Tidak semua generasi hari ini tahu tentang bagaimana bermulanya cerita untuk meletakkan 1 Mei sebagai cuti umum di seluruh dunia sebagai Hari Pekerja.

Tahukah anda? Dalam proses mendapatkan cuti sebegini berapa ramai yang ditembak mati oleh polis upahan kapitalis seperti ‘Pinkerton Guards’!

Semuanya bermula di Amerika Syarikat pada 1880-an

Ketika itu Amerika berada dalam zaman ‘Gilded Age’ (1865-1900), satu zaman yang terkenal dengan amalan sistem ekonomi ‘laissez faire’.

Waktu itu, kerajaan tidak bercampur tangan dalam ekonomi dan perkara ini menjadi satu peluang besar kepada majikan untuk menguasai ekonominya.

Pekerja dipaksa bekerja sesuka hati sehingga boleh mencecah 16 jam sehari semata-mata kilang mahu mengaut keuntungan yang sangat maksimum.

Perjuangan menjadi tradisi dan trend

Namun hari ini, perjuangan golongan pekerja bawahan yang menuntut keadilan buat mereka cuma tinggal sebagai sejarah yang semakin berkubur.

Generasi zaman sekarang lebih memandang 1 Mei sebagai hari untuk bercuti selain dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Walaubagaimana pun, tidak semua pekerja bercuti pada Hari Pekerja tidak kiralah penjawat awam mahu pun pekerja swasta.

Jom check this out, adakah anda tergolong dalam kelompok yang berhati kental dan bertugas demi manfaat orang lain seperti :

IKLAN

1. Polis

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!
Foto : Google / Kosmo

Demi keamanan negara dan melindungi orang awam dari jenayah semasa, anggota polis belum pernah ‘menutup mata’ untuk bekerja 24 jam sehari dalam 7 hari seminggu.

2. Doktor

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!
Foto : Google

Tak ada sesiapa pun menjangkakan bilakah dia akan sakit atau memerlukan rawatan segera. Oleh sebab itulah doktor sentiasa bersiap sedia dan kena bertugas apabila diperlukan.

3. Jururawat

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!

Tugasannya adalah untuk membuat pemantauan pesakit dan membantu doktor untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. Selain itu, jururawat juga merupakan orang tengah yang sentiasa berhubung dengan pesakit.

4. Anggota Bomba

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!

Bayangkan kalau berlaku kejadian kecemasan seperti kebakaran, seandainya anggota bomba semuanya bercuti siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mengawal keadaan?

IKLAN

5. Askar

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!

Memanglah tiada peperangan ketika ini tetapi tugas seorang askar jangan sesekali dipertikaikan. Askar sentiasa berkawal tentang keselamatan negara. Cuma rakyat sahaja yang kurang nampak kewujudan golongan yang hebat ini.

6. Pengurusan Khidmat Pelanggan

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!

Pengguna akan membuat aduan tentang servis yang digunakan sekiranya bermasalah. Sehubungan itu, mereka yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan memang sukar untuk bercuti termasuk pada 1 Mei.

7. Pekerja pusat beli-belah

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!

IKLAN

Pada hari cuti sebeginilah orang ramai suka untuk berbelanja dan pekerja di pusat beli-belah ada kalanya sampai tak menang tangan nak melayan karenah pelanggan.

8. Pekerja kedai makan

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!

Walaupun cuti, perut tetap perlu diisi dan ada waktunya, masa cuti sebeginilah satu keluarga akan makan di luar dan pekerja kedai makan tetap bekerja seperti biasa.

9. Penyambut tetamu

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!

Waktu cuti orang suka menginap di sana sini termasuk pelbagai tempat percutian yang menarik. Bagi pekerja hotel, cuti umum sudah menjadi satu kebiasaan mereka terpaksa menerima jumlah pengunjung yang agak ramai.

10. Wartawan

10 Pekerjaan Yang Tetap Kena ‘Jalan’ Biar Pun Hari Itu Adalah Cuti Umum!

Tak kiralah apa jadi sekali pun, wartawan tetap bertugas untuk melaporkan berita dan menulis sesuatu untuk dibaca. Kalau wartawan dan jurugambar bercuti, wargamaya pasti bosan kerana tidak mengetahu isu semasa!

Ada senarai pekerjaan yang Maskulin tertinggal untuk dinyatakan? Kongsikan bersama kami menerusi ruang komen di Facebook Maskulin.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI