People photo created by rawpixel.com - www.freepik.com

Pada hari ini, 10 November 2021 telah mencatatkan sejarah cukup penting dalam industri teknologi komunikasi dan multimedia di Malaysia apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melancarkan rangkaian 5G yang pertama.

Menurut laporan BERNAMA, pelancaran tersebut menandakan satu usaha menyediakan kemudahan Internet yang lebih pantas untuk rakyat Malaysia. Menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa berkata kawasan yang terlibat untuk pelancaran 5G pada tahun pertama adalah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

Jelasnya, ia akan diperluaskan secara berpringkat sehingga mencapai angka 36 peratus di seluruh negara. Kita sering mendengar tentang teknolog 5G terutamanya daripada jenama-jenama peranti pintar popular.

Namun sejauh manakah anda tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan teknolog 5G?

MASKULIN ingin kongsi 10 perkara penting tentang 5G untuk kita fahaminya bersama. Ikutinya di bawah:

1.

Teknolgi 5G merupakan sambungan tanpa wayar generasi kelima yang merupakan lanjutan daripada generasi sebelumnya iaitu daripada 1G hingga 4G.

IKLAN

2.

Keupayaan 5G menawarkan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G! Malah ia juga hadir dengan sambuangan yang jauh lebih berkualiti.

10 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Tentang Teknologi ‘Super Pantas’ 5G
City photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

3.

Berdasarkan demonstrasi yang dilakukan TM di Langkawi mendapati kelajuan 5G mencecah sehingga 1.5GB sesaat. Ini bermakna pada kadar kelajuan maksium pengguna mampu melakukan muat turun data lebih 1.5GB dalam masa sesaat!

4.

Jika sebelum ini pengguna terpaksa berdepan dengan kadar lengahan (atau latency) pada sekitar 20 milisaat. Namun kini dengan menggunakan teknologi 5G, kadar tersebut menjadui sangat pendek dan minimum iaitu sekitar 1 milisaat sahaja. Memang pantas!

5.

5G juga mampu menghubungkan kira-kira sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi LTE yang hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti dalam keluasan sama. Jadi tiada masalah kesesakan ‘trafik’ lagi.

IKLAN

6.

Dengan sambungan 5G yang lebih pantas membuatkan peranti seperti telefon pintar menggunakan tenaga atau bateri lebih rendah. Bermakna telefon tidak perlu ‘bekerja keras’ mencari sambungan Internet lalu menjimatkan bateri.

10 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Tentang Teknologi ‘Super Pantas’ 5G
People photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

7.

Kapasiti Internet yang tinggi pada 5G juga mampu menampung peningkatan kadar sambungan internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh internet benda (IoT).

8.

Bagi menikmati teknolgi ini pengguna harus menggunakan peranti pintar yang menyokong rangkaian 5G wireless. Tidak perlu risau kerana pengeluar peranti kini cukup rancak memperkenalkan seleksi produk yang menyokong teknologi hebat ini.

9.

Dengan 5G keupayaan teknologi canggih seperti pengesanan wajah serta pengkalan data dapat diintegrasikan dengan lebih lancar.

IKLAN

10.

Pengenalan teknolgi 5G juga dianggap bakalmenawarkan potensi sangat besar untuk merancakkan industri komunikasi mudah alih menerusi pelbagai inovasi. Selain itu ia juga dijangka mewujudkan industri baharu yang membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara.

Adakah anda sudah bersedia untuk menikmati dunia tanpa sempadan yang lebih pantas, lebih laju dan lebih melangkaui batas bersama 5G?

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini di masa akan datang!

Kredit: Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=KlOx-z6_d9c

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI