Old father photo created by freepik - www.freepik.com

Bro for life!

Mungkin itu antara istilah yang selalu anda dengar. Percaya atau tidak, rata-rata lelaki bila berkawan memang akan bertahan lebih lama berbanding wanita. Malah ada yang sampai sudah beranak cucu masih berhubung dan berkawan seperti biasa.

Ini satu perkara yang tidak dapat sesiapa pun nafikan. Mungkin ramai wanita tertanya-tanya apakah faktor atau rahsia yang dimiliki kaum lelaki hingga persahabatan boleh bertahan lama?

10 Sebab Kenapa Lelaki Bila Berkawan Bertahan Lebih Lama, Ada Sampai Ke Usia Tua!
Friends travel photo created by freepik – www.freepik.com

Mungkin 10 jawapan di bawah menjawab persoalan mereka.

*TIDAK SEMUA LELAKI YA

SANGGUP TOLONG KETIKA SUSAH

Bayangkan motosikal atau kereta tiba-tuba rosak pada waktu malam di tengah-tengah lebuhraya. Kalau call girlfriend paling tidak pun cuma cakap, “Take care, ya!” Tetapi kalau call kawan lelaki, “Bro, Bberitahu aku kau ada dekat mana. Kejap lagi aku datang.”

IKLAN

TAK BERGADUH KERANA HAL REMEH

Bergaduh sebab perkara kecil ni memang jarang-jarang lelaki buat. Kalau berselisih faham sebab perempuan seperti drama TV pun, tidaklah sampai buat kerja gila. Sampai masa, kita move on.

10 Sebab Kenapa Lelaki Bila Berkawan Bertahan Lebih Lama, Ada Sampai Ke Usia Tua!
Music artist photo created by freepik – www.freepik.com

SAMA-SAMA LAPAR, SAMA-SAMA KENYANG

Siapa pernah tinggal di rumah sewa zaman bujang pasti faham. Kalau kena masa tak ada duit, sebungkus mee segera pun boleh kongsi sampai tiga orang. Kalau kena dengan GF yang tak memahami, anda tak ada duit pun apa dia peduli, yang penting ajak dia makan dekat luar.

FOKUS PADA SESUATU

Kalau nak beli sesuatu barang tanpa membazir, suruhlah lelaki yang pergi beli. Sebabnya kepala otaknya hanya akan tertumpu kepada barangan yang hendak dibeli sahaja. Menariknya lagi, lelaki pandai mencari harga yang murah. Kalau suruh perempuan, dari rumah cadang nak beli sardin aje, balik rumah siap ada bawang, TV plasma, mesin basuh dan hampir membeli sebuah kereta.

IKLAN

MUDAH DIPUJUK

Lelaki ni kalau pandai pujuk memang sejuklah hatinya. Sebabnya lelaki tahu masih ada banyak kerja yang perlu dibuat dan kalau merajuk lama-lama pun, hati jadi makin sakit dan boleh akibatkan prestasi kerja pun jadi terganggu. Lainlah kalau merajuk lama-lama boleh naikkan gaji, mesti lelaki suka merajuk hari-hari.

10 Sebab Kenapa Lelaki Bila Berkawan Bertahan Lebih Lama, Ada Sampai Ke Usia Tua!
Grayscale photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

TUKANG ‘BACK UP’ TERBAIK

Pernah tak kalau ada kawan buat salah, lelaki akan hebahkan satu dunia macam mak cik bawang dari hutan belantara yang baru keluar gua? Jarang bukan? Sebabnya, lelaki suka menjaga aib seseorang itu melainkan anda ada buat hal. Insya’Allah, rahsia 50 tahun lepas pun akan diungkitnya. Tetapi jika OK, kalau anda pergi dating pun, rakan anda akan kata anda pergi mengaji. Yang ini bahaya sikit. Jangan sokong kononnya ‘penipuan sunnah’.

BOLEH DIPERCAYAI

Cuba bersembang satu rahsia yang anda tak kisah kalau ia tersebar. Kalaulah rahsia yang anda ceritakan kepada rakan lelaki itu tidak diceritakan semula oleh mulut bawang-bawang yang lain, maka lelaki itu clear dan boleh dipercayai.

IKLAN

MAMPU ‘SURVIVE’

Kalau menghadapi masalah, kebanyakan lelaki otaknya mampu jdi bijak secara praktikal dan boleh survive dalam apa cara sekali pun. Tak ada istilah ‘tak ada benda yang tak boleh settle’ dalam diri seorang lelaki. Melainkan dia memang bersikap tidak bertanggungjawab atau suka lepas tangan.

KEBOLEHAN MEMIMPIN

Kalau ada bertemu dengan lelaki yang bertindak sebagai ketua dan sanggup turun padang dalam membuat sesuatu kerja, dia adalah pemimpin yang baik tetapi kalau terjumpa orang yang suka mengarah tetapi duduk di kerusi empuk, dia adalah sekadar seorang bos. Namun antara kedua-dua orang teratas ini, jika anda ketua yang baik, percayalah semua anak buah akan menghormati anda.

BOLEH LAYAN PELBAGAI AKTIVITI MENCABAR

Main paintball, layan ATV, redah off-road dan bermacam-macam lagi. Semua aktiviti yang mencabar adrenalin ini seronok dilakukan bersama kawan-kawan lelaki. Cuba ajak gadis-gadis yang lawa main semua ini, mana mahunya. Silap-silap anda cuma duduk tepi teman awek lawa tengok kawan-kawan sedang berseronok main tembak-tembak.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI