Sepanjang tempoh PKP yang kini sudah lebih sebulan peranan peti ais atau peti sejuk di rumah memang sangat penting.

Demi mengurangkan pergerakan di luar rumah, kita perlulah sebaik-baiknya membeli stok makanan untuk sekurang-kurangnya seminggu.

Lebih jarang kita keluar lebih baik.

Dan pada hari Jumaat ini, umat Islam akan menyambut bukan Ramadan. Untuk tahun ini sambutan Ramadan memang jauh berbeza. Tiada lagi bazar Ramadan yang meriah dengan pelbagai juadah dan makanan.

Disebabkan itu jugalah perana peti sejuk di rumah menjadi semakin penting. Namun tidak semua jenis makanan dan barang dapur yang boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Ramai orang yang sentiasa menjadikan peti sejuk mereka sebagai tempat untuk dipenuhi dengan segala jenis makanan yang tak habis dimakan. Walhal peti sejuk mempunyai fungsi untuk mengekalkan ketahanan dan memanjangkan hayat sesetengah barang segar.

IKLAN

Berikut merupakan jenis-jenis makanan dan barang dapur yang tak perlu disimpan dalam peti sejuk.

Bawang

Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.

Kentang

Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.

IKLAN

Sos

Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.

Roti

Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.

Makanan dalam tin

Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

IKLAN

Makanan panas

Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.

Rempah ratus

Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

Mentega

Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.

Madu

Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

Bahan bukan makanan

Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.