Dalam tempoh beberapa minggu ini hebat diperkatakan tentang beberapa pasangan selebriti yang memilih untuk berpisah dan bercerai.

Ada di antara selebriti yang bercerai mengejutkan ramai pihak terutama peminat mereka kerana perpisahan itu dianggap berlaku secara tiba-tiba. Apa yang dilihat peminat selama ini pasangan selebriti pujaan mereka sentiasa tampil bahagian di laman media sosial.

Sebab itulah kita tidak boleh menilai mana-mana hubungan atau individu hanya berdasarkan apa yang dipaparkan di media sosial. Mungkin perpisahan yang dipilih itu adalah jalan terakhir dan terbaik untuk kedua-dua pihak.

15 Alasan Pelik Punca Kes Cerai, Antaranya Tak Suka Isteri Makan Dalam Kereta

Hari ini juga kita digemparkan dengan satu lagi pasangan selebriti yang mengambl keputusan bersama untuk bercerai. All the best kepada kedua-dua pihak, MASKULIN doakan yang baik-baik sahaja untuk anda berdua.

IKLAN

Apa jua sebab mengapa ambil keputusan untuk berpisah itu biarlah menjadi rahsia mereka.

Memetik infografik BERNAMA yang datanya dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapati jumlah kes cerai telah menurun sebanyak 3.2%. Perbandingan data pada tahun 2016 dan 2017 mendapati golongan yang paling banyak bercerai ialah dari grup usia 30 hingga 34 tahun untuk kedua-dua jantina.

15 Alasan Pelik Punca Kes Cerai, Antaranya Tak Suka Isteri Makan Dalam Kereta
Kredit: BERNAMA

PUNCA PERCERAIAN

Daripada statistik tersebut juga kita boleh meihat 3 perkara utama yang menjadi punca perceraian pasangan muda.

IKLAN

Bagi Wanita

  • Tiada persefahaman dengan pasangan
  • Pasangan curang
  • Pasangan tak bertanggungjawab

Bagi Lelaki

  • Tiada persefahaman dengan pasangan
  • Campur tangan tangan dari pihak mertua
  • Pasangan curang

15 Alasan Pelik Punca Kes Cerai, Antaranya Tak Suka Isteri Makan Dalam Kereta

IKLAN

BACA: 5 Kelebihan Wanita Dapat Jika Kahwin Dengan Lelaki Berusia 35 tahun Ke Atas!

Pada tahun 2017 menyaksikan sebanyak 49,965 kes perceraian yang telah direkodkan. Dariada jumlah tersebut 17,359 kes disebabkan oleh masalah kewangan, 6,574 kes disebabkan orang ketiga dan 4,884 kerana penderaan mental dan fizikal.

Selain sebab-sebab di atas terjadi juga sebab yang pelik dan mungkin tak munasabah pernah dicatatkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada beberapa tahun lalu.

Kalau baca alasan di bawah memang boleh buat anda kehairanan dan garu kepala sendiri. Berikut merupakan alasan yang pelik pernah dijadikan alasan oleh lelaki untuk bercerai;

ALASAN PELIK & TAK MUNASABAH

  1. Suami tak suka isteri makan dalam kereta
  2. Berbeza fahaman politik
  3. Isteri suka ikut rombongan
  4. Akibat tidur berdengkur
  5. Pasangan ketagih membeli-belah
  6. Tertinggal barang di pasar
  7. Tak suka rupa dan bentuk badan isteri tak cantik
  8. Punggung isteri menggerutu
  9. Isteri suka basuh baju pada waktu malam
  10. Ketagih dan asyik melayan media sosial
  11. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tak mahu dia habiskan masa di surau
  12. Isteri berkongsi pengalaman hubungan intim dengan pasangannya sebelum ini
  13. Lambat menyediakan makan malam
  14. Cemburu isteri ada kawan lelaki
  15. Tak tahan dengan perangai cerewet
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI