
Foto : Kosmo
Pelakon serba boleh, Nas-T, mendedahkan bahawa dia telah mengamalkan diet ketat tanpa karbohidrat selama hampir 10 bulan demi menjayakan penampilannya dalam filem Keluang Man.
Komitmen ini bukan sekadar untuk menjaga bentuk badan, tetapi lebih kepada memastikan jawline kekal tajam dan sesuai dengan imej watak yang dibawanya dalam filem aksi tersebut.
“Saya diet untuk filem ni dah masuk 10 bulan sejak saya confirm untuk watak ni. Bulan selepas tu dah ada costume measurement, jadi saya kena pastikan badan saya kekal seperti masa tu,” ujar Nas-T yang dikenali dengan ketegasannya dalam kerja.
Dalam tempoh tersebut, Nas-T mengakui bahawa dia langsung tidak mengambil nasi atau sebarang makanan berasaskan karbohidrat.
“Saya tak ambil karbohidrat, saya makan protein sahaja. Sekarang ni dah bulan ke-10, 10 bulan saya diet,” katanya.
Biarpun pada awalnya sukar untuk menyesuaikan diri, pelakon ini akhirnya berjaya menjadikan gaya hidup sihat sebagai kebiasaan.
“Pada mulanya tu agak sukar nak adjust, tapi lama-lama dah biasa tak makan nasi. Sekarang okay dah,” tambahnya lagi.
Menariknya, usaha Nas-T bukan hanya untuk tempoh penggambaran sahaja, tetapi berterusan sehingga sesi promosi filem selesai yang dijangka berlangsung sehingga tahun hadapan.
“Benda ni akan berterusan sampai promotion habis. Jauh lagi sampai tahun depan,” katanya, menunjukkan betapa seriusnya dia terhadap komitmen ini.
Walaupun sudah selesai penggambaran, Nas-T mengakui masih sukar untuk kembali kepada tabiat makan seperti dahulu.
“So far lah, lepas wrap baru ada lah makan sikit-sikit. Tapi tak pun enough. Saya tengok nasi pun tak nak. Sebab dah 10 bulan tak makan nasi,” jelasnya sambil ketawa kecil.
Pengorbanan Nas-T ini jelas menunjukkan betapa tinggi tahap dedikasi dan profesionalisme yang dibawanya dalam dunia lakonan.
Bukan mudah untuk mengekalkan diet ketat selama hampir setahun semata-mata demi memastikan visual watak di layar perak tampil sempurna.
Dengan semangat dan komitmen seperti ini, tidak hairanlah jika penampilan Nas-T dalam Keluang Man nanti bakal mencuri perhatian ramai.
Jangan lupa untuk menonton filem animasi Keluang Man di pawagam berdekatan anda yang bakal mencuri tumpuan semua.
BACA LAGI : Bukan ‘Six-pack’, Ini 8 Bahagian Tubuh Lelaki Jadi Tarikan Wanita
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.