bergerlut dalam pekerjaan harian mereka.

Antara yang paling pelik pula ada pelanggannya menceritakan bagaimana dia melakukan pebunuhan. Dan ada juga yang membawa Shoji ke lokasi di mana pelanggannya hampir membunuh diri.

Dalam tempoh tiga tahun Shoji telah berhenti daripada pekerjaannya di sebuah syarikat percetakan dan ingin memberikan fokus kepada pelanggannya. Sehingga kini dia telah menulis sebuah buku tentang pilihan kerjayanya. Malah kisahnya telah menginspirasikan sebuah drama televisyen.

IKLAN

Macam-macam cara ya orang ada idea untuk mencari rezeki.

Jangan kupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.

Sumber: Independent & The Mainichi

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI