Tiada istilah pejam mata dan biarkan ia berlalu dalam budaya rasuah boleh meruntuhkan bukan sahaja institusi kerajaan malah memberikan kesan besar kepada individu dan masyarakat.

Cuba kita fikir mengapakah pihak berkuasa sering melaungkan kempen anti-rasuah? Ini kerana impaknya sangat besar terhadap kehidupan rakyat terutamanya yang kurang bernasib baik. Pembelaan terhadap setiap lapisan masyarakat perlu dibela sebaiknya. Tiada kompromi dalam tangani rasuah.

IMPAK PADA NEGARA

Sebelum menyentuh impaknya terhadap individu terutamanya pada kerjaya, elok kita membicarakan tentang kesan terhadap skala lebih besar iaitu pada negara. Berikut merupakan kesan-kesan jenayah rasuah kepada negara

  • Melumpuhkan fungsi dan perjalanan sesebuah organisasi
  • Pentadbiran sesebuah kerajaan dan negara akan menjadi huru-hara dan lemah
  • Imej dan kredibiliti negara akan tercalar dengan teruk sekali
  • Kualiti infrastruktur tiada berkualiti sekali gus membahayakan nyawa orang awam
  • Pembangunan menjadi tidak sekata lalu menyebabkan jurang kekayaan semakin besar
  • Menjadikan budaya rasuah itu sebagai satu norma di kalangan kakitangan organisasi terutamanya kerajaan, tidak amanah dan gagal melaksanakan tugas dengan baik

KESAN KEPADA INDIVIDU DAN KERJAYA

Sama ada mengaku atau tidak, jauh di dalam sudut hati penerima atau pemberi rasuah, hidup mereka tidak akan tenang. Wang atau hasil rasuah akan habis begitu sahaja.

Ini beberapa kesan rasuah terhadap indvidu:

  • Jika ditangkap mereka akan kehilangan kerja dan punca pendapatan dalam sekelip mata
  • Maruah mereka akan tercalar dan dipandang hina bukan sahaja msyarakat malah ahli keluarga sendiri
  • Natijah hukuman daripada undang-undang kepada penerima rasuah adalah cukup berat
  • Kesan perbuatan terkutuk ini juga akan turut tempias kepada ahli keluarga
  • Nasib isteri dan anak-anak mungkin terkontang-kanting dan terabai

Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.

IKLAN
RasuahBuster! Segenap Masyarakat Perlu Jadi Barisan Hadapan Dalam Usaha Banteras
Foto: master1305 – www.freepik.com

Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.

RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.

Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.

Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.

IKLAN

Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada:
rasuahbusters@gmail.com atau
(WA) : 019-3823635, 019-6680920

Bergabung sebagai #RasuahBusters di
https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:
Portal: www.rasuahbusters.com
Facebook: Rasuah Busters
Instagram: rasuahbusters
Twitter: rasuahbusters

Usaha kecil menjadi besar. Ingat, kita #JanganAmbil dan #JanganBeri. Kitalah generasi bermaruah.

IKLAN

#RasuahBusters
#JanganAmbil
#JanganBeri
#Ideaktiv

RasuahBuster! Segenap Masyarakat Perlu Jadi Barisan Hadapan Dalam Usaha Banteras

Ayuh sertai gerakan RasuahBuster dan REFORMASI MORAL di laman sesawang rasmi di www.rasuahbusters.com.

RasuahBuster! Segenap Masyarakat Perlu Jadi Barisan Hadapan Dalam Usaha Banteras

Sama-sama kita jadi barisan hadapan banteras rasuah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI