
Ramai orang gagal mencari jalan bagaimana hendak menaikkan semula semangat yang hilang selepas anda rasa begitu ‘down’.
Selain menenangkan diri secara solo, anda juga boleh mengembalikan semangat anda dengan mendengar beberapa lagu rancak dan juga berbentuk motivasi.
Antaranya, anda mungkin boleh menjadikan senarai cadangan lagu di bawah untuk mewujudkan semula mood anda :
- Bangkit – DJ Fuzz + Altimet + Salam Muzik
- Realiti Insan – Santeekee
- Revolusi – Bunkface
- Menang – Faizal Tahir
- Believer – Imagine Dragon
- Remember The Name – Fort Minor
- Pelita – A.P.I
- Gerak Hati – Azlan & The Typewriter
- Jalan Panjang – Saykoji
- Burn The House Down – AJR
Lagu-lagu ini dipilih berdasarkan komen orang ramai bahawa ada di antaranya mengandungi lirik yang sangat bermotivasi.
Selain itu, rentak muzik yang dimainkan juga memberi peranan untuk membangkitkan semangat seseorang itu.
Ini antara lagu pilihan Maskulin. Anda pula? Kalau ada pilihan lagu yang anda rasa best dan bagus untuk naikkan semangat, kongsikan bersama Maskulin!
Kalau Handphone Masuk Air, Begini Cara Yang Betul Nak Pulihkan Guna Beras!

Siapa yang tidak panik kalau handphone masuk air. Habislah semua benda dalam tu tak boleh buka.
Bimbang duit anda melayang kerana nak hantar ke kedai, apa kata cuba pulihkan handphone yang masuk air itu dengan satu bahan berkesan ini.
Caranya boleh anda ketahui menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Yatie Eimra. Beliau berkongsi tip menghidupkan semula telefon bimbit yang mudah dan menjimatkan.
Phone Masuk Air
Petang kelmarin hujan kemain lebat. Kebetulan otw balik dari pasaraya tu, anak kecik dah tertidur dalam kereta. Bila dah sampai rumah, kelam kabutla nak bawak barang lagi, mane nak dukung anak, dengan handbag yang berat & penuh dengan barang² si kecik ni lagi. Hujan dah la makin lebat, masa nak loading barang cepat².. handphone terkeluar dari beg & jatuh dalam lopak air. Kemain seronok die berenang dalam lopak tu. Time² gini la pulak nak jadik ikan kaloi nye pun.. ?
Bukan kena air sikit², memang tenggelam habis. Lepas angkat tu cepat² offkan. Bila masuk rumah, terus bukak compartment yang boleh dicabut lak. Masa bukak slot memory card & simkad ada air lagi menitis keluar. Dah macam botol air design telepon je. Selamat xde straw ?
Kalau saya lap kering², kemudian masukkan handphone dlm plastik berisi beras untuk keringkan air sementara nak beli bahan penyahlembapan (saya guna brand thirsty hippo). Lepas tu masukkan thirsty hippo & handphone dalam bekas kecil (supaya xserap kelembapan udara dlm bilik). Saya biarkan sekurang²nya 24 jam sebelum cuba on kan handphone.
Malam tadi lebih dari separuh kalsium klorida dalam bekas thirsty hippo tu dah cair. Bila on kan handphone.. lama juga boot start screen die.. Tapi alhamdulillah, lepas tu dah boleh guna macam biasa..
Tip kalau phone masuk air
1- Cepat² keluarkan dari air. Lagi lama terendam lagi tinggi risiko nak rosak.
2- Biasanya kalau tak terendam lama sangat, phone masih on lagi beberapa saat. Matikan phone. Xkisahlah tekan butang off atau terus keluarkan bateri. Mana² je yang lebih cepat supaya xberlaku short circuit & ic phone terbakar.
3- Lap kering phone. Leraikan semua bahagian yang boleh dicabut.
Sebelum rendam dalam beras, bungkus phone dengan tisu dahulu atau letak selotape pada charger port/bahagian lain utk elak tersumbat dengan beras pulak. Kalau guna selotape pastikan tinggalkan sedikit ruang untuk pengudaraan/air keluar.
4- Jika tiada bahan penyahlembapan, rendam handphone dalam beras dahulu sementara gi beli tu. Beras mampu menyerap lembapan air walaupun ia mengambil masa agak lama.
Pastikan phone terendam sepenuhnya dalam beras.
Perlu keringkan air dalam phone secepat mungkin atau board boleh berkarat. Bahan penyahlembapan (thirsty hippo) ni cepat serap kelembapan. Kalau ada silica gel pun boleh guna. Tapi kena ada banyak ler.
5- Gunakan bahan penyahlembapan untuk keringkan handphone. Letak handphone & bahan penyahlembapan dalam bekas kecil supaya ia dapat mengeringkan kelembapan dari dalam handphone sahaja.
Simpan dalam bekas bertutup supaya kalsium klorida serap lembapan dalam phone je.
6- Biarkan 24 jam-48 jam bergantung pada berapa lama handphone terendam dalam air. Jika selepas 48 jam, handphone masih tak boleh on, sila lah hantar servis. Jika bahagian dalaman phone anda kering, kerosakan xlah banyak sangat. Tapi kalau ic phone terbakar & dalaman berkarat pulak, bertambah²lah cas servis nya ?
Selepas 24jam.. Alhamdulillah.. Boleh on balik walaupun amik masa 2-3minit gak.
Lain² tip sumber google
* Boleh juga gunakan beberapa pek silica gel, tapi kuantitinya perlu berpadanan. Lebih lama terendam, lebih banyak silica gel diperlukan.
* Jangan gunakan hair dryer sebab suhu yang tinggi sebenarnya boleh menambah burukkan kerosakkan.
* Kalau jatuh dalam air laut, lepas handphone off, basuh handphone dengan lalukan bawah air paip. Air laut mempunyai kandungan garam yang tinggi menyebabkan ia akan crystalize di bahagian dalam & board cepat berkarat. Selepas tu barulah ikut langkah² di atas.
‘Alert’ Dengan Dua Waktu Ini Kerana Ia Waktu Kritikal Boleh Berlakunya Serangan Jantung

Jika dahulu penyakit serangan jantung biasanya menyerang orang yang lebih tua, namun kini ia boleh terjadi kepada mereka yang berusia 30-an.
Ini kerana ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
Bagi anda yang berisiko seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stres dan kurang tidur, pastikan anda peka dengan waktu-waktu paling kritikal sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia ini.
Artikel berkaitan: Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Artikel berkaitan: Tahukah Anda, Stress & Kurang Vitamin C Punca Perut Anda Buncit?

[ALERT] Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekiranya berlaku serangan jantung atau strok.
Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.
Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.
Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.
Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.
Sekiranya anda atau sesiapa alami gejala serangan jantung pada waktu kritikal ini, dapatkan rawatan segera. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan tekanan darah terkawal pada waktu kritikal ini.
Owh ya, tanyalah mana-mana doktor jantung sekarang. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua sahaja. Kita sudah mula mendengar, serangan jantung berlaku pada seawal umur 20-an, dan menjadi lebih kerap pada umur 30-an.
Subscribe dan tonton video fitness / gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Timberland Perkenal Kasut Teknologi Mesra Alam, ‘The Brooklyn Reboot Collection’

Apakah kasut yang wajib ada dalam koleksi seorang lelaki? Mungkin rata-rata akan jawab kasut jenis oxford, sneakers dan loafers akan pasti terpacul dari mulut ramai orang. Tapi tidak kurang juga yang akan memilih but sebagai pilihan terbaik gaya trendy mereka.
Dan apabila menyebut tentang but terdapat beberapa jenama yang secara otomatik terlintas di fikiran kita. Salah satu jenama yang MASKULIN yakin sentiasa berada di minda anda ialah Timberland.
Gaya klasik yellow boot Timberland seakan menjadi ikon fesyen yang merentasi genre muzik, zaman serta tidak lapuk dek peredaran zaman. Namun dengan persaingan terkini daripada pelbagai pengeluar Timberland juga tidak ketinggal untuk meneroka teknologi baru dalam pembuatan kasut.
BACA: Tip Beli Kasut Sukan Agar Kasut Tak Cedera & Melecet
TEKNOLOGI MESRA ALAM
Pada zaman kini selain faktor gaya, pengguna amat mementingkan keselesaan serta bahan kasut itu diperbuat. Dengan kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar semakin meningkat ia kini menjadi salah satu faktor yang tidak kurang pentingnya di kalangan pengguna.
Menyedari perkembangan itu, Timberland telah tampil dengan teknologi mesra alam dikenali sebagai ReBOTL™, sejenis fabrik yang dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Menerusi koleksi terbaru sempena musim luruh dan sejuk, Timberland memperkenalkan The Brooklun Reboot Collection yang turut mengaplikasikan teknologi ReBOTL™.
Sebagai usaha mengembalikan kehijauan bumi, Timberland juga telah menanam lebih 10 juta anak pokok di seluruh dunia dan juga anggaran 345 juta botol plastik yang dikitar semula untuk kegunaan produk mereka.
Inspirasi ini muncul dari Pengarah Kreatif Global Timberland, Christopher Raeburn menerusi falsafah REMADE yang diperkenalkannya menerusi teknologi ReBOTL™.

KOLEKSI KASUT
Terdapat tiga variasi kasut berbeza ditampilkan menerusi koleksi istimewa ini iaitu Brooklyn Leather and Fabric Chukka, Brooklyn Lace Oxford dan Brooklyn Leather and Fabric Oxford.

Ketiga-tiga koleksi ini turut dilengkapi dengan teknologi AeroCore™ Energy System di mana ia menawarkan tahap keselesaan dan flesksibiliti paling tinggi.
Dengan visi mesra alam diketengahkan ini Timberland berharap sesiapa sahaja yang menggunakan kasut mereka dapat meraikan ideologi kitar semula yang boleh menjamin masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.
Kesemua koleksi edisi istimewa Timberland ini kini boleh didapati di pasaran terutamanya di oulet mereka di seluruh negara.