100% Semula Jadi, Ini Trik Hilangkan Parut Jerawat Dan Tompok Gelap!

Share

Rasanya semua tahu cara terbaik untuk hilangkan parut jerawat lama adalah dengan menggunakan teknik skrub atau pengelupasan.

Kulit berparut sehingga kehitaman akibat jerawat adalah kesan daripada kulit mati dan pigmentasi berlebihan.

Jadi ramai yang berpendapat, ini cara paling mudah dan berkesan untuk mengurangkan ‘warna’ yang anda tidak mahu pada wajah.

Namun teknik tersebut hanya terhapus pada permukaan atas kulit sahaja dan tidak terus jauh ke dalam. Ini bermakna pigmentasi atau tompokan gelap masih boleh terjadi jika tidak dirawat secara berterusan.

Jadi, mari kita kembali kepada petua tradisional nenek moyang kita yang menggunakan 100 peratus bahan semula jadi.

Artikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Tip Untuk Miliki Kulit Wajah Sihat Dengan Kos Rendah!

Artikel berkaitan: Kulit Wajah ‘Breakout’ Kerana Mask? Lelaki Ini Kongsikan Tip Untuk Kurangkannya

1. Lidah Buaya

Ambil lidah buaya dan belahkan ia menjadi dua, kemudian ambil lendirnya dan gosokkan pada parut. Lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik

2. Daun Senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cengkur dan segenggam beras. Giling atau tumbuk kesemua bahan tadi dan sapukan ke kulit yang berparut. Lakukan tiga kali seminggu untuk kesan memuaskan.

3. Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan sedikit air, ramas sehingga sebati dan sapukan pada kulit berparut. Biarkan ia kering dan kemudian, bilas dengan air bersih.

4. Daun Sirih

Ambil 10 helai daun sirih muda dan tumbuk sehingga hancur, selepas itu sapukan pada kulit berparut atau berjerawat. Setelah kering, bilas dengan air bersih.

5. Kulit Kayu Manis

Ambil sebatang kulit kayu manis, tumbuk sehingga halus dan sediakan bedak sejuk yang sudah dicairkan. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan ke atas kulit berparut. Lakukan sekali sehari sehingga kulit berparut hilang.

6. Timun Batang

Kisar timun dan tapis airnya. Ambil hampasnya dan tampal ke muka. Biarkan ia kering sekejap dan selepas itu, bilas dengan air bersih atau air suam.

Lakukan tip ini sehingga anda mendapatkan hasil yang diingini. Siapa yang tidak mahu kulit kelihatan segar dan cantik bukan? Tidak perlu berhabis duit jika anda tahu bagaimana hendak menggunakan bahan sedia ada ini untuk hilangkan parut jerawat.

Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

IKLAN