10 Mental Block Yang Membuatkan Anda Sering Gagal, Skeptikal Adalah Salah Satunya!

122

Mental block atau pemikiran yang berkata, ‘Itu tak boleh.. ini tak boleh,” adalah sesuatu yang perlu dihapuskan dalam diri kita jika ingin berjaya.

Ini kerana hasutan atau pengaruh mental block ini hanya menyebabkan anda sering berdepan dengan kegagalan.

Ibarat kata orang lain sudah terbang meneroka sampai ke bulan, anda pula masih rasa syok berselimut dan baring di katil.

Apa? Anda pun tak tahu sama ada anda ada mental block atau tidak? Baca perkongsian di bawah :

1. Ego

Keegoan adalah satu sifat paling besar wujud dalam diri manusia dan ia menghalang anda untuk membuat sesuatu tindakan atau kerja di luar kotak akal dan fikiran.

Penyelesaian : Terima pandangan orang lain dengan hati yang terbuka. Tak salah untuk mencuba sesuatu yang dicadangkan orang lain. Mana tahu hasilnya lebih baik!

2. Skeptikal

Skeptikal bermaksud anda selalu berfikiran negatif dan tak pernah cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. Persoalan seperti “Aku ni boleh ke berjaya?” atau “Boleh ke aku buat bisnes?” atau “Kalau orang kata aku macam mana?” sentiasa menyelubungi diri.

Penyelesaian : Tukar persepsi lain dalam diri seperti, “Aku mesti buat kali ini” atau “Aku takkan sia-siakan peluang yang ada”. Secara automatik, anda akan rasa bersemangat dan percaya pada diri.

3. Takut

Rasa takut yang tak bertempat ini hanya merugikan masa kita. Tambah-tambah pula, kalau kita cuma takut nak memulakan sesuatu tetapi kita tak pernah pun cuba untuk bermula. Sekadar lihat orang gagal sehingga takut untuk buat tindakan nak berubah.

Penyelesaian : Beranikan diri. Jika gagal, itu adalah satu pengalaman. Sekurang-kurangnya anda bangkit kali kedua, anda sudah tahu bagaimana permainan ‘hantu takut’ yang menyelubungi diri anda.

4. Tidak berkeyakinan

Manusia memang sentiasa ada perasaan mahukan kepastian untuk tampil dengan lebih yakin. Apabila diri tak rasa yakin, nak buat tindakan biasa pun tak berani, apatah lagi tindakan luar biasa.

Penyelesaian : Banyakkan bercampur dengan orang yang berjaya. Sentiasa dengar perkongsian tip daripada mereka. Belajar skill yang dimainkan oleh mereka.

5. Tak layak

Belum cuba berbuat sesuatu dah kata diri tak layak. Sebabnya? Selalu sangat dengar cakap-cakap orang yang tak bertauliah. Padahal yang membuat keputusan itu adalah anda.

Penyelesaian : Hadap dulu baru tahu layak tak layak. Kalau tak layak, tanya apa kekurangan diri. Dari situ dah boleh cari jalan untuk improve diri ke arah lebih bagus.

6. Suka bertangguh

Sikap sebegini boleh dikatakan semua orang ada. Dialog klise seperti, “Nanti.. Kejap lagi.. Esoklah.. Tengoklah..” yang terpacul di mulut itu ibarat satu barah dan malah. Kalau lambat bertindak, hasil pun lambatlah yang dapat.

Penyelesaian : Ubah sikap dan fikirkan untuk berehat dengan lebih awal selepas kerja dapat disiapkan.

7. Bagi alasan

Apabila soalan seperti anda nak berjaya atau tidak disuarakan, ramai yang menjawab, “Nak” tetapi apabila diberi peluang, mulalah ada yang berkata tak bolehlah.. tak retilah.. tak pandailah..

Penyelesaian : Kurangkan bercakap dan lebihkan belajar untuk bekerja

8. Tunggu dulu

Selagi mana anda memilih untuk menunggu, selagi itulah orang lain sudah pergi jauh dan anda masih di takuk lama. Bila rakan sudah berjaya, barulah kita terhegeh-hegeh nak ikut rentak dia.

Penyelesaian : Berlarilah dan kejar mimpimu

8. Ikut kawan negatif

Kalau berkawan dengan orang-orang yang negatif, hidup anda juga akan menjadi negatif. Contohnya, “Jom lepak mamak malam ni. Nanti anak bini kau dah tidur, keluarlah. Aku jemput kau depan rumah.” Nampak kes ini seperti biasa namun lama-kelamaan, ia boleh menjadi habit yang tidak dalam diri.

Penyelesaian : Pilih orang di sekeliling yang mampu memberikan aura yang positif. Bagi yang sudah berkeluarga, utamakan keluarga dan kerjaya terlebih dahulu.

9. Tidak bersungguh

Apabila anda buat sesuatu kerja dengan tidak ikhlas dan tidak bersungguh-sungguh, pasti apabila tiba ujian sahaja, anda akan terus down dan tak nak cuba untuk bangun semula. Semestinya perkara bukan sesuatu yang bagus!

Penyelesaian : Tanamkan niat dan tanya apa tujuan anda buat sesuatu tindakan tersebut. Apa misi dan visi anda?

10. Salahkan takdir dan agama

Memanglah ada qada dan qadar tetapi ini tidak seharusnya dijadikan alasan kenapa anda tidak boleh berjaya. Padahal anda sendiri yang mencipta takdir itu. Kalau tak pernah cuba untuk berusaha mana nak nampak hasilnya?

Penyelesaian : Berpegang kepada agama dan ajaran yang sebenar, bukan sekadar memegang title orang yang ada agama tetapi tidak beramal!

Tinggalkan Komen