Kita sebenarnya sangat beruntung kerana menjadi rakyat Malaysia. Negara kita yang rakyatnya datang daripada pelbagai budaya berbeza menjadikan menu atau juadah makanan sangat bervariasi.

Sebut sahaja tentang makanan ia pasti menjadi antara topik nombor satu di kalangan rakyat negara kita. Jadi tidak hairanlah selera makan orang Malaysia sememangnya sangat tinggi.

Tapi laporan yang mengatakan Malaysia merupakan negara paling tinggi berdepan masalah obesiti di Asia Tenggara merupakan satu perkara membimbangkan.

Salah satu cara untuk mengelakkan diri anda menjadi obes ialah dengan magawal nafsu atau selera makan yang besar. Ia satu perkara yang sangat sukar tapi ada caranya.

1. INGATKAN DIRI SENDIRI

Ingat hidup anda bukannya untuk makan saja. Setiap kali anda ingin menceduk nasi tambah pesanlah kepada diri adakah anda makan untuk kenyang atau makan untuk mendapatkan tenaga.

10 Tip Bagaimana Untuk Kawal Selera Makan Besar & Makan Berlebihan

IKLAN

2. SENTIASA AMAL BACA DOA MAKAN

Makanlah dengan doa, InsyaAllah anda akan makan dengan lebih tertib dan tak mengikut hawa nafsu semata.

3. MULA DENGAN MINUM SEDIKIT AIR ATAU MAKAN BUAH

Isi perut yang kosong dahulu dengan air atau makan sedikit buah. Petua ini kalau anda amalkan boleh elak daripada makan secara berlebihan.

BACA: Kalau Ingin Kawal Masalah Bau Badan Kawal Pengambilan 6 Makanan Ini

4. KUNYAH DENGAN BETUL & TIDAK GOPOH

Makanlah dengan kunyah baik-baik. Biar makanan ini betul-betul hancur. Jika anda kunyah dengan banyak semasa makan ia juga memberikan isyarat kepada otak bahawa anda makin cepat kenyang.

IKLAN

10 Tip Bagaimana Untuk Kawal Selera Makan Besar & Makan Berlebihan

5. KERAP TAPI SEDIKIT

Amalkan makan banyak kali tapi dalam kuantiti sedikit. Ini akan elak anda untuk ada rasa nafsu makan yang besar.

6. JANGAN MUDAH TERPENGARUH IKLAN

Iklan terutamanya makanan segera sememangnya dipasarkan untuk nampak menyelerakan, Tapi anda harus bijak dan tidak termakan pujuk rayu mereka. Utamakan makanan yang sihat.

10 Tip Bagaimana Untuk Kawal Selera Makan Besar & Makan Berlebihan

IKLAN

7. MAKAN PAGI

Sentiasa latih diri untuk tidak skip makan pagi. Ia merupakan menu paling penting sepanjang hari. Malah jika anda makan pagi untuk makanan tengahari cukup hanya jika anda memakan sekeping sandwich.

8. INGAT KESIHATAN DIRI

Apa yang anda makan itulah yang menentukan tahap kesihatan dan juga menjauhi penyakit bahaya. Kalau anda sentiasa ingat akan bahaya yang menanti pasti ia menjadi salah satu cara terbaik untuk kawal nafsu makan.

10 Tip Bagaimana Untuk Kawal Selera Makan Besar & Makan Berlebihan

9. SENTIASA BERSYUKUR DENGAN REZEKI

Sebagai orang Islam kita harus sentiasa ingat kepada Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki. Dan rezeki itu bukan dalam bentuk makan dan minum. Ia meliputi pelbagai aspek anugerah dalam kehidupan kita

10. LETAK SASARAN

Objektif itu sangat penting. Kalau nak terus maintain badan okay dan tak gemuk, tampal foto-foto lama anda berdekatan meja tempat kerja. Itu merupakan peringatan bahawa anda pernah slim pada suatu ketika dahulu.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI