
Bermula esok ramailah akan meluangkan masa berada di rumah. Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bakal berkuatkuasa serta-merta esok sehingga 31 Mac 2020.
Ini bermakna banyak kesemua premis kerajaan dan swasta ditutup kecuali sektor penting sahaja yang akan terus beroperasi. Sama ada anda bekerja dari rumah atau terus diberi cuti sama ada bergaja atau tidak, MASKULIN ucapkan selamat menjalani tempoh isolasi ini dengan baik.
Sepanjang tempoh dua minggu mungkin iniah masa sesuai untuk anda habiskan mana-mana siri Netflix yang sudah lama bersarang dalam senarai ‘to watch list’ anda.
Kalau buka Netflix pasti anda sendiri akan pening mana satu yang mahu ‘dilayan’ dulu. Usah risau kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 program bersiri Netflix yang terbaik pilihan kami.
1. Brooklyn 99
Jumlah musim: 6
2. Wicther
Jumlah musim: 1
3. Kingdom
Jumlah musim: 2
4. Love Is Blind
Jumlah musim: 2
5. Good Girls
Jumlah musim: 3
6. Mindhunters
Jumlah musim: 2
7. Better Call Saul
Jumlah musim: 5 (ongoing)
8. Schitt’ Creek
Jumlah musim: 6
9. The Valhalla Murders
Jumlah musim: 1
10. Dark
Jumlah musim: 2
Jangan Sedih Jika Jodoh Lambat Sebab Kahwin Di Usia 30-an Pun Banyak Untungnya!

Jangan stres jika jodoh lambat dan tengok kawan-kawan sudah kahwin serta kendong anak. Percayalah jodoh cepat atau lambat semuanya atas ketentuan Tuhan. Siapalah kita untuk menolaknya jika ditakdirkan jodoh lambat.
Percayalah, lagi meningkat usia anda, makin matang untuk anda hadapi cabaran dalam hidup. Sebenarnya berkahwin di usia 30-an pun banyak kelebihannya. Ini 5 antaranya.
BACA: Buat 13 Tip Ini Kalau Nak Kahwin Tapi Duit Masih Tak Nampak ‘Bayang’. No 3 Sah Lelaki Suka!
1. Matang sebagai ibu dan bapa
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an bakal menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka untuk mencurahkan kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
2. Memiliki ekonomi yang kukuh
Individu pada usia sebegini pasti sudah mempunyai kerjaya yang tetap, malah tak mustahil sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan bukan menjadi antara masalah utama.
BACA: Senarai 15 Nilai Mas Kahwin Ikut Negeri Yang Lelaki Wajib Ambil Tahu!
3. Pembentukan jati diri lebih kuat
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat hidup yang kuat. Kebiasaanya, mereka dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
4. Tidak lagi mengejar keseronokan dunia
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puas berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai dan sudah tentu apabila berkahwin, akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
5. Pemikiran lebih matang dan emosi lebih stabil
Menurut kajian, setiap individu akan menjadi lebih tenang dan matang dalam menghadapi pelbagai situasi untuk menghargai cinta, malah akan lebih fokus untuk satu matlamat hidup.
Selain Flush Lepas ‘Membuang’ Dianggap Kacak, Ini 6 Tabiat Yang Perlu Lelaki Sebarkan

Tandas sering dianggap tempat yang kurang bersih dan kotor kerana di situ semua hasil perkumuhan dari tubuh badan manusia dibuang secara sistematik.
Sama ada kecil atau besar, itu bukanlah satu persoalan yang besar namun topik yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana lelaki menjaga kebersihan tandas?
Dalam beberapa tinjauan penulis di beberapa tandas awam dalam Malaysia, ada tandas yang bersih dan juga rosak pada pandangan mata kerana vandalisme.
Dalam satu kajian di luar negara pula, pengkaji dari International University of Health and Welfare berpendapat sikap kacak seseorang lelaki itu boleh diukur menerusi adab mereka dengan menggunakan tandas.
Guna tandas pun boleh tentukan personaliti?
Kedengarannya agak mustahil namun daripada 50 responden yang diuji, 34 orang lulus dengan baik dan dipuji kumpulan pengkaji kerana menjadi lelaki yang prihatin.
Namun dalam masa sama, biar pun hanya 17 orang tidak melepasi ujian kekacakan itu, kumpulan tersebut tetap boleh mewujudkan kesan kotor yang menyusahkan orang lain.
Sehubungan itu, pihak pengkaji telah menggariskan enam faktor yang boleh menentukan sama ada lelaki itu kacak dan memiliki kehidupan yang elok berdasarkan :
1. Flush tandas selepas penggunaan
Lelaki yang flush tandas selepas penggunaan dianggap kacak kerana tidak membiarkan najis yang dibuang boleh dilihat oleh orang lain yang akan menggunakan tandas yang sama. Lelaki tersebut juga dikatakan jenis pandai menjaga aib diri sendiri dan orang lain.
2. Kencing tidak terkena pengalas
Selain baik untuk pundi kencing, kencing duduk juga membuatkan saluran air kecil lelaki berfungsi dengan baik. Lelaki yang gemar kencing berdiri sehingga air kencingnya tersasar mengenai tempat duduk (pengalas) pada mangkuk tandas dianggap pengotor. Lebih-lebih lagi kalau dia tidak membersihkannya dan terus berlalu pergi.
3. Tidak pijak mangkuk tandas
Pengkaji juga menjalankan satu uji kaji tentang tali kasut dan reaksi mereka sebelum dan selepas masuk ke tandas. Ada yang mengikatnya terlebih dahulu dan ada juga yang mengikat tali kasut sewaktu berada di dalam tandas dengan cara memijak mangkuk tandas tersebut. Reaksi tersebut dianggap sungguh biadap kerana lelaki akan dilabel sebagai memiliki sikap tidak akan menghormati orang yang baharu dikenalinya.
4. Tidak kencing berdiri
Kebanyakan lelaki lebih gemar untuk buang air kecil (kencing) secara berdiri kerana berpendapat, ia merupakan tindakan yang sangat pantas tanpa perlu duduk. Namun kajian pula beranggapan sebaliknya. Lelaki yang kencing berdiri digambarkan sebagai kurang sabar dan ada kalanya panas baran selain bersikap acuh tak acuh. Yang penting asalkan settle!
5. Kaki habiskan tisu
Tisu disediakan dalam tandas untuk kemudahan orang awam. Sikap lelaki yang gemar mengambil tisu banyak-banyak semata-mata mahu mengelap tangan selepas membuang air dikatakan seseorang yang gemar berboros dengan harta orang lain. Golongan ini juga dikatakan tidak pernah kisah pasal hati seseorang wanita, asalkan dia dapat apa yang dia mahu.
6. Merokok dalam tandas
Golongan yang gemar merokok dalam tandas sewaktu sedang membuang hajat dikatakan kumpulan yang pandai menipu. Selain jenis tidak boleh sabar, kumpulan disifatkan sebagai lelaki yang gagal menahan diri daripada menuruti ketagihan mereka dan wanita tidak gemarkan dengan lelaki yang memiliki sikap sedemikian.
Penyokong Malaysia Dakwa Dibaling Batu Di Stadium Gelora Bung Karno

Perseteruan bola sepak di antara pasukan Malaysia dan Indonesia sudah terlipat dalam sejarah sebagai antara yang paling getir di Asia Tenggara.
Malah jika kita imbau kembali sejarah dalam tempoh beberapa tahu kebelakangan ini, pasukan kebanggaan negara Harimau Malaya menerima layanan yang cukup mencabar daripada penyokong pihak lawan setiap kali melakukan kunjungan ke negara tersebut.
Kisah di mana pasukan negara terpaksa naik kereta berperisai baracudda dahulu juga telah banyak mengguris hati penyokong-penyokong bola sepak Malaysia.

Dan hari ini, perseteruan itu dilihat sekali lagi menjadi bahan bualan warganet terutama pencinta bola sepak tempatan. Pada malam ini, jam 8:30 malam waktu Malaysia, Harimau Malaya akan menggalas segunung harapan negara menentang pasukan Indonesia di halaman mereka sendiri.
Malaysia yang diletakkan di dalam Kumpulan G bersama-sama Indonesia, Thailand, Vietnam dan UAE dlam psusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022.
Semalam di laman media sosial sudah heboh diperkatakan bahawa hotel penginapan pemain-pemain negara menjadi sasaran penyokong fanatik negara jiran melakukan gangguan mercun. Namun MASKULIN tidak dapat memastikan kesahihan perkara tersebut.
Hari ini pendukung-pendukung setia Harimau Malaya terutamanya dari Ultras Malaya mengharungi dugaan hebat ketika tiba di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Beberapa buah video daripada penyokong Malaysia yang berada di sana mendakwa mereka telah dibaling batu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Menerusi salah sebuah video yang dimuat di Twitter mendakwa sejurus sahaja sampai di stadium penyokong Malaysia diprovokasi dan bas yang membawa mereka juga dibaling batu.
Ekor dah sampai GBK. Member kata x terkawal mana pon keadaan, sampai je dah kena provoke, bas teruk kena baling batu. #WCQ Aman katanya… ??♂️ pic.twitter.com/uYi3lcibj8
— Taslim Razin (@manarianz5) September 5, 2019
Kredit: @manarianz5
Manakala menerusi salah sebuah video berbeza kelihatan penyokong-penyokong Malaysia terpaksa bergegas ke kawasan berbumbung di kawasan stadium bagi mengelak terkena batu yang di bnaling daripada kawasan atas stadium.
Huru hara der dgn balingan batu kt gbk skrang ?? pic.twitter.com/7MLCWsszLZ
— موشريف شافيق (@MusyrifSyafiq) September 5, 2019
Kredit: @musyrifSyafiq
Perkara seperti ini tak sepatunya berlaku dan pihak penganjur seharusnya memastikan keselamatan pemain dan penyokong pihak lawan terjamin.
Walau apa pun yang berlaku, MASKULIN mendoakan keselamatan kesemua pihak yang berada di sana. Semoga pasukan Harimau Malaya memberikan persembahan membanggakan pada malam ini. Satukan jiwamu!
Lihat bagaimana mereka masuk ke stadium. Macam nak berperang! pic.twitter.com/A2U4Eik4pY
— VOCKET FC (@vocketfc) September 5, 2019
Kredit: @vocketfc