Dunia seni bela diri campuran dikejutkan dengan perkembangan terbaru melibatkan salah seorang nama paling besar dalam ONE Championship, Rodtang Jitmuangnon, apabila organisasi itu mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap petarung sensasi Thailand tersebut.
Perkembangan ini disahkan menerusi kenyataan rasmi ONE Championship yang memaklumkan bahawa proses perundangan telah pun dimulakan di tiga negara utama iaitu Singapura, Jepun dan Thailand.
Langkah ini sekali gus menandakan situasi serius yang sedang dihadapi kedua-dua pihak, terutamanya melibatkan isu pelanggaran kontrak yang kini menjadi perhatian global dalam komuniti sukan tempur.
Isu Pelanggaran Kontrak
Menurut ONE Championship, tindakan tersebut diambil susulan beberapa pelanggaran terhadap perjanjian kontrak oleh Rodtang.
Organisasi itu menegaskan bahawa mereka sentiasa mengutamakan ketelusan kepada peminat, atlet serta rakan strategik, dan tidak akan berkompromi dalam soal integriti kontrak.
Selain kegagalan memenuhi komitmen yang telah dipersetujui, ONE turut menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan atau maklumat tertentu yang berpotensi menimbulkan salah faham atau dianggap berunsur fitnah.
Difahamkan, sebelum mengambil tindakan undang-undang, beberapa usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan isu ini secara baik. Namun, kegagalan berulang kali untuk mencapai penyelesaian menyebabkan organisasi tersebut memilih langkah lebih tegas dalam kes Rodtang.
Siasatan Rentas Negara Sedang Dijalankan
Dalam perkembangan sama, ONE Championship kini sedang menjalankan siasatan dan semakan undang-undang secara menyeluruh dengan kerjasama pihak berkuasa di ketiga-tiga negara terlibat.
Ads
Pendekatan ini menunjukkan keseriusan organisasi dalam memastikan setiap tindakan yang diambil berlandaskan proses undang-undang yang telus dan adil.
Langkah ini juga penting bagi melindungi kepentingan semua pihak dalam ekosistem ONE Championship, termasuk atlet lain, penaja serta peminat global yang mengikuti perkembangan Rodtang ONE Championship.
Rodtang Beri Reaksi, Rundingan Masih Berlangsung
Sementara itu, Rodtang turut tampil memberi respon menerusi media sosial.
Beliau memaklumkan bahawa pada awalnya merancang untuk hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah di Bangkok pada 14 April, selain mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar.
Namun, sesi tersebut telah ditangguhkan.
Dia turut menyatakan bahawa rundingan antara kedua-dua pihak kini sedang berlangsung, dan beliau hanya akan mengadakan sidang media sekiranya perbincangan tersebut gagal mencapai kata sepakat dalam konflik Rodtang ONE Championship ini.
Ads
Karier Rodtang Kini Dalam Fasa Genting
Sebagai salah seorang petarung paling ikonik dalam ONE Championship, dia dikenali dengan gaya bertarung agresif, daya tahan luar biasa serta karisma yang menjadikannya antara figura paling popular dalam sukan ini.
Namun, situasi semasa dilihat sebagai antara cabaran terbesar dalam kariernya, terutamanya apabila isu ini berlaku pada waktu yang sangat kritikal.
Lebih menarik, semua ini berlaku ketika beliau dijadualkan untuk berdepan Takeru Segawa dalam perlawanan ulangan yang sangat dinanti-nantikan.
Pertarungan tersebut, yang bakal berlangsung pada 29 April 2026 di ONE Samurai 1 di Tokyo, Jepun, melibatkan perebutan gelaran ONE Interim Flyweight Kickboxing.
Perlawanan ini dijangka menjadi antara pertarungan terbesar tahun ini, memandangkan pertemuan terakhir kedua-dua petarung menyaksikan Rodtang muncul sebagai pemenang.
Apa Seterusnya Untuk Rodtang Dalam ONE Championship?
Persoalan utama kini adalah sama ada isu perundangan ini akan menjejaskan perlawanan tersebut atau perjalanan karier Rodtang secara keseluruhan.
Ads
Dalam dunia sukan profesional, isu kontrak bukan perkara kecil. Ia bukan sahaja melibatkan aspek kewangan, tetapi juga reputasi, kepercayaan dan masa depan seorang atlet.
Bagi ONE Championship, tindakan ini mencerminkan pendirian tegas dalam memastikan setiap atlet mematuhi komitmen yang telah dipersetujui.
Manakala bagi Rodtang, tempoh ini mungkin menjadi titik penting yang akan menentukan hala tuju seterusnya dalam kariernya.
Satu perkara pasti, dunia seni bela diri kini sedang memerhati dengan penuh perhatian terhadap perkembangan kes Rodtang ONE Championship ini yang berpotensi mengubah landskap sukan tersebut.
Jangan salahkan genetik atau keturunan jika anda tergolong di dalam kelompok yang berkepala botak. Walaupun ramai yang mengaitkan masalah ini akibat keturunan, faktor lain juga boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Terdapat kajian dari sekumpulan penyelidik Perancis yang diketuai oleh Dr Philippe Giraud, iaitu penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris, bahawasanya lelaki yang mula botak diawal 20 tahun dikatakan berisiko atau petunjuk awal kanser prostat.
Berbanding lelaki yang mula botak di usia 30 ke atas, masalah botak adalah dianggap biasa kerana faktor genetik, pemakanan dan stres kerana pekerjaan. Walaupun tidak mempunyai bukti yang sahih, tetapi ia boleh dianggap satu masalah yang besar kerana jika tidak dibendung, selama-lamanya anda tidak mempunyai rambut. Selain faktor genetik, penggunaan bahan kimia di dalam produk seperti syampu dan pewarna rambut juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Pemakanan yang tinggi MSG (monosodium glutamat), masalah kulit kuat berpeluh, berminyak dan banyak fikir turut menyumbang kepada keguguran rambut.
Botak seksi? Mungkin kenyataan itu ada kebenarannya. Ramai lelaki botak ternyata mempunyai tarikan yang luar biasa.
1. Lelaki botak lebih kemas
Memiliki rambut tetapi kalau gugur pun boleh menimbulkan masalah. Berbanding lelaki botak, mereka tidak perlu ‘serabut’ dengan masalah ini. Tidak perlu risau pada rambut yang gugur merata-rata sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang keliling. Sebaliknya, mereka akan kelihatan lebih seksi dan kemas dengan apa juga penampilan. Ini kerana mereka tidak perlu ‘ribut’ dengan gel rambut dan sebagainya.
2. Lelaki botak kelihatan lebih sasa
Bruce Willis, Vin Diesel, Jason Statham, dan Samuel L. Jackson semua aktor Hollywood ini nampak lebih sasa setiap kali beraksi dengan gaya lelaki botak atau rambut pendek berbanding lelaki-lelaki yang mempunyai rambut panjang atau diikat. Pelakon botak sering diberi peranan hero dalam filem-filem aksi atau superhero.
3. Botak simbol kedewasaan
Kebanyakan lelaki botak menampakkan fikiran yang lebih matang seiring dengan kedewasaannya. Ini mungkin kerana semakin kurang rambut atau botak seorang lelaki itu, semakin jelas identiti gendernya dibandingkan lelaki berambut panjang atau kerinting. Memang secara logik sebenarnya tidak terlalu ada kaitan mengenai potongan rambut dengan kematangan, namun lelaki botak nampak tidak ‘main-main’ dan bertanggungjawab.
4. Lelaki botak tidak cerewet dengan penampilan
Biasakan melihat lelaki yang ‘pantang’ jumpa cermin asyik mahu membetulkan rambut sahaja? Sama juga seperti wanita, lelaki berambut akan terdorong untuk sentiasa memeriksa dan membetulkan rambutnya takut kusut. Beza dengan lelaki botak yang tidak perlu risau hal itu. Kebiasaan dengan kepala yang tidak banyak perawatan, mereka cenderung memilih hal yang ringkas dan tidak cerewet dengan penampilan.
5 . Rambut yang sedikit Menyerlahkan ‘Aset’ Yang Lain
Dengan rambut yang sedikit atau botak, anda lebih mudah melihat ekspresi mereka. Matanya, senyumnya, raut wajahnya, sehingga mampu dilihat dengan jelas bahasa tubuh dan apa yang dia bicarakan.
6. lelaki Botak Lebih Percaya Diri
Dengan kepala yang tanpa beban, gaya dandan yang ringkas dan personaliti yang lebih dewasa, mereka tampak lebih percaya diri. Lelaki botak punya percaya diri yang tinggi dan itulah yang membuat mereka nampak lebih seksi!
RAWATAN
Terpulang pada anda jika anda sanggup untuk berhabis wang ketika mengunjungi pusat pakar rawatan rambut. Setakat ini, Malaysia ada menyediakan rawatan menanam rambut (hair transplant) di mana teknik pembedahan kecil dilakukan. Doktor akan membedah sedikit kulit di bahagian belakang kepala untuk mengambil rambut dan kemudian dijahit semula. Rambut yang diambil tadi akan diproses sebelum ditanam di kulit yang tiada rambut.
Namun, jika anda mahukan rawatan yang lebih selesa dan tidak menyakitkan, anda perlu rajin menjaga kesihatan kulit kepala. Guna syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut. Pengambilan makanan yang berkhasiat juga perlu diambil kira kerana sumber makanan membantu kulit kepala mendapat protein. Kaedah mengurut kulit kepala dan mengelakkan stres juga boleh membantu anda dari terus keguguran rambut.
PETUA
Tidak ada salahnya jika anda mahu mengikuti petua orang dulu-dulu untuk menyubur dan melebatkan rambut. Air bawang merah, bawang putih atau halia boleh disapu ke kawasan kulit kepala dan dibiarkan semalam untuk menyuburkan rambut. Daun bunga raya yang ditumbuk hancur pula boleh melebat dan menghitamkan rambut secara semula jadi. Daun inai juga dikatakan boleh menguatkan akar rambut di samping melebatkan rambut yang nipis.
Biar apa pun punca dan kaedah rawatan yang anda ikuti, semuanya terpulang kepada tahap kerajinan anda. Jika anda bersungguh-sungguh mengikuti rawatan dan petua yang diberikan, ia mungkin membawa berita baik. Percaya atau tidak, lelaki berkepala botak kini bukan lagi insan tersisih sebaliknya semakin laris ‘di pasaran’!
Punca Masalah Lelaki Cepat!
1. Tekanan
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium, yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut.
2. Corak kebotakan rambut lelaki
Walaupun ada banyak sebab berbeza mengenai keguguran rambut, tetapi ada juga faktor yang kita tidak boleh kawal. Corak kebotakan rambut lelaki, atau lebih dikenali dalam perubatan sebagai androgenetik alopecia, merujuk kepada penipisan rambut berbentuk M iaitu corak yang biasanya disebut apabila bercakap tentang lelaki yang botak. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100% pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.
3. Ikat rambut terlalu ketat
Ada lelaki yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat (seperti dreadlocks atau cornrows) atau seperti fesyen ekor kuda yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut ( daya tarikan alopecia ) . Ia adalah disebabkan oleh tarikan rambut yang terlalu ketat yang membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.
4. Trichotillomania
Trichotillomania adalah nama yang diberikan kepada kebiasaan mencabut atau menarik rambut dari kepala atau bahagian badan yang lain. Walaupun masih tidak jelas sama ada Trichotillomania perlu diklasifikasikan sebagai satu tabiat atau sebagai gangguan obsesif-kompulsif, tetapi hasil akhir adalah sama. Lama kelamaan, banyak kawasan yang menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tabiat dihentikan, rambut biasanya akan tumbuh semula, tetapi dengan tabiat Trichotillomania yang berlebihan dan dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala yang membawa kepada kehilangan rambut kekal.
5. Hipotiroidisme
Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di bahagian hadapan leher di bawah kotak suara. Ia memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui pengeluaran pelbagai hormon. Hipotiroidisme adalah kurangnya pengeluaran hormon tertentu dan adalah punca yang paling biasa kehilangan rambut di sesetengah kawasan badan yang dikenali sebagai alopecia areata (yang boleh menjejaskan seluruh badan dan bukan hanya kepala). Hipotiroidisme adalah disebabkan oleh kecacatan semasa kelahiran, penyakit autoimun atau pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.
6. Penyakit autoimun
Jika anda mempunyai diabetes atau mempunyai artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit autoimun yang timbul apabila sistem imun badan sendiri tersilap menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut atau sel-sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut dan penyelenggaraan yang lain, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut pelbagai jenis, termasuk cicatricial alopecia (satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan) danTelogen (yang berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut terganggu).
7. Jangkitan kuman
Walaupun beberapa jenis jangkitan boleh membawa kepada keguguran rambut, jangkitan yang paling biasa yang memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut adalah kurap. Kurap sebenarnya disebabkan oleh kulat. Tinea capitis, adalah disebabkan oleh kulat dipanggil dermatophytes yang hidup di dalam keadaan yang panas, lembap dan biasanya muncul di tempat yang kotor. Jika anda suka memakai topi atau menutup rambut anda, pastikan rambut dicuci dengan kering dan jangan dibiarkan lembap kerana kulat/kuman boleh menyebabkan keguguran rambut.
8. Kemoterapi
Sel-sel kanser biasanya membahagi dan berkembang lebih cepat daripada sel-sel sihat dalam badan. Apa yang menyebabkan kemoterapi begitu berkesan dalam menghentikan kanser adalah bahawa ia menghentikan sel-sel yang berkembang pesat. Malangnya, terdapat sel-sel lain dalam badan yang berkembang pesat juga seperti di folikel rambut. Walaupun terdapat mitos kanser di luar sana, keguguran rambut secara kekal selepas kemoterapi adalah tidak tepat. Kehilangan rambut boleh berlaku secara beransur-ansur atau dengan cepat, bergantung kepada jenis ubat yang diambil.
9. Kurang zat/vitamin
Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup . Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila timbang, berat kekal, jarum penimbang pun sama sahaja, jangan salahkan penimbang, salahkan diri anda dahulu yang asyik mengunyah setiap masa. Masalah yang sering timbul ketika melakukan program diet adalah kerana tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Keadaan inilah yang menyebabkan berat badan anda statik pada jarum penimbang. Walau bagaimanapun, bukan hanya ‘lapar mata’ tetapi ada lagi masalah lain yang menyebabkan berat badan tidak turun. Ketahui 9 punca berikut:
DIET DENGAN JENIS DARAH
• Diet mengikut jenis darah masih belum diuji secara klinikal. Ini kerana tidak semua yang mengamalnya berjaya dalam menurunkan berat badan. Anda perlu tahu, seseorang itu mempunyai keunikan masing-masing dan tidak semua diet sesuai untuk semua orang. Paling penting, lakukan diet yang seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.
BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH
• Terlalu yakin bahawa berat badan boleh turun dengan buah atau jus buah sahaja? Sebenarnya, diet dengan jus buah tidak digalakkan terutamanya untuk jangka masa panjang. Lebih baik anda mengambil potongan buah berbanding jus.
• Selain itu, buah juga hanya mengandungi karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda memerlukan zat gizi lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Cukuplah dengan mengamalkan diet jus buah selama 1-2 hari sahaja.
INGIN BERAT BADAN STABIL
• Untuk menjaga berat badan agar tetap stabil, anda perlu berteraskan kepada diet dan senaman. Bahkan seseorang yang sudah mempunyai berat ideal tetapi dengan cara yang singkat – menyedut lemak (tidak melakukan diet dan senaman), boleh menyebabkan berat badan akan bertambah di kemudian hari. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan kekal langsing dengan diet segera.
TIDAK PERNAH KENYANG
• Jika anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur. Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan.
BADAN TERASA BERAT
• Pastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jadi perhatikan berat badan anda dengan ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan sesuatu.
KAWAL ‘LAPAR MATA’
• Anda mempunyai hobi ‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan jadual makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.
SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK
• Tidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya, gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.
TIADA MASA UNTUK BERSENAM
• Apabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat. Selain itu, apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.
SASARAN YANG TIDAK LOGIK
• Kadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik. Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh. Ini berbahaya kerana kita perlu kurus secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan realistik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Alangkah indahnya jika kempen #GengSubuhMacamJumaat dapat diperluas kepada masyarakat Islam di United Kingdom, demikian hasrat Alif Satar yang menjadi pencetus kempen itu.
“Mesti bagus kalau buat dekat sana, kalau di Malaysia kita boleh tarik berpuluh ribu orang datang, insya-Allah kita cuba,” katanya menerusi laporan Astro Awani.
“Benda ni sangat organik dan tak payah rancang sangat. Macam sebelum ini Alif letak di Instagram sahaja esok nak pergi masjid mana, esoknya ramai yang datang, itulah keindahan #GengSubuhMacamJumaat ni”.
Alif juga akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di United Kingdom bagi merealisasikan inisiatif berkenaan yang akan menggunakan templat serupa antaranya aktiviti joging selepas selesai solat subuh.
Kempen #GengSubuhMacamJumaat merupakan sebuah gerakan mengajak orang ramai untuk hadir mendirikan solat subuh secara berjemaah di masjid sehingga jumlah jemaah kelihatan ramai seakan-akan waktu solat Jumaat.
Idea mengimarahkan masjid itu tercetus bermula dari ajakan Alif Satar di laman Instagram dan menjadi fenomena sehingga mendapat perhatian dan kerjasama dari pelbagai organisasi rasmi.
Trail running bukan sekadar lari dalam hutan. Kalau nak mula ceburkan diri, ada beberapa persediaan penting yang ramai beginner selalu terlepas pandang.