Stail rambut mana yang belum pernah anda buat lagi setakat ini? Kalau buntu dan tidak tahu nak pilih stail rambut mana yang sesuai, apa kata rujuk contoh ini.
Jangan bimbang, 10 stail rambut lelaki ini pasti buat anda nampak stailo setiap masa. Walaupun gayanya ringkas tapi kalau awek lalu pasti cair. Tak percaya, try dulu!
Coach Inc, jenama fesyen terkemuka dari New York telah membuka butik terbaru mereka di Genting Skyavenue. Butik tersebut direka dengan pengayaan mewah dan menyediakan sudut kraf untuk servis kulit dan monogramming.
Butik Coach Genting Skyavenue ini berkeluasan 2,1002 kaki persegi direka khas oleh Pengarah Kreatif Jurulatih Stuart Vevers dengan kerjasama William Sofield, pereka dan presiden Studio Sofield. Menampilkan konsep moden yang mewah bersama kontras barangan mewah. Gaya butik ini juga diinspirasikan dari kota raya New York. Warna kayu-kayuan dan perabot kurun pertengahan menambah lagi eleman elegan dan aura sofistikated.
Menariknya lagi, bahagian pakaian wanita dan lelaki diasingkan mengikut kategori. Bilik wanita diletakkan bersama pimtu dinding diinspirasikan dari Coach House di New York. Manakala untuk para lelaki dipaparkan skrin AV dengan koleksi terkini Coach dan susunan kasut mengikut musim semasa.
Lokasi : Lot T2A-15 & 16, Level 2 Sky Avenue, Genting Highlands, 69000 Pahang Darul Makmur, Malaysia
Waktu Operasi : 10.00am to 10.00pm
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skechers Monster Evo x Demon Slayer untuk tahun 2026 hadir sebagai kolaborasi yang bukan sekadar hype, tetapi benar-benar membawa identiti anime ke dalam dunia streetwear moden.
Meninjau trend dunia fesyen masa kini, gabungan antara jenama global dan siri anime popular bukan lagi satu perkara baharu, bahkan ia sentiasa dinantikan peminat fesyen dan anime sendiri. Namun hanya segelintir kolaborasi berjaya mengimbangi elemen visual dan fungsi sebenar.
Melalui koleksi ini, Skechers membuktikan bahawa interpretasi karakter boleh dilakukan dengan matang dan praktikal.
Model utama yang menjadi tumpuan sudah tentu Skechers Monster Evo, sebuah sneaker yang tampil dengan siluet moden, struktur kukuh dan sentuhan karakter Demon Slayer yang jelas tetapi tidak keterlaluan.
Dari segi reka bentuk, Skechers Monster Evo x Demon Slayer mengekalkan DNA sneaker atletik moden. Ia tampil nampak struktur kukuh, layering warna berani dan tapak yang seimbang untuk kegunaan harian. Apa yang membezakannya ialah bagaimana elemen Demon Slayer diserap secara subtil tetapi signifikan.
Setiap pasangan hadir dengan logo rasmi Demon Slayer, penjenamaan Skechers serta simbol ikonik 滅 (Metsu) yang menjadi identiti siri tersebut.
Corak sisi diinspirasikan daripada pemegang pedang dan motif visual karakter diterjemahkan ke dalam panel kasut tanpa menjadikannya terlalu sarat.
Harus diingat ya, ini bukan kasut cosplay. Ini adalah interpretasi street-ready yang matang dan relevan untuk gaya harian.
Untuk versi lelaki, dua rekaan utama menjadi pilihan dalam barisan Skechers Monster Evo x Demon Slayer ini.
Pilihan ini menggunakan ton turquoise dengan elemen kabus yang sinonim dengan Mist Hashira. Ia berani tetapi refined, sesuai untuk lelaki yang mahu sesuatu yang unik tanpa terlalu menjerit.
Inilah versi paling ikonik. Corak hijau hitam checkered Tanjiro diterjemahkan dalam versi lebih clean dan moden. Bold, jelas dan penuh karakter. Jika anda mahukan rekaan yang terus dikenali, ini pilihannya.
Bagi wanita pula, Skechers Monster Evo x Demon Slayer menawarkan dua lagi interpretasi menarik.
Sentuhan pink dan lime green memberi vibe playful namun masih seimbang untuk gaya kasual harian.
Rekaan ini paling striking dalam keseluruhan koleksi wanita. Motif hemp leaf daripada kimono Nezuko digabungkan dengan detailing merah putih yang kuat dan tegas.
Setiap rekaan bukan sekadar bermain warna, tetapi benar-benar mewakili identiti karakter masing-masing dengan pendekatan yang boleh dipakai dalam dunia sebenar.
Skechers terkenal dengan teknologi keselesaan mereka, dan Skechers Monster Evo x Demon Slayer tidak terkecuali. Ia dilengkapi dengan Skechers Air-Cooled Memory Foam® cushioned insole yang memberikan kusyen lembut serta sokongan sepanjang hari.
Versi lelaki menggunakan lightweight EVA midsole untuk sokongan responsif, manakala versi wanita hadir dengan lightweight cushioning midsole dan konstruksi slip-on bersama fixed laces untuk kemudahan pemakaian.
Dalam erti kata lain, ini bukan kasut yang cantik untuk dipamerkan sahaja. Ia benar-benar boleh dipakai seharian – dari pejabat ke sesi santai, dari pusat beli-belah ke acara hujung minggu tanpa mengorbankan keselesaan.
Selain model utama, koleksi ini turut menampilkan Foamies Surge Sandals untuk lelaki dan Foamies Tai untuk wanita. Kedua-duanya menggunakan upper EVA waterproof yang ringan serta teknologi anti-odor.
Menariknya, setiap Foamies hadir dengan Cali Bits khas diinspirasikan karakter Demon Slayer bersama simbol Metsu, menjadikannya item koleksi yang unik.
Koleksi apparel pula menawarkan tee unisex, knit sweater serta aksesori seperti tote bag, sling bag, stoking dan topi baseball. Ia membolehkan peminat membina keseluruhan look tanpa bergantung kepada kasut semata-mata.
Skechers Monster Evo x Demon Slayer ditawarkan pada harga RM459, satu angka yang masih munasabah untuk kolaborasi anime berskala global dengan detailing premium. Foamies dan apparel pula bermula dari RM69 hingga RM369 bergantung kategori.
Tambahan menarik, pembelian terpilih turut disertakan dengan kad karakter eksklusif Demon Slayer, menjadikannya lebih bernilai dari sudut koleksi.
Skechers berjaya melakukan sesuatu yang sukar – mengimbangi fandom dan fungsi melalui Skechers Monster Evo x Demon Slayer.
Model ini bukan sekadar sneaker kolaborasi. Ia adalah gabungan identiti, keselesaan dan gaya yang praktikal. Sama ada anda peminat Demon Slayer atau sekadar mencari sneaker street dengan karakter unik, ia mampu berdiri sendiri tanpa perlu bergantung pada hype.
Dalam dunia di mana banyak kolaborasi hanya kuat dari segi visual tetapi lemah dari segi fungsi, koleksi ini membuktikan bahawa kedua-duanya boleh berjalan seiring.
Dengan Skechers Monster Evo x Demon Slayer, anda bukan sekadar melangkah. Anda melangkah dengan identiti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun kemeja sinonim dengan lelaki, namun untuk memilih kemeja yang sesuai dengan gaya dan bentuk badan bukanlah perkara mudah.
Membeli kemeja dengan ukuran yang salah bukan sahaja boleh merosakkan gaya, tetapi menyebabkan kemeja tidak terletak kemas pada tubuh badan.
Memandangkan setiap orang memiliki bentuk tubuh dan personaliti yang berbeza-beza, jadi elak beli kemeja bersandarkan jenama, jenis, warna atau harga semata-mata.
Apa yang penting, fokuslah pada pembelian kemeja yang boleh memberikan anda rasa selesa ketika menyarungkannya.
Oleh itu sebelum membeli kemeja, semak dahulu perkara penting ini agar anda tidak tersalah memilih.
Pemilihan saiz yang betul penting sebelum anda merancang untuk membeli sehelai kemeja. Pastikan saiz anda dahulu sama ada dalam kategori kurus, gemuk atau bertubuh sederhana. Belilah kemeja yang sepadan, tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil pada ukuran badan anda. Memilih kemeja yang tepat akan menampakkan penampilan anda lebih kemas dan terletak dengan ukuran badan.
Fabrik daripada kapas selalunya menjadi pilihan untuk kemeja formal kerana ia akan membuatkan anda rasa selesa walaupun dipakai ketika cuaca panas. Selain jenis fabrik, pemilihan kain yang lembut dan anti-kedut juga penting. Misalnya kemeja berkain satin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Untuk anda yang mempunyai aktiviti yang padat, pilihlah kemeja daripada fabrik yang kurang panas agar anda tidak mudah berpeluh. Apabila anda mengetahui jenis-jenis fabrik, secara tidak langsung ia akan memudahkan anda untuk membuat pilihan yang betul sesuai dengan gaya hidup anda.
Apa yang penting, belilah warna kemeja sesuai dengan warna kulit dan rambut anda. Warna kemeja yang lembut atau pastel merupakan pilihan terbaik untuk pemakaian formal. Ini kerana warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual.
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia boleh menyerlahkan wajah seseorang. Lelaki berwajah kecil perlu elak memakai kolar lebar kerana kolar saiz sebegini akan menenggelamkan wajah anda. Manakala lelaki bewajah lebar pula perlu mengelak daripada memakai kolar ‘narrow’ yang boleh menampakkan wajah lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja adalah antara 14, 14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.
Corak kemeja akan memberi ilusi pada tubuh, jadi pastikan anda tidak tersalah memilih. Lelaki bertubuh besar seeloknya memilih kemeja dengan motif garis vertikal agar tubuh nampak lebih kurus. Jika anda bertubuh kecil, pilihlah kemeja dengan motif garis horizontal.
Penting untuk anda tahu manset atau cuff pada sehelai kemeja. Terdapat dua jenis cuff yang biasa dipakai iaitu French Cuff dan Barrel Cuff. Bagi kemeja French Cuff, memerlukan anda menggunakan kafling pelbagai bentuk yang dimasukkan ke dalam lubang butang pada pergelangan lengan kemeja. Manakala Barrel Cuff pula diletakkan butang pada pergelangan lengan kemeja. Kemeja jenis ini yang paling biasa dipakai untuk ke pejabat.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.