Untunglah sekiranya anda termasuk dalam golongan yang ada duit banyak-banyak tapi sampai sekarang guna pun tak pernah habis.

Syukur, itu adalah rezeki untuk anda meski pun masih ada orang lain sedang bergelumang siang dan malam mencari sesuap nasi.

Bagi golongan seperti itu, pasti ada waktunya anda buntu nak buat apalah dengan semua duit yang anda ini? Betul tak?

Untuk menenangkan otak yang berserabut itu, baca artikel ini kerana Maskulin ingin kongsikan beberapa cadangan :

1. Bayar semua hutang

10 Perkara Yang Anda Boleh Buat Jika Ada Duit Banyak Sampai Tak Habis Pakai

Ada duit banyak atau tidak, cuba ingat pernah kita berhutang dengan orang suatu masa dahulu. Jika ada, selesaikanlah hutang itu.

2. Tunaikan haji / umrah

Bagi umat Islam yang berkemampuan, ambil peluang untuk tunaikan haji atau umrah. Kalau boleh jadikan ibadah ini sebagai misi yang pertama sebelum melancong ke luar negara yang menjadi idaman anda.

IKLAN

3. Beli rumah

10 Perkara Yang Anda Boleh Buat Jika Ada Duit Banyak Sampai Tak Habis Pakai

Selalu duduk dengan mummy & daddy sampai duit pun jadi berkepok-kepok banyaknya. Kenapa tidak jika sudah memiliki isteri, keluar dari rumah itu dan hidup berdikari pula? Beli sebuah rumah khas untuk anda dan pasangan lalu coraklah perjalanan rumah tangga anda.

4. Beli kereta idaman

10 Perkara Yang Anda Boleh Buat Jika Ada Duit Banyak Sampai Tak Habis Pakai

Inilah masanya untuk anda beli kereta secara tunai. Tak perlu pening-pening kepala nak fikir kereta kena ‘ikat’ 9 tahun dan bayar bulan-bulan RM600 – RM800. Ada duit banyak, terus beli tunai.

IKLAN

5. Melancong serata dunia

10 Perkara Yang Anda Boleh Buat Jika Ada Duit Banyak Sampai Tak Habis Pakai

Melancong ke luar negara dan belajar budaya atau perkara yang baik-baik sahaja. Kemudian, praktikkan dalam negara kita mana yang baik-baik.

6. Bina pusat tahfiz yang berdaftar

Bagi umat Islam, tak salah kalau buat saham akhirat dengan menubuhkan satu pusat tahfiz yang berdaftar sekali gus memudahkan urusan pemantauan.

IKLAN

7. Senangkan semula ibu bapa

10 Perkara Yang Anda Boleh Buat Jika Ada Duit Banyak Sampai Tak Habis Pakai

Dari kecil sampai besar, ibu bapa anda telah bersusah payah keluarkan banyak duit untuk senang hidup anda. Sekarang, tiba masa untuk anda pula yang membalasnya.

8. Luaskan empayar perniagaan

10 Perkara Yang Anda Boleh Buat Jika Ada Duit Banyak Sampai Tak Habis Pakai

Ada duit lebih, kembangkanlah lagi menerusi perniagaan. Jadikan duit yang ada sebagai modal untuk membeli stok yang lebih banyak.

9. Buat kerja-kerja kebajikan

Sumbangkanlah duit anda yang tak habis pakai itu kepada NGO atau individu yang menjalankan kerja-kerja kebajikan. Mudah-mudahan anda pun terima pahalanya juga.

10. Buat pelaburan masa hadapan

Jadilah individu yang bijak merancang untuk memudahkan generasi akan datang. Sering kali kita dengar masih ada individu yang ‘merempat’ kerana tiada duit. Sehubungan itu, belilah tanah dan bangunkan rumah sebagai pelaburan dan hasilnya boleh digunakan untuk tujuan membantu orang lain.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI