Pernah dengar tentang penyakit OCD atau lebih dikenali sebagai Obsesive Compulsive Disorder? Mungkin penyakit ini tidak begitu kronik, tetapi buat mereka yang berada di sekeliling pesakit OCD pasti akan merasa gelisah apabila pesakit tersebut melakukan perkara-perkara di luar jangkaan.
Bukan senang nak detact orang yang menghidap penyakit OCD ini, mereka sebenarnya normal dihdapan umum. Pastinya mereka yang menghidap penyakit ini akan tertanya- tanya apakah faktor yang menyebabkan penyakit ini berkembang dalam diri mereka sehingga memakan diri.
1.Genetik
( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
2.Organik
IKLAN
Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
3.Personaliti
IKLAN
Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.
4.Pengalaman lalu
IKLAN
Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
5.Konflik
Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.
Contohnya hubungan antara suami-isteri, di tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau ada sahaja yang boleh mencetuskan konflik dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara yang positif atau betul menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut. Dengan erti kata lain, apa juga tekanan, peristiwa atau tragedy yang boleh mencetuskan tekanan akan menimbulkan symptom-simptom OCD.
Mereka bertiga bersama Karen Gillan kali ini bakal berdepan dengan pelbagai cabaran serta pengalaman mencuit hati. Berbeza seperti filem sebelumnya yang berlatar belakangkan hutan tropika, mereka kali ini berdepan cabaran di padang pasir yang kering kontang. Selain itu mereka juga tercampak ke kawasan bersalji dan cuaca sejuk.
Kali ini geng mereka turut disertai oleh beberapa karakter baru yang dilakonkan oleh Danny Devito dan Danny Glover.
Trailer terkakhir filem kni telah dikeluarkan semalam dan ia mencuri perhatian warganet terutamanya di laman media sosial. Ia bakal menemui penonton di pawagam pada bulan Disember nanti.
Apakah misi yang harus mereka hadapai pada kali ini?
Pastinya ada daripada wajah pembaca yang berkerut setelah membaca persoalan di atas. Susahnya untuk membuat pilihan antara wanita (cinta sejati) mahupun kerjaya. Kedua-duanya sama penting, sama ‘hebat’ dan adakalanya kedua-dua pilihan ini saling berkaitan dan memerlukan. Dan sudah tentu ramai yang akan memilih kedua-duanya. Syaratnya anda perlu bijak membahagikan masa untuk kedua-duanya.
Kita sering mendengar ungkapan “Wanita merupakan tulang belakang kejayaan seseorang lelaki” terutamanya dalam soal kerjayanya. Ini secara tidak langsung membuktikan wanita sentiasa ada di sisi lelaki bagi menyuntik semangat kepada mereka untuk terus berusaha dan berusaha bagi mencapai impian. Seolah-olah lelaki amat memerlukan wanita di belakangnya. Namun, kita juga kadang-kala terdengar akan pelbagai situasi di mana ramai wanita yang mengeluh dan juga tidak suka apabila pasangan mereka lebih menumpukan banyak masa ke arah kerjaya sehingga mengabaikan perhubungan yang terbina. Ini membuktikan lelaki adakalanya meletakkan kerjaya sebagai ‘top priority’ dalam senarai hidup mereka.
BAGI MEREKA YANG MEMILIH WANITA
– Tidak salah rasanya bagi para lelaki mahupun anda sendiri yang membuat pilihan untuk memilih wanita berbanding kerjaya. Ini bermakna anda pastinya seorang yang romantik, pentingkan perhubungan dan sangat penyayang. Bayangkan, anda sanggup untuk menolak tawaran pekerjaan di bandar semata-mata untuk menemani si dia yang sangat berat untuk melepaskan anda. Itu tandanya anda adalah seorang yang begitu komited dalam sesuatu perhubungan dan wanita tersebut boleh dianggap bertuah jika memiliki pasangan seperti anda.
– Anda juga adalah seorang yang percayakan falsafah ‘cinta akan mengatasi segalanya’. Walaupun tanpa kerjaya, anda masih boleh teruskan hidup kerana anda tidak mudah mengalah dan patah semangat. Pasangan anda sentiasa ada di sisi bersama-sama dalam menghadapi apa-apa jua rintangan yang datang.
– Anda merupakan seorang insan yang sangat mengambil berat akan perasaan orang lain. Anda sanggup mengorbankan masa depan anda demi bersama yang tersayang. Anda lebih rela untuk menunggu tawaran yang akan datang ataupun lebih baik dari berpisah dengan wanita yang anda miliki sekarang kerana anda percaya cinta sejati hanya datang sekali.
– Anda juga percaya wanita yang dicintai ialah sumber inspirasi bagi anda. Anda mungkin berpendapat ‘buat apa kerja tinggi-tinggi kalau tiada inspirasi dari pasangan hidup’. Anda percaya kerjaya anda tidak akan ke mana-mana tanpa semangat dan dorongan dari kaum wanita.
– Namun pada masa yang sama anda juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak yakin dan tidak ‘selamat’ akan perhubungan intim dengan teman wanita. Anda risau jika anda bekerjaya nanti, anda mungkin tidak dapat menghabiskan banyak masa dengan si dia dan anda khuatir yang perhubungan tidak akan tahan lama jika komited pada kerjaya.
BAGI MEREKA YANG MEMILIH KERJAYA
-Bagi mereka yang memilih kerjaya pula, tidak dapat dinafikan anda seorang lelaki yang berwawasan tinggi, punya impian menggunung untuk berjaya. Mungkin sejak dari dulu anda sudahpun memasang angan-angan untuk mencapainya dengan apa cara sekalipun. Anda tidak perlukan sebarang perhubungan dalam mencapai misi anda.
– Anda ialah seorang yang mampu berdikari. Tanpa wanita di sisi anda tidak punya apa apa masalah. Bagi anda, menjalinkan perhubungan hanya akan melambatkan mahupun membantutkan usaha untuk anda mencapai impian yang dihajati.
– Anda juga merupakan seorang lelaki yang percaya bahawa lelaki patut bekerjaya, mempunyai hidup yang stabil dan mampu membuat duit sendiri terlebih dahulu sebelum menjalinkan apa-apa hubungan. Bagaimana mahu menyara hidup teman sejiwa jika hidup sendiri pun tidak tentu?. Ini membuktikan anda ialah seorang yang merancang hidup dengan sistematik dan teratur (well-planner). Anda bukanlah seorang yang suka ‘main-main’ dalam soal kehidupan, kerjaya dan keluarga. Bakal isteri anda pastinya cukup bertuah memiliki anda sebagai pasangan hidup.
– Namun, anda juga boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang cukup tinggi egonya. Walaupun anda mempunyai misi dalam mencapai impian, namun anda lebih suka dan rela hidup bersendirian tanpa wanita di sisi. Bukan bermakna anda sombong mahupun bongkak, cuma mungkin anda masih belum bersedia untuk memulakan sebuah keluarga kerana anda sendiri yakin untuk memberi nafkah kepada keluarga. Anda juga mungkin boleh dianggap ‘low profile’ dan sukar untuk menonjolkan diri, kerana setiap saat dan ketika, kerjaya merupakan yang paling penting di dalam hidup anda.
Sepanjang bulan puasa nanti, umat Islam pasti mencari-cari sajian air yang sangat lazat untuk dinikmati sama ada pada waktu sahur dan juga waktu berbuka puasa.
Untuk memenuhi selera tekak itu, kalau pergi ke bazar Ramadan, pasti anda akan menemui lambakan air berwarna-warni yang cukup menggoda mata anda.
Ingat! Bulan puasa adalah tentang mengawal hawa nafsu dari pelbagai sudut dan kuatkan iman anda untuk berjimat cermat.
Selain daripada tidak membeli lambakan air sampai 10 jenis di bazar Ramadan, anda juga sebenarnya boleh menghasilkan sajian air anda sendiri berasas kurma.
Kurma berkhasiat
Ya, kurma. Umum juga tahu kurma mempunyai pelbagai khasiat dan umat Islam disarankan untuk menjamah kurma kerana ia adalah sunnah daripada Rasulullah SAW.
Selain boleh dimakan begitu sahaja, anda boleh mencampurkan kurma ke dalam hidangan air berikut untuk menambahkan kelazatan serta buatkan anda kenyang.
Antara yang popular adalah susu kurma kerana selain mudah diperolehi, ia juga mudah dibuat :
Bahan-bahan
Sediakan 7 hingga 10 biji kurma yang anda beli dari pasaraya
Sediakan 1 cawan air kosong
Sediakan 2 cawan susu segar mengikut citarasa anda
Menu tambahan
Jika ingin lebih lazat, anda juga boleh tambahkan campuran di bawah :
Madu
Oat
Kacang badam / gajus
Kismis
Buah tin
Pisang
Serbuk milo / koko / kopi
Serbuk kayu manis
Ketulan ais
Aiskrim vanila
Cara penyediaan
1. Belah kurma dan keluarkan bijinya
2. Rendam kurma dalam air kosong semalaman atau untuk proses yang pantas, boleh rendam dalam air panas sehingga 15 minit.
3. Tuang kurma yang direndam bersama airnya serta masukkan susu segar ke dalam pengisar.
4. Kisar kurma sehingga hancur dan pastikan ia sebati dengan susu segar itu.
5. Tuang sebatian tersebut di dalam bekas yang bersih.
6. Anda boleh pilih untuk minum terus atau simpan dalam peti sejuk!