Minuman perisa cola yang terkenal seperti Coca Cola dan Pepsi terdapat di mana-mana sahaja. Malah minuman ini sentiasa ditawarkan bersama-sama di pelbagai restoran makanan segera. Jadi kadang-kadang kita memang tak dapat elak mengambilnya.
Tapi beringat-ingatlah minum minuman ini kerana kandungan gulanya yang tinggi. Usah diamalkan selalu cukuplah sebulan dua atau tiga kali.
Tapi adakah anda tahu air kola ini boleh membantu anda melakukan beberapa perkara berkaitan hal dalam rumah. Jom ikuti 10 life hack anda boleh cuba dengan menggunakan air kola!
CUCI TANDAS
Pencuci tandas kehabisan? Usah risau ambil sahaja sati tin minuman kola dan tuang ke dalam mangkuk tandas. Biarkan selama kira-kira sejam. Kemudian tekan flsuh dan biarkan air berlalu membersihnya. Perhatikan tandas anda pasti bersinar dan bersih.
BUANG KARAT
IKLAN
Anda tiada polish? Jangan risau. Air kola boleh membantu anda. Menurut HuffPost, minuman kola mengandungi asid phossphoric yang boleh mengeluarkan karat.
HILANGKAN HAKISAN BATERI
Jika anda perhtikan di bateri kereta kadangkala akan berlaku tompokan hakisan atau corrosion. Tuang sahaja kola ke atasnya dan biarkan selama beberapa minit. Pasti kesan hakisan itu hilang serta-merta.
LONGARKAN SKRU
Kadangkala skru sukar untuk dibuka dan sangat ketat. Ini mungkin disebabkan oleh skru yang berkarat. Tuang sedikit air kola dan biarkan beberapa minit. Cuba pula skru, pasti ia senang terbuka.
Ini tip untuk anda yang berani buat sahaja ya. Jika pakaian terkena minyak yang degil, tambahkan setin air kola ke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci. Kemudian basuh seperti biasa. Kemungkinan besar kesan minyak itu akan hilang.
SAPU DEBU KERETA
Kereta yang sudah lama tidak dibasuh kadangkala terlekat debu yang tebal dan degil. Untuk hilangkan masalah ini anda boleh lap kawasan yang kotor dengan menggunakan tuala yang dicelup dengan air kola.
LEMAK DI PINGGAN ATAU PERIUK
IKLAN
Kepada anda yang selalu masak sup daging pasti berdepan masalah lemak dan minyak daging yang melekat pada pinggang, mangkuk atau kuali. Untuk hilangkannya, masukkan air kola dan rendam selama beberapa jam.
PERANGKAP LINTAH BULAN & SIPUT
Air kola boleh membantu anda menghapuskan masalah haiwan ini dengan efisyen. Letakkan air kola di dalam bekas dan biarkan ia diluar. Lintah bulan dan siput amat tertarik kepada air kola. Kandungan asid di dalamnya akan membunuh haiwan ini.
BARANG KEMAS
Buat kaum wanita khususnya, usah risau jika barang kemas mula pudar. Kembalikan sinarnya dengan merendam barang kemas di dalam gelas berisi air kola selama satu malam. Keesokan harinya anda hanya perlu lap bagi mendapatkan mengilatkannya.
TANGGALKAN GULA-GULA GETAH
Pernah tak rambut anda atau anak terkena gula-gula geta. Memang sangat sukar untuk dibuang apatah lagi bila ia mula berbelit pada rambut. Gunakan air kola untuk membuangnya dengan mudah. Rendamkan kawasan rambut terkena gula-gula getah dengan air kola selama 5 minit. Ia akan dapat dibuang dengan mudah.
Rasanya anda semua pasti tidak perlu diperkenalkan lagi tentang filem hebat blockbuster yang menampilkan skuad jalan cerita pengorbanan, kehebatan dan semangat patriotik luar biasa Pasukan Khas Luat (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Filem ‘PASKAL: The Movie’ yang dibintangi oleh nama-nama hebat seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Theeban G dan ramai lagi ini juga mencatatkan sejarah apabila menjadi filem aksi mendapat jumlah kutipan tertinggi.
Dengan kutipan melebihi RM30 juta, ia menduduki tempat ketiga di belakang ‘Hantu Kak Limah’ dan Munafik 2′ sebagai filem paling laku dalam sejarah filem tempatan.
Taufiq Hanafi dan Ammar Alfian turut hadir menguji sendiri cabaran ini!
Dan kini filem hebat ini telah pun mula ditayangkan menerusi saluran penstriman popular, Netflix . Sebagai salah satu daripada rangka promosi mereka, Netflix menganjurkan #PASKALChallenge bertempat di Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall, Petaling Jaya.
Menariknya pembukaan cabaran ini turut disertai oleh dua pelakonnya iaitu Ammar Alfian dan Taufiq Hanafi. Menurut Netflix, cabaran ini telah direka cipta berdasarkan inspirasi daripada filem ‘PASKAL: The Movie’ yang mengetegahkan elemen-elemen kerjasama dan kesungguhan tanpa kenal putus asa.
Netflix juga mempelawa anda semua untuk mencuba sendiri cabaran #PASKALChallenge ini yang diadakan bermula hari ini, 22 Mac sehingga 24 Mac 2019, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Terdapat 5 halangan atau obstacle yang perlu anda lengkapkan dalam cabaran yang menguji kekuatan fizikal. Antaranya ialah mengangkat tayar gergasi, memanjat tembok setinggi 8 kaki, melakukan angkat berat menggunakan tong air tentera dan juga memanjat tali!
Halangan angkat tayar gergasi dari poin A ke poin B.Panjat tali dan melintas menggunakan monkey bar.Nampak macam ringan tapi berat tu!
Jika berjaya melengkapkan kesemua task dalam masa ditetapkan anda bakal membawa pulang hadiah eksklusif berupa ‘Paskal Challenge Swag’ iaitu berangan menarik Paskal dan Netflix.
Antara objektif lain cabaran ini juga ialah untuk memberikan sedikit gambaran betapa sukarnya latihan yang dilalui oleh skuad tentera laut elit negara. Dari situ anda pasti akan lebih menghargai lagi perngorbanan mereka.
Trend membeli belah kini sudah jauh berbeza. Selain urusan beli-belah secara online, pengalaman di gedung membeli-belah masih lagi relevan. Namun apa yang berubah adalah mekanisme pembayaran yang kini lebih banyak menggunakan e-wallet.
Sebagai penyedia rangkaian gedung beli-belah Sunway Malls memperkenalkan Terminal Pembayaran Bersepadu. Ia merupakan terminal pembayaran semua dalam satu yang menerima pelbagai bentuk pembayaran tanpa tunai daripada transaksi yang dibuat menggunakan e-dompet (e-wallet), kad debit dan kredit.
Ia dijangka memberi manfaat bukan sahaj kepada peruncit tetapi juga kepada pengguna. Terminal Pembayaran Bersepadu berkenaan dapat menawarkan pembeli-belah lebih banyak opsyen pembayaran tanpa tunai yang dapat membuahkan pengalaman yang lebih mudah dan lancar.
Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu jga boleh mengelakkan para peruncit daripada mengerahkan berbilangan buah terminal untuk menerima pembayaran, lantas dapat menjurus kepada kos sewaan terminal yang lebih rendah. Oleh kerana terminal tersebut membolehkan para peruncit menerima bayaran daripada pelbagai jenis e-dompet, maka jurang batasan untuk menerima pembayaran tanpa tunai dapat disingkirkan.
Setakat Disember 2019, Sunway Malls telah menyaksikan lebih daripada 750 peruncitnya menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai, dan rakan-rakan kongsi e-dompet yang terkini meliputi Alipay, Boost, Grabpay, GoodKredit, Maybank QRPay, Mcash, NETS, Touch ‘n Go dan WeChat Pay, serta lain-lain yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Untuk menggalakkan pembeli-belah menggunakan kemudahan baharu ini, Sunway Pyramid sedang menawarkan pembeli-belah peluang untuk mendapatkan 10x mata ganjaran Sunway Pals apabila mereka menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet pembekal yang terlibat (Boost, GrabPay, Maybank QRPay, dan Touch ‘n Go) di Sunway Pyramid sehingga 31 Disember tahun ini. Bagi pembeli-belah yang membelanjakan RM200 dan ke atas menggunakan NETS, mereka akan menerima mata ganjaran Sunway Pals yang bernilai RM15 sehingga akhir bulan Jun 2020.
HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks sementara itu menyatakan, “Pengenalan Termininal Pembayaran Bersepadu ini merupakan antara inisiatif kami untuk menambah baik pengalaman buat para pembeli-belah dan peruncit kami di Sunway Pyramid.
“Kami berharap untuk membekalkan persekitaran yang lebih memudahkan, efisien dan selamat untuk setiap individu yang memilih kami sebagai destinasi pusat beli-belah pilihan mereka pada hari ini dan pada masa yang akan datang.”
Sejak Oktober lalu, Sunway Malls telah melancarkan inisiatif ini menerusi empat pusat beli-belah lain yang meliputi Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Citrine Hub.
Mungkin dalam tempoh beberapa tahun lalu ramai di antara kita mungkin agak janggal membayangkan penggunaan telefon pintar yang mempunyai fungsi boleh lipat atau foldable. Mungkin pada ketika itu kita tidak dapat membayangkan bagaimanakah skrin sesentuh yang boleh lipat boleh digunakan.
Perkembangan teknologi dan inovasi terkini telah menjadikan telefon boleh lipat kini menjadi satu perkara yang sudah diterima ramai dan kembali normal.
Jika era telefon bimbit boleh lipat dahulu ia cukup popular, ramai pemerhati berpendapat trend tersebut telah meresap kembali di kalangan pengguna.
Sebagai salah satu pemain utama dalam pembuatan dan penciptaan inovasi telefon boleh lipat, Samsung dilihat memainkan peranannya dengan cukup signifikan. Dan baru-baru ini mereka melancarkan dua telefon pintar boleh lipat terbaru iaitu Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.
Dalam review kali ini, MASKULIN ingin memberikan tumpuan khusus buat Galaxy Z Flip4. Selepas beberapa minggu menggunakan telefon pintar hebat ini dalam urusan harian terdapat beberapa perkara yang cukup menyerlah pada Galaxy Z Flip4.
REKAAN
Bercakap tentang perihal telefon boleh lipat kita pasti akan terarah kepada skrin. Ini kerana skrin telefon kategori ini sering mendapat kritikan sama ada baik atau buruk. Bagaimana pula dengan Galaxy Z Flip4?
Sejujurnya skrin pada edisi terbaru ini tidak jauh berbeza dengan edisi terdahulu. Namun terdapat beberapa panambahan dan kelebihan yang cukup ketara.
Sebagai contoh bezel di sekeliling skrin yang ditonjolkan kali ini sedikit lebih kecil atau nipis. Ia satu penambah baikan yang tidaklah ketara namun sangat baik dan boleh dipuji.
Pada bahagian hadapan dan belakang ia dilihat lengkap dengan kemasan Bahagian belakang dan hadapan kini mempunyai kemasan satin. Secara tidak langsung bukan sahaja tampil dengan gaya lebih berkilat tetapi tetapi juga membuatkan Galaxy Z Flip 4 tidak mudah berasa licin di permukaan rata.
Dari segi dimensi keseluruhannya juga nampak lebih kecil walaupun ia hadir dengan timbangan sedikit berat berbanding sebelumnya. Samsung juga dilihat memperbaiki engsel dengan menjadikannya lebih kecil sedikit.
PAPARAN SKRIN
Galaxy Z Flip4 hadir bersama skrin utama 6.7 inci OLED dengan resolusi 2460 x 1080 dan hadir bersama refresh rate yang sangat memberangsangkan iaitu 120Hz. Kebimbangan ramai orang tentang ‘crease’ pada bahagian lipatannya juga seakan dijawab dengan baik oleh Samsung.
Apabila skrin terpasang ia tidaklah terlalu jelas kelihatan namun bila disentuh masih ada rasa lipatan itu. Tapi bagi MASKUIN ia bukanlah satu masalah yang besar pun. Manakala salah satu tarikan utama Galaxy Z Flip4 ialah skrin luarnya atau Cover Screen yang kini dipertingkatkan fungsinya.
Antaranya ialah tetapan tema pada paparan utama kini boleh diselaraskan sama bersama Cover Screen. Menerusi skrin ini kita boleh mengakses dan mengubah tetapan dengan pantas seperti Wi-Fi atau Airplane Mode. Malah ia kini juga lebih bijak berinteraksi dengan pelbagai aplikasi yang menyokong penggunaannya.
Galaxy Z Flip 4 mengekalkan penarafan kalis air IPX8 yang sama seperti Z Flip 3. Ia juga dilengkapi dengan Gorilla Glass Victus Plus yang menutupi Skrin Penutup, lapisan kaca ultra nipis (UTG) di bahagian dalam dan apa yang Samsung panggil Armor Aluminium di bahagian luar.
KAMERA
Di antara keterujaan utama ketika menggunakan telefon ini ialah kemampuan kameranya. Ia adalah satu nilai tambah yang baik buat Galaxy Z Flip4 berbanding telefon pintar lain di pasaran.
Ia bukanlah menawarkan kamera terbaik di pasaran namun versataliti yang dibawa dengan pengalaman menyeronokkan memberikan sesuatu yang berbeza. Teknologi invasi kreatif Samsung pada produk foldable mereka menjadikan ia sebagai inovasi yang dijangka menjadi ikutan ramai.
Dan pastinya ia bukan gimik semata. Kita boleh menggunakan kamera dengan memegangnya seakan camcoder. Atau juga boleh melipatnya separuh dan meletakkan di atas permukaan rata. Tidak perlu lagi bersusah payah bawak monopod atau tripod ke mana-mana.
Pada bahagian belakang ia hadir bersama dua kamera 12 megapiksel dengan satunya adalah kamera utama manakala yang kedua pula adalah ultra-wide. Pada bahagian hadapan pula turut dilengkapi dengan kamera dengan 12 megapiksel.
BERIKUT SAMPEL FOTO GALAXY Z FLIP4:
Kamera Utama
Ultra-Wide
Potrait
Foto yang diambil pada kondisi luar yang cerah memberikan hasil cukup cantik. Warna terhasil lebih menyerlah dan terpancar.
Dalam situasi cahaya rendah juga ia memberikan hasil kualiti yang tidak mengecewakan. Manakala kamera ultra-wide pula memberikan dimensi yang lebih besar dengan kualiti yang baik.
PRESTASI MANTAP
Bagaimana pula dengan prestasi yang dibawa oleh Galaxy Z Flip4? Perlu diakui bahawa spesifikasi Flip4 adalah lebih rendah berbanding Fold4 namun ia masih menawarkan prestasi yang sangat baik.
Dikuasakan dengan pemprose Snapdragon 8 Plus Gen 1 Chip, ia merupakan yang terpantas untuk telefon Android di pasaran sekarang. Ia juga hadir dengan 8GB RAM dengan pilihan storan dalaman di antara 28GB dan 512GB.
Satu perkara perlu ingat, Galaxy Z Flip4 tidak menawarkan sebarang tambahan storan lain. Jadi buatlah pilihan storan dalaman sesuai dengan penggunaan anda. Dari segi penggunaan gaming pula ia turut memberikan pengalaman yang baik.
Dari segi perisian pula, Galaxy Z Flip4 dilengkapkan dengan tambahan baharu dengan paparan user interface One UI yang cukup senang digunakan.
KETAHANAN BATERI
Tahun lalu terdapat sedikit rungutan mengatakan katahanan bateri Galaxy Z Flip3 yang sedikit mengecewakan. Namun untuk Galaxy Z Flip4 nampaknya Samsung telah mengambil cakna akan hal tersebut.
Bukan sahaja peningkatan dari 3300mAh kepada 3700mAh, ia juga mempunyai chipset 8 Plus Gen 1 yang jauh lebih efisien dari sebelumnya. Untuk pengecasan penuh, ia bolehlah dikatakan mampu digunakan untuk sepanjang hari.
Selama beberapa minggu ini setiap malam sebelum tidur bateri pasti berada pada paras 10 hingga 15 peratus – menjadikan ia satu pencapaian ketahanan bateri yang sangat baik. Untuk penggunaan lebih berat contohnya ia sedikit berbeza namun masih lagi boleh dianggap baik.
Menonton video penstriman selama satu jam mengambil kira-kira hanya 11 peratus bateri sahaja. Dari aspek pengecasan pantas juga Samsung menyediakan penambah baikan yang positif. Galaxy Z Flip4 mengecas pada kadar 25w. Dalam masa sejam lebih sahaja ia boleh lengkap pengecasan penuh.
TRENDY BERPRETASI
Secara keseluruhannya menggunakan Galaxy Z Flip4 selama beberapa minggu ini memberikan pengalaman penggunaan peranti yang cukup menyeronokkan. Ia menawarkan satu dimensi yang tidak terdapat pada telefon lain. Bagi anda yang mahukan telefon trendy yang hadir bersama prestasi memberangsangkan, Galaxy Z Flip4 adalah jawapan terbaik. Paling penting anda akan menjadi tumpuan ramai bila berada di tangan anda!
Untuk maklumat lanjut dan tawaran menarik Galaxy Z Flip4 anda boleh layari laman sesawang rasmi Samsung di sini.