Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti ekstrem, terdapat banyak aktiviti lebih menarik yang boleh anda terokai di seluruh dunia. Setiap satunya bakal menguji ketahanan fizikal dan mental, malah kadangkala tidak masuk akal. Ayuh, pilih mana satu daripada 15 aktiviti ini mahu anda cuba?.
SKI HELIKOPTER (Gunung Chugach, Alaska)
Seperti luncur ais, peserta harus menaiki helikopter dan melompat keluar sewaktu berada di atas puncak tertinggi gunung. Namun ia memerlukan peserta untuk menyertai kelas teknik asas meluncur dari helikopter bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.
LUNCUR GUNUNG BERAPI (Nicaragua)
Para peserta akan menggunakan papan luncur dan meluncur daripada puncak tertinggi gunung berapi. Daya graviti yang kuat mampu menolak peluncur sehingga kelajuan 90 kilometer sejam dan peluncur hanya menggunakan tumit kaki untuk memperlahankan papan luncur.
3. SKYWALK (China)
Laluan pejalan kaki ini dipasang pada lereng gunung Tianmen di Hunan, China. Pengunjung berpeluang untuk melihat dengan jelas pandangan 4000 kaki ke bawah gunung menerusi lantai kaca.
Ads
4.MENGEJAR PUTTING BELIUNG (Amerika Syarikat)
Beberapa agensi pelancongan di US menjadikan aktiviti sebagai tarikan utama. Lawatan mengejar puting beliung mengambil masa enam hari dan peserta akan dibawa mengikuti laluan ribut tersebut demi mendapatkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
5. SANGKAR MAUT (Australia)
Sangkar kaca yang boleh menempatkan dua orang peserta ini akan ditenggelamkan ke dalam kolam yang dipenuhi buaya air masin. Kebanyakan peserta tidak mampu untuk bertahan lebih daripada sepuluh minit kerana buaya yang dibiarkan dalam keadaan kelaparan akan menyerang sangkar tersebut dengan kuat.
LOMPATAN BUNGEE TERTINGGI DUNIA (Macau)
Lompatan Bugee dari menara Macau ini direkodkan sebagai lompatan tertinggi di dunia berikutan ketinggiannya iaitu 223 meter dan kelajuan terjunan boleh mencecah sehingga 220 kilometer sejam.
Ads
JURUTERBANG JET SEHARI (Amerika Syarikat)
Sebuah syarikat penerbangan di Switzerland memberi peluang kepada peserta untuk menerbangkan pesawat MiG-29, L-39 Albatross dan Hawker Hunter. Namun, peserta harus mengikuti kursus terlebuh dahulu sebelum dibenarkan berlepas.
ZAPCAT POWERBOATING (United Kingdom)
Bot angin yang dilengkapi enjin berkuasa ini dibina untuk mereka yang gemar kelasakan dan kelajuan. Bot yang dipandu laju itu akan meredah ombak dan terapung seketika di udara membuatkan peserta terlompat.
9. BOSSABALL(Brazil)
Bossaball adalah sukan gabungan antara bola sepak, bola tampar, gimnastik dan capoeira. Ia dimainkan di atas trampolin besar dan para peserta perlu melompat tinggi bagi melontarkan bola ke pasukan lawan. Sukan ini telah mendapat perhatian yang meluas di seluruh Brazil.
Ads
TUNGGANG LEMBU (Mexico)
Para peserta akan diberi peluang untuk menunggang lembu jantan matang dan perlu bertahan di atas lembu tersebut selama mampu. Sukan ini memerlukan konsentrasi tinggi bagi mengelakkan kesilapan langkah yang mampu membawa kepada kecederaan parah.
MENDAKI AIS (Amerika Syarikat)
Sering kali kita dengan tentang sukan memanjat batu namun mendaki ais lebih sukar kerana ia memerlukan skil dan konsentrasi tinggi bagi memilih jejak selamat. Faktor ais yang tidak kukuh sering menyumbang pada peningkatan angka kematian.
WING WALKING (United Kingdom)
Aktiviti ini memerlukan peserta untuk berjalan dari penghujung sayap ke satu lagi penghujung sayap pesawat. Dengan kelajuan 220 kilometer sejam di udara, ia nyata memberikan cabaran yang tidak dapat dilupakan.
MANDI AIS (Finland)
Di Finland, aktiviti mandi ais sudah menjadi popular. Selain mampu mencabar diri melawan rasa sejuk, aktiviti ini juga dikatakan boleh meningkatkan daya ketahanan diri.
WINGSUIT FLYING JUMP (Norway)
. Amat mencabar kekuatan fizikal dan mental. Peserta akan terapung di udara seolah-olah seperti gaya tupai terbang dari pokok ke pokok buat seketika sebelum tiba di paras ketinggian yang memerlukan peserta untuk membuka payung terjun.
HIGHLINING (Australia)
Sukan yang memerlukan peserta untuk berjalan di atas tali antara dua tebing bukit tinggi. Walaupun menggunakan peralatan keselamatan seperti tali pengikat badan, namun perasaan gerun tetap ada.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masuk akal tak kalau sesorang tu hanya mandi sekali dalam setahun? Satu kejadian pelik yang terjadi pada pasangan suami isteri di Taiwan dimana si suami terpaksa berdepan dengan perangai buruk isterinya yang hanya mandi 1 tahun sekali.
Dipetik dari portal Nextshark, lelaki tersebut nekad ingin bercerai kerana tidak tahan dengan tabiat buruk isteri. Bukan sahaja tidak menjaga kebersihan diri, wanita tersebut turut melarang suaminya untuk bekerja.
Berbalik kepada punca utama penceraian, wanita yang dikenali sebagai Lin hanyan memberus gigi dan membasuh rambut ketika dia merasa perlu sahaja. Perkahwinan mereka sudah 13 tahun bersama dan lelaki itu mengatakan isterinya juga menghalang untuk mendapatkan zuriat dan mereka hanya melakukan hubungan kelamin sekali 1 tahun.
Tambah suaminya lagi, Lin akan sentiasa kunyah gula-gula getah dan memakai topi untuk menutup bau mulut serta rambutnya. Lin hanya mandi setiap kali masuk tahun baru dan masa yang diambila untuk mandi adalah selama 3 jam.
Pergh, tak mandi setahun?? Uish… pelik betul manusia sekarang ni.
Sumber : Nextshark
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila berjumpa dengan sesuatu objek yang unik pasti kita akan terpegun. Pada zaman sekarang pula orang akan terus ambil kesempatan untu mengabadikan penemuan itu dalam bentuk foto.
Lebih menarik apabila objek yang ditemui itu adalah ciptaan alam semula jadi yang menyerupai sesuatu yang awesome.
Itulah yang berlaku kepada seorang nenek bernama Judith Streng. Gara-gara berposing untuk bergambar di atas sebuah bongkah ais yang berbentuk seperti sebuah takhta dia telah dihanyutkan ke tengah laut!
Baik punya posing mak cik sorang ni!
Judith yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat sedang dalam percutian di Iceland dan beliau melawat Jökulsárlón Lagoon bersama anak lelakinya Rod Streng.
Kisahnya, selepas menemui bongkah ais unik itu Judith tidak ingin lepaskan peluang bergambar di atasnya. Apatah lagi ia mempunyai bentuk seperti takhta seperti Queen.
Menurutnya yang ditemu bual ABC News, selepas duduk di atas bongkah ais itu ia mula bergoyang. Dan secara tiba-tiba ombak kuat melintasi mereka. Ia menyebabkan bongkah ais yang diduduki Judith terpisah dengan bongkah besar utama. Dan tidak semena-mena Judith hanyut ke tengah laut.
Hanyut jauh ke tengah laut!
BACA:
Nasibnya begitu baik kerana berat badannya tidaklah terlalu berat dan bongkah itu mampu menampungnya. Dia juga bernasib baik kerana pada masa iut terdapat sebuah bot berdekatan. Kapten bot tersebut, Randy Lacount berjaya membawa Judith selamat ke atas daratan.
Comel betul. Nasib baik sempat diselamatkan. Mungkin nenek ini fikir dia bakal jadi Elsa!
Kepada anda yang ingin bergambar atau berposing dengan menggunakan elemen alam, berhati-hatilah ya. Periksa dulu keadaan sekeliling jangan pula nanti pengalaman gembira bertukar menjadi duka pula.
Sumber: ladbibble & ABC News
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di dalam badan ada 2 jenis hormone yang mengawal aktiviti permakanan. Jesteru mengawal juga berat badan. Hormon ini mempunyai tapak receptor yang sama iaitu di hypothalamus dan juga beberapa organ lain.
Hormon Ghrelin menyebabkan KELAPARAN.
Hormon Leptin pula menyebabkan ke KEKENYANGAN.
GHRELIN
Majoriti hormone ghrelin dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat pada perut. Apabila perut kosong, sel-sel ini akan menghasilkan hormon ghrelin agar individu tersebut berasa lapar. Apabila dinding perut direnggangkan oleh kehadiran makanan dalam perut, maka sel-sel tersebut akan kurang menghasilkan hormone ghrelin membuatkan rasa lapar berkurangan.
Sebagai tambahan, hormon ghrelin juga akan mengaktifkan cholinergic-dopaminergic reward link yang bersambungan dengan kawasan MESOLIMBIC di bahagian otak. Pada kawasan MESOLIMBIC inilah perasaan PUAS dihasilkan. Sebagai contoh puas sebab dapat makan.
Untuk memahami ‘reward pathway’ ini saya bagi satu contoh. Jika perut kita kosong, maka hormone ghrelin terhasil. Bila Hormon ghrelin terhasil, kita akan merasa lapar. Dan laparnya kita akan membuatkan kita hendak pada makanan yang sedap-sedap seperti contoh minuman yang manis, makanan yang sedap dan sebagainya tanpa memikirkan apa yang berada di dalam makanan tersebut.
Jika kita memakan makanan yang kita kehendaki itu, maka mesolimbic pathway akan diaktifkan. Dopamine dilepaskan dan sesorang kita akan berasa puas/nikmat terhadap makanan yang telah diambil olehnya.
Menariknya hormone ghrelin ini juga dibuktikan didalam makmal yang ianya mampu merencatkan penghasilan cholesterol plaque di dalam saluran darah dengan bertindak sebagai agent yang melawan keradangan(anti-inflammatory)
Salah satu cara untuk menaikkan hormone ini adalah dengan BERPUASA.
LEPTIN
Leptin pula merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel adipose iaitu sel yang bertindak untuk menyimpan lemak.
Mekanismanya, apabila seseorang itu makan, jumlah gula dalam darah akan meningkat. Gula ini akan dimasukkan ke dalam sel adipose dan menyebabkan sel itu menghasilkan hormon leptin.
Leptin pula akan bertindak pada receptor yang sama dengan ghrelin di hypothalamus dan menghasilkan perasaan kenyang.
Apa yang berlaku ketika Obes?
Di dalam individu yang obes, leptin tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini dinamakan sebagai LEPTIN RESISTANCE. Bahasa senangnya kehadiran hormone leptin tidak akan memberi rasa kekenyangan kepada individu yang obes.
Ini menyebabkan hormon ghrelin berfungsi lebih efektif berbanding hormon leptin walaupun pada jumlah yang sedikit. Oleh itu, tidak pelik jika kita melihat mereka yang obes masih tidak merasa kenyang-kenyang walaupun dia telah makan makanan pada jumlah yang banyak.
Ini disebabkan LEPTIN RESISTANCE. Akhirnya, otak kita tidak dapat memberikan perasaan kenyang yg cukup pada mereka yang Obes