Esok seluruh umat Islam di negara kita akan menyambut hari kemenangan. Hari untuk kita meraikan kejayaan selepas sebulan berpuasa. Hari yang dinantikan oleh semua orang terutamanya golongan kanak-kanak, Hari Raya Aidil Fitri.

Bersempena hari raya, kegembiraan diraikan dengan ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Dan antara elemen paling istimewa di hari raya ialah makanan yang tersedia di setiap rumah dengan aneka juadah berbeza-beza.

Namun di sebalik menyediakan makanan kepada tetamu janganlah pula anda menjadi punca mereka cirit-birit. Ini perkara yang sentiasa kita dengar saban tahun. Mengapa perkara ini berlaku? Antara puncanya ialah keranan makan makanan basi.

10 Tip Bagaimana Nak Elak Juadah Hari Raya Cepat Basi

Jadi bagaimanakah anda sebagai tuan rumah boleh mengelak daripada perkara ini berlaku? Jom ikuti tip bagaimana cara nak elak makanan tak cepat basi!

1. Antara elemen penting ialah pemilihan bahan. Pilihlah bahan makanan seperti sayur, daging, ayam atau ikan yang masih segar. Cuci dan toskan sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

IKLAN

2. Sebelum mula memasak pastikan anda cuci tangan terlebih dahulu.

3. Kemudian pastikan juga senduk yang digunakan dicuci dengan bersih.

4. Jangan gunakan senduk atau sudu yang sama untuk mencedok makanan berlainan. 1 sudu untuk 1 jenis makanan sahaja.

10 Tip Bagaimana Nak Elak Juadah Hari Raya Cepat Basi

IKLAN

5. Anda juga jangalah malas untuk panaskan makanan yang telah terdedah pada suhu biasa melebihi dari 4 jam. Pastikan makanan dipanaskan sehingga mendidih.

BACA: Sebelum Nak Beli Lemang Di Tepi Jalan, Pastikan Anda Tahu 9 Tip Yang Peniaga Ini Kongsi!

6. Setiap kali anda mengelap makanan tumpan, pastikan kain tersebut di basuh sebelum mengelap lagi.

IKLAN

7. Pastikan bekas atau tempat simpanan makanan bersih dan kering sebelum digunakan.

8. Tunggu makanan telah sejuk baru ditutup bekasnya.

9. Jangan menyentuh makanan terus dengan tangan. Gunakan sudu.

10. Untuk nasi, pastikan periuk yang digunakan utk masak nasi, dicuci bersih dan tidak ada sisa yang tertinggal.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Kami di team MASKULIN ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI