Lelaki dah kahwin perut buncit sebab bahagia, fakta atau mitos? Ada satu ‘teori’ popular dalam kalangan masyarakat, lelaki yang sudah berkahwin akan mula berperut buncit, kononnya itu tanda bahagia.

Lelaki Dah Kahwin Perut Buncit Sebab Bahagia, Fakta Atau Mitos?

Malah, ada yang anggap perut buncit tu simbol status: “aku dah stabil, dah ada keluarga, makan pun cukup.” Tapi, betul ke kenyataan ni? Adakah perut buncit selepas kahwin semata-mata tanda kebahagiaan atau sebenarnya ada faktor lain yang lebih logik dan saintifik?

Lelaki Dah Kahwin Perut Buncit Sebab Bahagia, Fakta Atau Mitos?

Fakta 1: Perubahan Gaya Hidup Selepas Kahwin

Selepas berkahwin, ramai lelaki mengalami perubahan rutin harian. Kalau sebelum ini aktif bersukan atau menjaga pemakanan, kini masa banyak tertumpu pada kerja dan keluarga. Aktiviti fizikal berkurang, sementara tabiat makan semakin ‘selesa.’ Makan lewat malam, makan berdua (atau berkeluarga) dengan kuantiti yang lebih besar, dan kadang-kadang makan sebab isteri masak sedap.

Fakta 2: Kurang Tekanan Untuk Jaga Penampilan

Kajian menunjukkan lelaki yang sudah berkahwin mungkin kurang menitikberatkan soal penampilan fizikal berbanding ketika masih bujang. Menurut satu kajian dari Obesity Journal (2015), lelaki yang berkahwin cenderung untuk naik berat badan kerana tiada lagi “tekanan” untuk menarik perhatian pasangan. Mereka lebih ‘relax’ dan selesa dengan keadaan diri.

Ads

Lelaki Dah Kahwin Perut Buncit Sebab Bahagia, Fakta Atau Mitos?

Fakta 3: Faktor Umur Dan Metabolisme

Lelaki biasanya berkahwin pada umur sekitar 30-an. Pada usia ini, metabolisme semula jadi badan mulai menurun. Bila pengambilan kalori masih sama atau lebih tinggi, tetapi aktiviti fizikal berkurang, maka lemak akan terkumpul, khususnya di bahagian perut.

Fakta 4: Faktor Psikologi – Bahagia Boleh Jadi Sebab Juga

Kajian dari Southern Methodist University menyatakan pasangan yang bahagia cenderung naik berat badan berbanding pasangan yang sering bergaduh. Ini kerana emosi stabil menyebabkan mereka kurang stres dan lebih menikmati makanan bersama. Namun, ini bukan faktor utama, ia cuma penyumbang sampingan.

Ads

Jadi, kenyataan “perut buncit sebab bahagia” adalah separuh benar. Ia bukan mitos sepenuhnya, tetapi bukan juga fakta mutlak. Kenaikan berat badan selepas kahwin banyak dipengaruhi oleh gaya hidup, umur, rutin harian dan sikap terhadap kesihatan.

Bahagia itu indah, tapi jangan sampai abaikan kesihatan. Perut buncit bukan masalah utama tapi ia boleh jadi petanda awal masalah seperti kolesterol, tekanan darah tinggi dan risiko diabetes. Jadi, walau bahagia sekalipun, kesihatan tetap kena jaga!

Ads

BACA: Cara Dapatkan Perut Six Pack, Ini Senaman Penting Perlu Dilakukan Setiap Hari

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI