Ramai yang suka lakukan aktiviti berjoging. Selain bagus untuk meningkatkan kualiti minda dan terhindar dari penyakit berbahaya, ia juga boleh mengurangkan depresi.
Dengan berjoging boleh menguatkan otot dan tulang pelari. Ia juga merupakan antara aktiviti sukan yang dapat memberi manfaat hampir ke seluruh badan.
Ads
Jika anda baharu sahaja memulakan aktiviti ini, penjagaan kaki adalah penting, selain menjaga makan dan stamina. Pilihlah kasut yang betul dan mempunyai fungsi terhadap larian anda.
Ads
Di sini MASKULIN kongsikan tip dari Kementeriaan Kesihatan Malaysia berkenaan joging untuk beginner!
Ads
1. Buat regangan badan sebelum & selepas selama 5-10 minit.
2. Pakai kasut yang sesuai untuk berlari dengan selesa dan mengurangkan risiko kecederaan.
Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib dijalankan oleh Umat Islam. Kekhusyukkan dalam menjalankan solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama mahupun perubatan. Ada orang yang dalam solatnya begitu khusyuk dan menikmati setiap gerakan-gerakannya.
Namun ada pula yang cepat-cepat agar solat segera selesai. Dua gerakan yang biasanya dilakukan secara kilat ada saat rukuk dan sujud. kerana urusan dunia biasanya manusia mempercepat dua gerakan ini agar solat cepat selesai.
Padahal dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi perubatan. Jika dilakukan secara cepat, maka manfaat perubatan dari gerakan rukuk dan sujud ini tidak didapatkan secara maksimal. Manfaat perubatan apa yang dimaksud? Berikut ini ulasannya.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperlama gerakan rukuk dan sujud. Menurut Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan dosa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma- melihat seorang pemuda sedang solat, dia memanjangkan solatnya dan melamakannya, maka beliau bertanya: siapa yang kenal orang itu? Maka ada yang menjawab: Saya.
Beliaupun mengatakan: seandainya aku mengenalnya, tentu aku akan menyuruhnya untuk memanjangkan rukuk dan sujudnya, kerana aku pernah mendengar Nabi -Shollallohu alaihi wasallam- bersabda:
“Sungguh, jika seorang hamba berdiri untuk solat; semua dosanya didatangkan, dan diletakkan di atas bahunya. Maka setiap kali dia rukuk dan sujud, dosa-dosa tersebut menjadi berjatuhan”. (Lihat Silsilah shahihah: 1398, sanadnya shahih).
Dari hadis di atas, dapat di ambil kesimpulan bahawa semakin lama rukuk dan sujud, maka akan semakin banyak dosa yang akan dilepaskan dari diri manusia. Ternyata tidak hanya dari segi agama saja gerakan yang lama dan khusyuk ini memberikan manfaat. Dari segi kesihatan pun, terbukti memperlama gerakan rukuk dan sujud juga memiliki manfaat besar.
Rukuk menjadi salah satu gerakan yang ternyata memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Rukuk yang sempurna seperti di lihat apabila kita meletakan gelas di punggung maka tidak akan tumpah sebab antara kepala dan tulang belakang atau punggung sejajar.
Selain itu, posisi rukuk yang sempurna ini juga bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi punggung sebagai penahan tubuh dan pusat saraf dan posisi jantung sejajar dengan otak sehingga bahagian tengah badan kita boleh mengalirkan darah dengan sempurna.
Posisi tangan tertumpu pada lutut ini sangat bermanfaat untuk merelaksasikan pada otot-otot bahu sampai ke bawah. Menurut penelitian posisi rukuk ini juga sangat bermanfaat untuk melatih urin sehingga terhindar dari penyakit prostat.
Sementara itu, sujud juga menjadi gerakan dalam solat yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Menongeng dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud ini berguna juga untuk mengepam saluran darah ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan daerah ini kaya dengan kandungan oksigen yang boleh mengalir secara maksimal ke otak.
Aliran tersebut sangat berpengaruh terhadap daya fikir seseorang. Oleh sebab itu, ada baiknya melakukan sujud dengan tuma’ninah, yakni tidak tergesa-gesa agar darah mencukupi kapasitinya ke otak. Posisi yang demikian ini menghindarkan seseorang dari gangguan sawan. Khusus bagi wanita baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah bau badan nyata isu yang sering kali tidak boleh dipisahkan dengan lelaki. Kadar hormon testosteron yang tinggi dalam sistem tubuh badan lelaki menjadi punca utama perkara ini terjadi. Setiap individu punya tahap perpeluhan dan bau badan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu mengetahui faktor persekitaran yang mendorong masalah bau badan ini supaya anda dapat mengatasinya sebelum terlewat.
Kerap kali mandi
Kesegaran tubuh bermula saat anda menyiram tubuh dengan air bersih. Tidak memadai sekiranya anda mandi sekali dalam sehari. Sekurang-kurangnya anda perlu mandi dua kali sehari iaitu pagi dan petang agar tubuh sentiasa bersih dan segar sepanjang hari. Mandi adalah cara yang terbaik untuk menyingkirkan kekotoran dan bakteria yang hadir ketika berlakunya perpeluhan lantaran menyebabkan bau badan yang kurang menyenangkan.
Semburan deodorant
Pastikan anda tidak pernah lupa untuk menyembur deodorant anti-peluh dan bau agar kawasan bawah lengan anda sentiasa kering dan mengelakkan daripada pembiakan bakteria akibat peluh. Pilih ‘deodorant’ yang sesuai dengan tubuh anda agar ia benar-benar berkesan menyerap peluh.
Jangan biarkan peluh anda mengering pada tubuh. Pastikan tukar baju yang basah dan kotor setelah usai melakukan aktiviti mahupun bersenam di gimnasium. Lengkapkan keperluan anda ketika ke gimnasium seperti ‘shower kit’ dan pakaian tambahan supaya mudah untuk anda membersihkan diri selepas sahaja melakukan latihan. Sarungkan pakaian yang selesa seperti pakaian yang diperbuat daripada fabrik kapas supaya ia boleh mengelakkan anda daripada berpeluh dengan kadar yang banyak akibat cuaca.
Pemakanan
Amalkan pemakanan dan diet yang seimbang kerana faktor makanan yang diambil setiap hari juga membantu dalam penghasilan bau badan yang tidak menyenangkan. Pengambilan air kosong yang banyak adalah penting untuk memulihkan kembali sistem dalam tubuh. Kurangkan pengambilan makanan segera dan makanan yang terlalu pedas.
Ramai orang mengetahui bahawa makan minyak zaitun sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan.
Bukan hanya itu, makan minyak zaitun juga boleh mencegah kolesterol selain menjadi ramuan terbaik untuk menurunkan berat badan.
Minyak zaitun kaya akan kandungan vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Ia dapat membantu mengurangi rasa lapar dan keinginan untuk makan banyak, merendahkan lemak dan kolestrol serta membantu mencernakan makanan agar menjadi lebih baik.
Sebelum mengetahui cara-cara untuk menurunkan berat badan dengan minyak zaitun, ada baiknya anda mengetahui larangan pengambilan minyak zaitun terlebih dahulu iaitu elak mengambil lebih daripada lima sudu.
Ini kerana ia boleh menimbulkan reaksi buruk seperti masalah cirit-birit, gula dalam darah menjadi terlalu rendah atau mengundang racun pada tubuh.
Pengambilan satu sudu minyak zaitun sebelum sarapan atau sebelum tidur malam akan membantu otak untuk lebih menghasilkan hormon leptin. Hormon ini akan menstimulasikan tubuh agar anda rasa cepat kenyang. Ketika perut anda kenyang, secara automatiknya anda akan mengurangi pengambilan makanan ketika waktu siang sehinggakan jumlah kalori yang masuk ke tubuh dapat dikawal dengan baik. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dapat meningkat imunisasi tubuh serta mengurangkan masalah kolesterol pada tubuh badan.
Antioksidan yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lemak agar ia mudah untuk diserap oleh tubuh. Memandangkan minyak zaitun mengandungi lemak yang baik untuk tubuh, secara tidak langsung ia menjadi paduan hebat untuk dimakan bagi mengurangkan berat badan.
Minyak zaitun kaya dengan lemak tak tepu dan ia dapat mengurangi kadar lemak dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kolesterol tinggi. Malah anda juga boleh menambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak. Kesemua lemak ini akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.
Minyak zaitun juga boleh dijadikan campuran dalam minuman bagi membakar lemak dan melancarkan proses diet anda. Anda boleh cuba mencampurkan satu sudu minyak zaitun bersama madu dan jus lemon ke dalam air suam. Minuman kaya serat ini dapat melancarkan pencernaan sekali gus mengurangi risiko sembelit yang selalunya dihadapi oleh mereka yang sedang berdiet. Amalkan campuran ini setiap pagi.
Selain bagus untuk dimakan, minyak zaitun juga merupakan minyak terbaik untuk urutan dan memanjakan diri kerana ia boleh membakar lemak dari luar. Untuk membuat minyak zaitun sendiri, pembuatannya juga mudah. Anda hanya perlu campurkan setengah cawan minyak zaitun bersama kopi dan perahan limau nipis. Sapukan pada perut atau bahagian tubuh yang berlemak. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.