Bercakap memang nampak mudah tetapi apabila diberi tanggungjawab untuk mengemudi sesuatu acara, mampukah kita berucap dengan baik di hadapan orang ramai?

Persoalan ini sering diajukan namun untuk mengatasi masalah tersebut, tidak semua orang berjaya untuk melakukannya agar kelihatan professional.

Kongsi seorang pengacara tempatan, Emcee Alib atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Islan, untuk mengatasi masalah tersebut, ada 10 perkara yang perlu dititik beratkan :

1. Sedia mental & fizikal

Sebelum berdepan dengan orang ramai, anda seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal. Anda boleh pamerkan wajah senyum sebagai tanda tenang, bersedia serta yakin. Dalam masa sama, posture badan mestilah dalam keadaan tegak dan tidak bongkok.

2. Penampilan luaran

Seseorang yang ingin muncul di hadapan orang ramai haruslah tampil kemas, rapi, bersih, wangi serta mengikut tema dan memakai pilihan warna yang sesuai. Hal ini amat membantu dalam meningkatkan aura diri.

10 Tip Kawal Diri & Rahsia Hilangkan Gementar Ketika Berucap Depan Orang Ramai

IKLAN

3. Tepati masa

Sebaiknya tiba 1 jam awal atau 15 minit awal sebelum majlis bermula dan sebaik-baiknya, anda memakai jam tangan agar dapat mengawal masa, durasi majlis dan juga tempoh ucapan anda.

4. Fokus

Dalam sesebuah majlis, pedulikan perkara yang remeh-temeh atau ambil kisah tentang apa yang orang akan katakan. LAWAN GUGUP dengan mengalihkan perasaan itu kepada audiens atau apa-apa sahaja perkara yang ada di sekeliling anda dengan teknik yang betul. Antaranya, anda boleh tersenyum dan bersalam dengan sebahagian audience yang hadir.

10 Tip Kawal Diri & Rahsia Hilangkan Gementar Ketika Berucap Depan Orang Ramai

IKLAN

5. Jaga suara

Dari sudut pemakanan, anda perlu elakkan makanan berminyak, pedas dan juga ais untuk menjaga suara anda. Banyakkan minum air suam atau air kosong dan amalkan tidur yang cukup selain memiliki teknik pernafasan yang betul.

6. Buat senaman ringkas

Anda boleh lakukan senaman ringkas dari segi fizikal termasuk senaman mulut, lidah dan juga mata agar dapat mengatasi masalah tidak bertenaga dan jadi lebih bersemangat. Selain itu, ia dapat mengelakkan diri anda daripada tersasul, ‘fumble’ atau mata tidak bertenaga dan lari fokus ketika mengacara atau berucap.

7. Persediaan & penyelidikan

Amat penting bagi seseorang itu menyelidik latar belakang majlis, tetamu, perasmi, pemenang, perjalanan acara serta keperluan tambahan seperti info rasmi, pantun, salutasi dan lain-lain yang dijangkakan perlu dan ia amat membantu dalam hal kecemasan.

IKLAN

10 Tip Kawal Diri & Rahsia Hilangkan Gementar Ketika Berucap Depan Orang Ramai

8. Skrip

Dapatkan atau sediakan TEKS UCAPAN yang lengkap atau ringkas. Walaupun anda yakin untuk menyampaikan ucapan atau mengacara sesuatu majlis, ia perlu ada agar tidak lari fokus, tertinggal info yang penting dan juga membantu seandainya anda terlupa. Skrip yang baik adalah dilengkapi 15 % pendahuluan, 70 % pengisian majlis dan 15 % penutup.

9. Kenali pantang larang

Antara pantang larang yang perlu dielakkan oleh seseorang pengacara dan pengucap awam adalah jangan sesekali ketuk atau hembus mikrofon yang ada dengan najas yang kuat. Cukup sekadar memastikan butang telah ‘ON’ dan lakukan percubaan suara seperti ‘Mic Testing 1,2,3’. Seterusnya, BARANG WAJIB yang perlu dibawa sekali adalah PEN. Tidak kiralah sama ada jenis mata bulat atau tajam.

10. Berlatih

Berlatih dan terus berlatih. Tidak kiralah sama ada dari segi teks, cara berdiri, cara penyampaian atau teknik lontaran suara yang akan digunakan ketika mengacara atau berucap. Tanpa latihan, ia boleh menjadikan seseorang itu nampak kurang professional sekali gus menjatuhkan reputasi program yang diuruskan.

Sumber : Emcee Alib

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI