Foto : Kompas Lifestyle

Kita semua pernah dengar ayat ini “Tak apa makan manis, nanti minum air kosong banyak-banyak.”

Ia kedengaran logik, kan? Bila makan kek, coklat, atau air manis, kita rasa lega bila dapat ‘tebus’ semula dengan segelas besar air kosong.

Malangnya, kepercayaan ini hanyalah mitos yang tidak berasaskan fakta kesihatan.

Air kosong memang penting untuk badan, tapi kalau anda fikir ia mampu ‘cuci’ gula yang sudah masuk dalam badan, anda silap.

Bagaimana Gula Diproses Dalam Badan?

Air Kosong Sihat, Tapi Bukan Penyelamat Makanan Manis Anda
Foto : Sirap Limau

Setiap kali kita makan makanan atau minuman bergula, kandungan gulanya tidak tunggu di mulut atau perut untuk dibasuh keluar.

Sebaliknya, gula ini akan cepat diserap melalui sistem pencernaan dan masuk ke dalam aliran darah.

Sebaik sahaja ia berada dalam darah, tubuh akan keluarkan hormon insulin (dihasilkan oleh pankreas) untuk bantu sel-sel badan menyerap gula sebagai tenaga atau menyimpannya sebagai lemak.

Kenapa Ramai Percaya Air Boleh ‘Cuci’ Gula?

Kepercayaan ini mungkin datang dari konsep mudah bila makan pedas, minum air boleh reda pedasnya.

Ads

Maka bila makan manis, ramai anggap air kosong juga boleh ‘imbangkan’ manis tersebut.

Air Kosong Sihat, Tapi Bukan Penyelamat Makanan Manis Anda
Foto : mStar

Namun, pedas itu rasa pada lidah. Manis pula kesannya berlaku dalam sistem dalaman.

Jadi, air hanya bantu hilangkan rasa manis di lidah, bukan kesan gula dalam badan.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Kawal Gula?

Kalau anda serius nak jaga kesihatan dan elak risiko seperti kencing manis, berikut adalah langkah yang lebih berkesan:

1. Kawal Pengambilan Gula Harian

Elakkan atau kurangkan makanan manis seperti kek, air bikarbonat, susu pekat, dan pencuci mulut bergula tinggi.

Ads

Baca label makanan kandungan “sugar” atau “glucose” selalunya lebih tinggi daripada jangkaan.

2. Makan Dengan Perlahan dan Sedar

Beri masa kepada badan untuk hantar isyarat kenyang ke otak.

Bila makan perlahan, anda cenderung untuk makan dalam kuantiti yang lebih terkawal.

3. Aktifkan Diri Selepas Makan

Lakukan aktiviti ringan seperti berjalan kaki selama 10–15 minit. Ini bantu tubuh memproses gula dengan lebih cekap.

Air Kosong Sihat, Tapi Bukan Penyelamat Makanan Manis Anda
Foto : mStar

4. Amalkan Diet Seimbang

Gabungkan makanan berprotein, serat tinggi, dan karbohidrat kompleks dalam setiap hidangan. Ini bantu melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.

Ads

Air Kosong Penting, Tapi Bukan Penyelesai Masalah Gula

Air kosong sememangnya memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan.

Ia membantu buah pinggang menapis toksin, mencegah dehidrasi, menyokong sistem penghadaman, mengawal suhu badan, serta meningkatkan fungsi sel-sel tubuh secara menyeluruh.

BACA LAGI : Senaman Yang Boleh Menguatkan Tenaga Lelaki

Walaupun manfaatnya tidak dapat disangkal, ada satu perkara yang perlu difahami dengan jelas air kosong bukan penawar untuk gula berlebihan dalam darah.

Ramai yang menyangka bahawa minum banyak air selepas makan makanan atau minuman manis boleh ‘mencuci’ gula keluar daripada badan.

Hakikatnya, air kosong tidak mampu menurunkan kadar gula dalam darah kerana proses itu dikawal oleh sistem hormon, terutamanya insulin. 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI