10 Perkara Sunat Hari Jumaat Yang Boleh Anda Lakukan, Dapat Pahala Mudah!

583

Salam Jumaat kepada anda semua. Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Mungkin ramai daripada anda sudah tahu bahawa hari Jumaat merupakan hari yang digelar sebagai Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari.

Ia merupakan panggilan istuimewa yang diberikan kepada hari Jumaat kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari Jumaat. Lebih istimewa terdapat pelbagai amalan sunat yang boleh kita lakukan pada hari tersebut.

Mungkin anda sudah sedia makum sesetengah perkara di bawah namun anggaplah ini sebagai perkongsian untuk kita sama-sama ingat demi kesejahteraan hidup.

POTONG KUKU

Memotong kuku merupakan satu amalan untuk menjaga kebersihan diri. Untuk dapat lebih faedah, potonglah kuku pada hari Jumaat kerana ia merupakan amalan sunat. Lagi pun makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.

BACA: Gurau Senda Cara Rasulullah, Ini Garis Panduan & Adab Dalam Islam

MANDI SUNAT

Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”

BACA SURAH AL-KAHFI

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi. Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.

Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

BERSEDEKAH

Antara amalan yang paling mulia ialah bersedekah. Dan bersedekah pada hari Jumaat adalah lebih utama dibanding dengan hari-hari yang lain.

BACA: Petua Nak Lembutkan Hati Pasangan, Rahsianya Ada Dalam Solat Berjemaah

PAKAI PAKAIAN ELOK

Golongan lelaki terutamanya, jika nak pergi solat Jumaat apa kata pakai baju Melayu atau jubah dengan lengkap dan cantik. Memakai pakaian elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat.

GUNA WANGI-WANGIAN

Antara amalan sunat pada hari Jumaat ialah memakai wang-wangian. Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat.

BANYAKKAN ZIKIR & DOA

Melakukan zikir dan dia tak terhad selepas solat sahaja. Malah, ia sangat digalakkan ketika anda mulakan pekerjaan dan bila selesai melakukannya. Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

PERGI MASJID AWAL

Anda sebagai jemaah digalakkan hadir awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf pertama.

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tambahan pula, apabila kita hadir awal ke masjid, kita boleh melakukan beberapa amalan sunat lain seperti berzikir, selawat dan membaca al-Quran sebelum menunaikan solat Jumaat.

BERSELAWAT

Kita akan diingatkan setiap kali khutbah Jumaat agar untuk berselawat ke atas Rasulullah S.A.W kerana kelebihan berselawat dan sbagai tanda kasih kita kepadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT

Kita sangat digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib. Selain itu, solat sunat untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.

Ia merupakan satu kerugian besar jika kita tak ambil kelebihan ini untuk perbanyakkan amalan pada hari Jumaat. Ketepikan duniawi buat sementara dan sering ingatkan diri agar tak terlepas menunaikan ibadah sunat hari Jumaat ini.