Ya, ramai antara kita boleh akui. Dalam sehari pasti tidak akan dapat lari daripada mengambil minuman bergula dan manis. Kalau breakfast saja sudah balun milo panas. Itu belum tengahari yang mungkin disudahi dengan minuman berkarbonat. Belum cerita malam pula apabila lepak mamak. Paling kurang mesti pekena teh tarik.

Padahal dalam perut tu memang akan jadi makin padu ke depan. Ya, memang padu!

Pada usia muda ini masih belum terlambat untuk kurangkan minuman bergula dan perbanyakkan meminum air kosong. Percayalah step pertama untuk mendapatkan diet yang terbaik ialah dengan mengurangkan atau ptotong terus minuman bergula dalam kehidupan seharian.

Air kosong ini perlu diminum dengan mencukupi demi menjamin kesihatan yang baik dan anda semua mungkin sudah sedia maklum bahawa jika kurang minum air kosong, ia boleh menyebabkan badan kita berisiko untuk berdepan dengan pelbagai penyakit.

Cuba fikir balik bila kita demam mesti doktor akan selalu berpesan, minum banyak air. Ini tidak lain tidak bukan untuk sentiasa mengekalkan kandungan air yang mencukupi agar tidak mengalami dehidrasi.

Apa lagi kelebihan lain meminum air kosong?

1. Sumber Tenaga 

Ingat, tubuh kita mengandungi kira-kira 50 – 65 peratus air di dalam badan. Dengan meminum air kosong mencukup ia boleh membantu kita untuk lebih fokus dan membuatkan otak lebih segar. Sebagai bonus tenaga dalaman juga meningkat.

IKLAN

2. Kurang Berat Badan

10 Kelebihan Air Kosong Selain Boleh Kempiskan Perut Boroi Korang

Dengan minum air kosong yang banyak, ia membantu membuang lemak by-product, mengurangkan kadar pengambilan makanan berlebihan (bila perut penuh mesti kurang nafsu makan) dan meningkatkan metabodilisme. Minum air kosong boleh katakan zero kalori kut!

3. Buang Toksin

Buang segala toksin yang memudaratkan menerusi senaman apabila berpeluh dan membuang air kecil. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan pundi kencing.

BACA: Faktor Wajah Anda Tidak Mencerminkan Usia Sebenar

IKLAN

4. Kulit Segar

10 Kelebihan Air Kosong Selain Boleh Kempiskan Perut Boroi Korang

Ia membantu melembabkan kulit, nampak lebih segar, gebu, bersinar dan licin. Malah, ia juga melewatkan kadar penuaan dan kedut. Amalkan minum air kosong pasti kamu bila dah meningkat usia nanti jadi lebih awet muda.

5. Penghadaman Baik

Proses penghadaman makanan merupakan satu perkara amat penting untuk kesihatan. Air merupakan elemen penting untuk perut menghadamkan makanan dan boleh menjauhkan kamu daripada sembelit.

IKLAN

6. Tingkatkan Sistem Imunisasi

Orang yang sentiasa amalkan minum air kosong biasanya susah jatuh sakit. Dengan air mencukupi kamu akan sukar untuk demam selesema dan penyakit lebih serius yang lain. Tapi, gaya pemakan kenalah jaga juga, ya.

7. Elak Risiko Sakit Kepala

10 Kelebihan Air Kosong Selain Boleh Kempiskan Perut Boroi Korang

Membantu melegakan dan mengelak daripada sakit kepala, sakit belakang dan juga migrain. Ketiga-tiga simptom itu biasanya disebabkan dehidrasi.

8. Elak Kejang Otot

Jika badan kita kekuranganm air dan melakukan aktiviti lasak seperti bersuka, kekejangan pasti mudah berlaku.

9. Lebih Ceria

Bila badan sihat dan berfungsi dengan baik, minda pun akan lebih tenang dan gembira. Badan yang sihat menghasilkan minda yang ceria!

10. Jimat Wang

Boleh dikatakan, air kosong memang kos paling rendah. Kalau dirumah perlu rebus saja. Kalau ada penapis air lagi bagus. Hanya tadan dan minum. Kalau ke restoran pun air kosong minuman paling murah, tak gitu?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI