Allah telah janjikan bulan Ramadan mempunyai banyak kelebihan yang tidak terduga dan amat rugi bagi mereka yang berpuasa namun tidak beramal.
Misalnya bagi yang gemar menyanyi semasa pergi atau balik kerja dengan menunggang motosikal, ada baiknya tukar kepada amalan berzikir.
Selain itu, ini 10 amalan yang boleh semua orang lakukan untuk dapat pahala dengan banyak meskipun sedang berpuasa :
1. Memasak untuk jiran
Mungkin dalam ada rezeki kita, ada jiran-jiran yang berlapar kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk berbuka puasa dengan juadah yang enak. Dengan memasak dan berkongsi kepada jiran, mereka pasti akan mendoakan kesejahteraan anda.
2. Imarahkan masjid atau surau
Kalau sebelum ini terlalu sibuk dengan urusan dunia dan kerjaya, apa kata kali ini perbanyakkan masa di surau atau masjid. Duduk mengaji atau berzikir dalam surau di tempat kerja anda pun sudah memadai.
3. Bagi makan kucing jalanan
Biasa tengahari atau petang, kucing jalanan akan mendapat makan dari kedai yang dibuka tetapi pada bulan Ramadan, banyak yang tutup kedai. Namun anda masih boleh membeli makanan haiwan di pasaraya dan memberi mereka makan.
4. Saling bermaafan
Tidak perlu tunggu raya kalau nak minta maaf. Sekarang pun sudah boleh memaafkan sesiapa sahaja yang pernah buat kita rasa marah. Percayalah.. anda bukan sahaja mendapat pahala malah akan berasa sangat lega.
5. Kejutkan orang bersahur
Amalan ini sudah lama ditinggalkan malah orang bandar terutamanya ramai yang tak tahu dengan budaya ini. Kalau suatu masa dahulu, akan ada sekumpulan orang bergilir-gilir berjalan keliling kampung dengan laungan, “Sahur.. sahur.. sahur..” Sudahlah bangun awal pagi, dapat pahala pula tu!
6. Belanja kawan makan
Sama seperti point nombor 1, tetapi kali ini spesifiknya kepada rakan-rakan. Tidak kiralah rakan baik ke, rakan sepejabat ke.. yang pasti apabila anda belanja orang makan, rezeki anda akan terbuka lebih luas.
7. Tunaikan zakat
Tunaikan zakat wajib dilakukan umat Islam. Tujuannya bukanlah suka-suka kerana manfaatnya akan diterima oleh umat Islam yang lain juga dan jika anda sudah menunaikan zakat, tahniah diucapkan.
8. Bantu orang kesusahan
Kalau jumpa orang yang dalam kesusahan, bantulah mereka. Misalnya ada terjumpa seorang brader terpaksa menolak motornya kerana kehabisannya minyak, bantu tunda motosikalnya ke stesen minyak berdekatan.
9. Banyakkan mengaji
Kalau boleh target dalam masa 30 hari, anda boleh khatam al-Quran. Lagi pun dalam bulan Ramadan juga, memang banyak hikmahnya jika anda mampu luangkan masa untuk membaca al-Quran.
10. Jenguk ibu bapa
Jenguk ibu bapa di kampung halaman bukan sahaja boleh membuatkan mereka rasa bahagia malah sebagai anak, banyak pahala yang kita akan dapat. Lebih-lebih lagi kalau kita berbuka puasa bersama mereka!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI