Cuba anda bayangkan setiap tahun berapa banyak barangan yang dibuang. Itu belum dicampur dengan buangan sisa makanan dan bungkusan yang digunakan setiap hari.

Amalan kitar semual sebenarnya memberikan bayak manfaat bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi boleh melatih kita untuk lebih berjimat dan menggunakan kreativiti menukarkan sesuatu objek kepada sesuatu lebih berguna.

Sebagai seorang lelaki terutamanya anda harus bijak dan mempunyai akal panjang bagaimana untuk memanipulasi barangan yang sudah rosak, lusuh atau tidak digunakan menjadi barangan yang ada tujuan baru.

Jangan risaum jika anda kekeringan idea, MASKULIN ingin kongsi 10 smart hack bagaimana nak recycle barang jadi objek berguna!

TAYAR LAMA

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

Biasa anda tukar tayar tinggalkan sahaja di bengkel bukan? Apa kata bawa pulang dan ubahnya menjadi sesuatu yang hebat. Sebagai contoh anda boleh guna potongan tayar untuk dijadikan tapak kasut. Anda bukan sahaja kitar semula tayar tapi ‘menghidupkan’semula kasut yang tapaknya rosak.

GANCU TALI PINGGANG KELEDAR

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

Gunakan gancu lama pada tali pinggang keledar menjadi tempat untuk anda menggantung kunci di dalam rumah. Simple dan menarik!

BACA: 10 Clutch Bag Yang Cool Untuk Lelaki Gayakan Secara Santai

IKLAN

RAKET

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

Ada raket badminton atau tenis yang sudah rosak dan tak digunakan. Anda boleh jadikannya sebagao bingkai cermin yang unik.

BUT LAMA

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

Sebagai seorang lelaki pastinya anda pernah memiliki sepasang but. Selepas beberapa tahun but pasti lusuh dan sudah mula rosak. Anda boleh jadikannya sebagai pasu bunga yang dijadikan penghias menarik di dalam atau luar rumah.

TIN & BOTOL MINUMAN

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

IKLAN

Selain menghantarnya ke pusat kitar semula anda juga boleh gunakan tin dan botol minuman untuk dijadikan pasu kecil. Lakukan potongan yang sesuai dan tanam pokok kaktus. Pati jadi hiasan yang menarik.

BUKU LAMA

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

Jika anda mempunyai banyak buku-buku lama, usah biarkan ia mereput di atas rak atau dalam stor. Anda boleh ubahnya menjadi rak yang menarik. Hanya perlu ubah suai tapak sedikit, kemudian letakkan buku sebagai rak. Pasti ruang tamu rumah tampil dengan personaliti menarik.

PINTU LAMA

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

Mungkin anda fikir apa yang boleh dilakukan dengan pintu kayu yang besar. Sebenarnya ia juga boleh dijadikan pelapik meja. Dengan menggunakan lapisan kaca di atas ia memberikan sebuah meja yang sangat menarik dan mewah.

IKLAN

CAWAN LAMA

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

Bekas lilin atau candle jar yang bukan sahaja boleh memberikan aroma menarik tapi sebagai perhiasan.

BEKAS TELUR

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

Sayang kalau anda buang bekas telur macam tu saja. Anda boleh ubahnya untuk isteri atau anak-anak gunakan sebagai bekas barang kemas.

BEKAS ATAU BOTOL MINYAK

10 Cara Recycle Barangan Rumah Dengan Kreatif, Salah Satu Tukar Raket Jadi Cermin

Anda boleh gunakan bekas ini untuk tanam taugeh. Bukan susah pun, potong saja botol ikut keratan rentas. Letakkan sedikit tanah dan tanam kacang hijau.

Sumber: Brightside

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI