Bibir kering dan mengelupas atau nama saintifiknya xerostomia merupakan antara penyebab pada kecacatan minor dalam penampilan setiap individu. Ada yang memiliki kulit muka sihat tidak berminyak namun tercela dengan masalah bibir kering. Ya mungkin tarikan utama lelaki bukan pada bibir seperti kaum hawa, namun ia masih menjadi cerminan pada ruang rapi buat lelaki kini.
MENGAPA BIBIR ANDA KERING?
Kebanyakan punca utama kepada bibir yang kering bergantung kepada cara hidup individu. Pemakanan, faktor cuaca dan kekurangan zat menjadi hal penting dalam perlindungan bibir selain daripada kesan sampingan daripada bahan klinikal. Berikut antara punca yang paling mudah mengakibatkan masalah bibir kering.
Dehidrasi penyebab bibir mengalami masalah kekeringan. Kekurangan air, zat buah-buahan dan sayur dalam badan merupakan punca utama akan epidemik ini. Selain itu, masalah kesihatan yang berkait seperti Diarrhea (cirit-birit) dan muntah juga membuatkan kekurangan air dalam badan sehingga mengakibatkan masalah bibir kering
Kesan sampingan daripada ubat-ubat tertentu seperti antihistaminicdrug dan decongestant dalam merawat alergi dan selsema, diuretik (jantung) dan bronchodilators (asthma) juga menjadi faktor kekeringan pada bibir.
Tabiat merokok dalam kekerapan yang besar juga menjadi hal utama dalam menyumbang kekeringan bibir.
Kecaderaan pada saraf yang menghubungkan otak dengan kelenjar air liur akibat daripada pembedahan, trauma dan kemungkinan yang berkait. Ini kerana air liur yang kurang dihasilkan oleh seseorang individu juga menyebabkan mulut menjadi kering,bibir merekah dan berdarah,pembiakan bakteria juga fungus.
Iritasi akibat alergi bahan makanan mentah seperti makanan laut dan bahan kimia dalam bahan kosmetik terutamanya gincu (bagi wanita).
Perubahan kepada suhu cuaca panas-kering tidak menentu mampu memberi renjatan tidak sekata pada nilai pH bibir.
Sakit sendi, pembengkakan noda limfa, dan inflamasi pada salur darah (vasculitis).
1.Gunakan lip balm yang mengandungi ejen pelembap diformulasi dengan minyak jojoba dan mentega shea kerana kandungan vitamin E yang tinggi dalam bahan-bahan tersebut membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bibir.
Ads
2.Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran kaya serat yang amat diperlukan kulit agar sentiasa diganti dengan zat-zat yang baik.
3.Minum air putih / masak 8 sehingga 10 gelas sehari.
4.Kurangkan merokok dan elak minuman keras. Ini kerana kedua bahan tersebut menyumbang kepada kerekahan kulit bibir dan menjadikan bibir anda kelihatan lebih gelap.
5.Semasa menggosok gigi jangan lupa memberus lembut bibir anda untuk membuang kulit mati yang ada pada bibir.
6.Nilai SPF yang baik pada bibir adalah 15-30 dan nilai ini kebiasaanya mampu mengekalkan kelembapan sehingga 150 minit pada bibir.
7.Kandungan pada kebanyakan pelindung bibir biasanya berlatar pada bahan organik atau agen yang berasas bahan asli berkandung vitamin dan zat khusus seperti vitamin E yang menjadi item utama dalam memberi kelembapan semula jadi pada kulit.
8.Bahan mineral seperti parfin dan microcrystalline mampu mengelakkan kekerahan dan mengelak daripada kulit bibir menjadi lebam atau gelap.
9.Buat yang kerap melakukan aktiviti luar dan terdedah dengan sinaran UV, pilih pelindudng bibir yang bertindak sebagai sun-block. Kandungan titanium dioxide dan zink mampu memberi tindak balas baik melawan kerengsaan pada bibir akibat daripada terlalu terdedah dengan pancaran matahari.
Ads
10.Elak memilih pelindung bibir berperisa kerana ia mengandungi bahan kimia yang menghilangkan kelembapan bagi jangka masa yang lama. Terbaik,kekal pada bahan semula jadi yang tidak mengandungi apa-apa bahan pewarna atau perasa.
Cara putihkan kulit yang pertama adalah dengan menggunakan tomato. Selepas anda mencuci muka dengan bersih ambil sebiji tomato dan di belah dua, gosok dan sapukan tomato tadi ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih, nak dapatkan kesan putih yang memuaskan harus di amalkan setiap hari barulah boleh nampak tau.
Minum Air Putih Secukupnya
Tubuh perlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Minum air sekurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh mendapat air yang cukup, kulit juga kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.
Air Beras
Ketika mencuci beras air bilasan jangan di buang. Ambil air bilasan tadi dan asingkan di dalam baldi, kalau nak tahu air bilasan beras ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan. Air bilasan dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Caranya mudah sahaja ambil air bilasan tadi dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari, barulah boleh nampak kulit beransur cerah.
Air Rendaman Limau Nipis
Limau nipis ini mempunyai pelbagai fungsi, buat teh o limau ais pun sedap tau panas-panas ni. Tapi untuk putihkan kulit janganlah nak minum teh o air limau nipis lak kan jadi benda lain lak. Cara cerahkan kulit dengan limau nipis ini mudah sahaja, hiriskan beberapa biji limau nipis dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi, kemudian mandi lah dengan air rendaman ini. Selain untuk putihkan kulit ia juga bantu untuk harumkan badan tau.
Beras Pulut Masker
Sebelum nak tanya dulu kenal ke yang mana satu beras pulut ni? Kalau tak kenal kenalah pandaikan diri pergi ke pasar ya adik-adik. Usaha gigih dik nak putih ni kena kenal bahan. Untuk beras pulut ini, caranya gorengkan beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak ya dik , kan benda lain lak jadi. selepas goreng tumbuk atau pun kisarkan menjadi macam serbuk beduk mak cun tuh , tepek-tepek jadi putih dik. Selepas di kisar dan jadi serbuk bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
Yogurt Asli
Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut tau dengan kesannya nanti.
Betik Haluskan Kulit
Kisarkan ataupun lumutkan betik supaya menjadi halus dan ambil kisaran betik tadi disapukan pada wajah dan biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering bilas dengan air bersih. Pasti takkan percaya dengan kesan yang akan dirasai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saban hari kita digemparkan dengan peningkatan kes kematian mengejut sama ada dari kalangan yang kita kenali ataupun tidak. Lebih membimbangkan, golongan muda juga ternyata berisiko tinggi. Anda mungkin tampak muda, sihat dan cergas, namun tidak bermakna anda bebas.
Sekiranya dahulu, penyakit jantung mahupun strok sering kali menyerang individu dalam lingkungan 50 tahun ke atas, namun kini golongan muda malah mereka yang aktif bersukan tidak terkecuali. Sejak akhir ini, golongan muda (25-35 tahun) telah menyumbang sebanyak 25% pada kenaikan skala kematian mengejut di Malaysia. Aktif, cergas dan bertenaga namun masih berisiko. Di mana silapnya??
Kenali Puncanya
Kajian perubatan global membuktikan kebanyakkan kes mati mengejut melibatkan masalah denyutan jantung yang berhenti secara mengejut (SCA) dan ia mengakibatkan lebih banyak kematian berbanding penyakit lain seperti barah atau AIDS. Dianggarkan dua dalam setiap 10 kes kematian mengejut (SCD) berpunca daripada kegagalan jantung untuk berfungsi. Malah, individu yang dipercayai mengamalkan gaya hidup sihat seperti aktif bersukan juga tidak lari dari menghadapi risiko ini.
Berdasarkan kajian dari Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Shaiful Azmi Yahaya (dipetik dari Kosmo, 10 Apr, 2011), punca utama serangan jantung mengejut ialah penyumbatan pada saluran arteri jantung, masalah kongenital dan injap jantung yang sempit boleh mendatangkan serangan tanpa sebarang tanda. Dan kolesterol adalah halangan utama yang mengganggu kelancaran saluran darah di bahagian jantung. Ditambah pula lemak yang turut menyempitkan saluran tersebut. Keadaan ini jauh lebih teruk bagi golongan perokok dan penghidap kencing manis.
Aktif Bersukan Namun Masih Berisiko?
Bagi golongan muda pula, aktif bersukan tidak bermaksud anda kekal sihat. Senaman dapat membantu mengekalkan kesihatan tetapi ia perlu disokong dengan pengambilan makanan yang seimbang serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Memang ada orang yang mengamalkan rutin senaman atau bersukan tiga atau empat kali seminggu, pergi ke gim, terapi dan lain-lain tetapi bersenam sahaja tidak cukup untuk tampil sihat sekiranya kadar kolesterol/lemak dan gula di dalam badan tidak dijaga sebaiknya.
BAIK BURUK DIET TINGGI PROTEIN, RENDAH KARBOHIDRAT
Kini semakin kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Ramai yang mengamalkannya. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi dengan pelbagai produk-produk suplemen di pasaran. Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa panjang?
FAKTA MENARIK PERLU TAHU
Berikut beberapa fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
1-Berat turun cepat. Penurunan berat badan drastik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3kh hingga 4kg pada minggu pertama (sahaja).
2-Berat naik drastik semula. Kini katakan anda amalkan diet protein tinggi, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali pada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan dan sebagainya, berat air dan akan naik dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung pada hubungan glukosa dan insulin.
3-Kurang lapar. Memang. Ini kerana tahap insulin adalah rendah dan tidak mempengaruhi nafsu makan.
4-Jangka masa panjang. Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bihun, roti dan buah?
5-Turun air sahaja? Tidak juga. Jika betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600 hingga 1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci pada penurunan berat badan.
6-Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperoleh daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
balanced diet, cooking, culinary and food concept – close up of different foodstuffs on table
7-Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD , ketosis dikategorikan sebagai ‘unhealthy metabolic state’ iaitu ketones boleh merosakkan fungsi organ dan menjadi pencetus pada penyakit seperti gout (asid urik tinggi), batu karang atau kegagalan ginjal (buah pinggang). Ketones juga mengurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
8-Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan pada fungsi ginjal badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih ‘wear-n-tear’ akan berlaku jika ia berterusan untuk jangka masa berpanjangan.
9-Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori sehari. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
10-Berapa gram pula dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2 kali potong roti atau 4 kali paket gula meja kecil.
JADI BOLEH DIAMALKAN ATAU TIDAK?
Jawapan itu bergantung pada pilihan diri anda sendiri. Anda sebagai pengguna ada hak untuk memilih tapi biarlah anda buat pemilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Saya sendiri? Saya amalkan diet seimbang dengan nisbah lebih kurang 55:30:15 karbohidrat:protein:lemak. Bagi saya, karbohidrat tetap pilihan utama tapi susah tentu saya lebihkan karbohidrat yang mengandungi serat. Amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.