
Maraton bukan larian biasa. Jarak 42.195 kilometer ni bukan setakat perlukan stamina, tapi juga mental yang keras, disiplin latihan dan keupayaan tahan sakit yang ramai orang tak sanggup lalu.
Sebab itulah bila seseorang mampu habiskan maraton, walaupun bukan atlet profesional, itu memang satu pencapaian besar.
Dan menariknya, jumlah manusia yang betul betul berlari maraton pun sebenarnya sangat kecil. Anggaran global menunjukkan sekitar 1.1 hingga 1.3 juta penamat maraton setiap tahun, iaitu lebih kurang 0.17 peratus daripada populasi dunia setahun.
Jadi bila seseorang berjaya habiskan larian maraton, ia bukan sekadar menang lawan masa, tapi menang lawan diri sendiri.
Menariknya, dalam dunia selebriti pun ada yang serius. Bukan setakat lari untuk content, tapi betul betul habiskan maraton dengan masa yang sangat baik dan dihormati.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 selebriti lelaki Hollywood yang pernah buktikan mereka ada disiplin dan daya tahan level lain.
1. Ryan Reynolds

Bintang Deadpool ini pernah habiskan New York City Marathon 2008 dengan masa sekitar 3 jam 50 minit. Ini merupakan catatan yang cukup memang solid untuk pelari maraton bukan profesional.
2. Harry Styles

Harry Styles berjaya buat ramai pelari menghormatinya apabila berjaya mencatat masa 2:59:13 di Berlin Marathon. Ia sekali gus berjaya capai sub 3 yang dianggap tahap elit dalam dunia pelari amatur.
3. Bryan Cranston

Pelakon ‘Breaking Bad’ ini pernah menghabiskan NYC Marathon dengan catatan sekitar 3 jam 20 minit, catatan agak laju untuk non pro.
4. Will Ferrell

Walaupun terkenal dengan lawak, Will Ferrell pernah habiskan NYC Marathon 2001 dengan masa sekitar 5 jam 04 minit. Satu pencapaian yang masih dianggap hebat sebab berjaya melengkapkan larian tanpa menyerah.
5. Kevin Hart

Kevin Hart pernah berlari New York City Marathon 2017 dan tamat dalam lebih kurang 4 jam, antara masa yang sangat baik untuk pelari rekreasi.
6. Gordon Ramsay

Chef yang terkenal garang ni memang kaki endurance. Gordon Ramsay pernah sertai beberapa larian maraton termasuk London Marathon, dan rekod terbaiknya sekitar 4:26:21.
7. Edward Norton

Edward Norton juga pernah menghabiskan New York City Marathon dengan masa sekitar 3 jam 50 minit, satu catatan masa yang boleh dikatakan agak solid.
8. Mario Lopez

Mario Lopez bukan sekadar host TV dan fit guy. Dia pernah habiskan NYC Marathon dengan masa sekitar 4 jam 23 minit, membuktikan konsistensi latihan dia memang padu.
9. Sean “P. Diddy” Combs
P. Diddy pernah habiskan New York City Marathon 2003 dengan masa rasmi 4 jam 14 minit 54 saat. Untuk lelaki yang bukan atlet, ini memang satu statement besar.
BACA: Berapa Hari Dalam Seminggu Kita Perlu Bersenam?
10. Ashton Kutcher

Ashton Kutcher tamatkan NYC Marathon 2022 dengan masa sekitar 3 jam 54 minit, sambil mengumpul dana untuk amal.
Kenapa Kisah Mereka Menarik Untuk Lelaki Biasa
Benda paling best pasal selebriti yang buat larian maraton ni ialah ia bagi signal jelas. Fitness bukan sekadar nampak fit dalam gambar atau rajin gym dua minggu lepas tu hilang. Maraton perlukan konsistensi berbulan bulan.
Dan kebanyakan selebriti ni pun lari bukan sebab nak tunjuk macho semata mata, tapi sebab nak challenge diri, jaga mental, atau buat charity. Itu yang buat ia nampak lebih real.
Kalau mereka boleh commit walaupun sibuk shooting, tour, event dan jadual gila, lelaki biasa pun sebenarnya boleh mula perlahan lahan.
Tak perlu terus 42KM. Start 3KM, kemudian 5KM, kemudian 10KM. Yang penting bukan laju, tapi kekal. Larian maraton bukan hanya tentang kelajuan — tapi tentang kekuatan hati dan disiplin.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




