Sejak beberapa hari lalu sudah mula tular di laman media sosial dan juga portal berita tempatan tentang kebanjiran kenderaan yang cuba untuk melakukan pergerakan rentas.
Walaupun kerajaan telah berulang kali memberikan amaran nampaknya masih ada yang keras kepala ingin melakukan rentas negeri kerana ingin pulang beraya di kampung. Ini secara tidak langsung menyebabkan kesesakan lalu libtas terutamanya di lebuhraya yang menuju keluar dari Lembah Klang dan sempadan negeri.
Melihatkan perkara tersebut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi berkata kerajaan tidak lagi membenarkan perjalanan rentas negeri. Orang ramai juga tidakperlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan kerana kerajaan sudah bersetuju untuk tidak membukan peluang sebarang perjalanan rentas negeri.
Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan kompaun kepada semua kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika mereka cuba melakukan pergerakan rentas negeri.
Ads
Beginilah trafik beberapa hari lepas di sebuah plaza tol.
Tambahnya lagi semalam sudah tular kes seorang wanita yang positif Covid-19 yang melakukan rentas negeri. Maka kerajaan tidak lagi akan berkompromi dan tolak ansur dalam hal rentas negeri.
Untuk rekod semalam sahaja menyaksikan sebanyak 2,412 kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana cuba melakukan rentas negeri.
Ads
“Kita sudah nasihat, sudah beri peringatan supaya tidak melakukan rentas negeri pada perayaan Aidilfitri ini tetapi masih ada yang cuba berbuat demikian. Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri,” jelasnya lagi.
Ads
Orang ramai dinasihatkan untuk lupakan sahaja hasrat untuk balik kampung dan terus tinggal di mana mereka berada. Terimalah hakikat bahawa Aidilfitri tahun ini sungguh berbeza. Di mana semangat ‘kita jaga kita’ yang telah kita laungkan selama ini?
Stay home & sambut raya!
Sumber: Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bermacam jenis stail dan gaya rambut sekarang ni, tapi kalau pegi salon mesti kita dilemma nak potong stail yang mana satu. Tapi apa pun stail yang kamu cuba pastikan ia kelihatan ‘fashionable’. Ni kerana wanita suka lihat lelaki yang mengikuti trend.
1. Fade
Potongan pendek dan tebal di bahagian atas kepala dan bahagian tepi dipotong pendek dan nipis.
2. Man Bun
Rambut dari dahi ditarik ke belakang dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.
3. Undercut
Gaya rambut ini menampilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi kepala dan rambut panjang di atas kepala tetapi tidak boleh diikat seperti Man Bun
4. Top knot
Kombinasi dua jenis stail rambut iaitu Undercut dan Man Bun. Rambut di bahagian tepi dipotong pendek dan nipis. Manakala rambut bahagian tengah dibiarkan panjang dan tebal. Cara ikat sama seperti Man Bun iaitu tarik rambut dari dahi ke bahagian belakang kepala dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.
5. Pompadour
Rambut banyak di bahagian tengah dan di bahagian tepi di potong dengan gaya slicked-back, tapered atau faded. Bahagian tengah disikat ke tepi untuk menghasilkan seperti gelembung ke depan.
6. Short back & Sides
Rambut di potong pendek di bahagian belakang dan tepi. Rambut tengah di biarkan panjang.
7. Side Part
Gaya klasik dan konservatif. Rambut pendek tetapi tidak nipis. Rambut disikat belah tepi.
8. Messy
Dengan rambut ala ala serabut tapi masih mengekalkan alunan gelembung rambut yang baik, gaya rambut ini dikatakan mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi pada wanita.
9. Modern Fringe
Bahagian tepi rambut dipotong pendek dan nipis tapi tak menampakkan kulit kepala. Rambut di bahagian depan mengunjur menutup dahi. Rambut bahagian atas dibiarkan tebal sama ada disikat secara lurus ke belakang atau dibiarkan beralun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siri perlumbaan PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 pada tahun ini akan kembali ‘ditemani’ dengan satu siri konsert yang cukup istimewa. Buat pertama kali dalam sejarah, Hi:Five Entertainment membawakan tiga jenama muzik elektronik bertaraf dunia, HardTech (Hardmission dan Techmission) bersama Transmission, bersempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025.
Acara pra-parti ini dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2025 di lokasi ikonik iaitu Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit, sebagai rakan strategik rasmi.
Disajikan di tengah-tengah keterujaan hujung minggu MotoGP, kolaborasi ini menjanjikan ledakan tenaga yang menggabungkan peminat perlumbaan dan penggemar muzik dari seluruh dunia.
HardTech dan Transmission: Dua Dunia, Satu Pentas
HardTech yang terdiri daripada Hardmission dan Techmission membawa reputasi sebagai kuasa revolusioner dalam arena muzik elektronik.
Ia dikenali dengan tenaga tanpa henti serta rentak keras yang memukau, ia mencipta pengalaman pesta futuristik yang menggabungkan rekaan bunyi termaju dengan visual artistik imersif. Keunikan inilah yang mengubah cara penonton menikmati muzik elektronik secara langsung.
Transmission pula adalah jenama trance ikonik dunia yang terkenal dengan produksi berskala besar, tema sinematik dan visual yang mempesonakan.
Berasal dari Eropah, Transmission telah berkembang menjadi fenomena global yang memikat peminat di pelbagai benua. Ketibaan Transmission di Malaysia menjadi babak baharu dalam sejarah muzik tarian negara, membawa barisan artis trance terpilih dan penceritaan melalui cahaya, laser, dan bunyi.
Kehadiran kedua-dua jenama ini bakal menghadirkan perjalanan sonik yang tidak terlupakan, daripada melodi membangkitkan semangat hingga dentuman bertenaga tinggi, memberikan pengalaman muzik elektronik yang paling elektrik dan imersif di Asia Tenggara.
Lebih Daripada Sebuah Festival
Hi:Five Entertainment menggariskan bahawa acara ini bukan sekadar festival muzik, tetapi perayaan komuniti, budaya dan masa depan muzik elektronik di Malaysia.
Dengan gabungan aura MotoGP, HardTech dan Transmission, Litar Antarabangsa Sepang akan bertukar menjadi pusat denyutan cahaya, bunyi dan semangat kolektif peminat.
Sorotan acara termasuk persembahan DJ kelas dunia merentasi genre HardTech dan trance, gabungan visual dan pencahayaan imersif, serta kolaborasi istimewa bersama PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025.
Ia juga menjadi detik bersejarah buat komuniti rave tempatan apabila trance membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan.
Barisan artis yang bakal menggegarkan pentas termasuk Space 02, MANDY, Sub Zero Project, Warface, Trym, Bass Agent, Markus Schulz, Aly & Fila, Ben Nicky, Daxson, Driftmoon dan ramai lagi.
Tampil Dengan SOP Ketat
Mengenai misi penganjur, Hi:Five Entertainment menegaskan, “Muzik adalah teras kepada segala yang kami lakukan, dan kami sentiasa berusaha mencipta pengalaman yang memberi kesan mendalam kepada semua jenis peminat muzik.
“Misi kami adalah menyatukan orang ramai melalui bahasa universal muzik, mencipta momen yang tidak dapat dilupakan, memberi inspirasi, hiburan dan hubungan,” jelas wakil penganjur lagi.
Dengan latar belakang perlumbaan berkelajuan tinggi dan barisan persembahan antarabangsa, HardTech & Transmission 2025 bakal menjadi titik tolak baharu dalam peta festival Malaysia.
Lebih menarik, penganjuran festival ini juga buat memperkenalkan prosedur operasi standard ketat yang difahamkan pertama kali dilakukan seumpamamnya.
“Antara yang kami perkenalkan ialah stesen air yang lebih banyak. Kami mahu pengunjung berhibur dengan selamat dan sentiasa terhidrat. Pelbagai makanan juga turut ditawarkan dengan mudah. Selain itu kami juga perkenalkan mobile hospital serta ruang solat yang selesa.
“Kami juga bekerjasama adengan rapat dengan pihak polis untuk memastikan aspek keselaatan terjamin dengan sebaiknya,” jelas wakil penganjur yang ditemui MASKULIN semalam.
Gabungan adrenalin MotoGP dan magis muzik elektronik ini dijangka mencetuskan pengalaman yang akan dikenang lama oleh pengunjung dari seluruh dunia.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.