Amalkan Makan 2 Biji Pisang Sebelum Anda Melakukan Workout

Pisang sebenarnya baik untuk kesihatan. Jika anda makan dua biji pisang, ia boleh membekalkan tenaga yang baik dan membantu mengekalkan gula dalam darah.

Malah, pisang mengandungi banyak kandungan serat dan antioksidan. Buah ini juga diperkayakan dengan potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein dan lemak.

Amalkan Makan 2 Biji Pisang Sebelum Anda Melakukan Workout

Jadi, jika anda sedang membina otot dan sixpack, memakan pisang setiap hari adalah jalan yang terbaik untuk anda.

BACA: Petua & Khasiat Buah Betik, Boleh Dijadikan Tonik Tambahan

IKLAN

Ini antara fungsi pisang yang mungkin ramai terlepas pandang.

1. Tidur lebih nyenyak

Harus diakui bahawa pisang juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Malah, nutrisi dalam buah pisang boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.

2. Membentuk & memulihkan otot

Kandungan kalium dalam pisang boleh membantu tubuh anda mengekalkan tahap pH yang tepat. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu anda untuk membentuk otot dan memulihkan otot lebih cepat setelah anda nelakukan sesi latihan.

IKLAN

3. Mencegah kemurungan

Menurut beberapa kajian, pengambilan beberapa biji pisang secara teratur dapat mencegah kemurungan. Kajian juga mendedahkan bahawa rutin makan pisang juga boleh meningkatkan mood.

4. Mengecilkan pinggang

Bagi anda yang sedang berdiet, dapatkan manfaat daripada buah pisang. Ini kerana ia mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh sehingga menjadikan ia sumber suplemen yang ideal bagi anda yang ingin mengecilkan pinggang.

IKLAN

Amalkan Makan 2 Biji Pisang Sebelum Anda Melakukan Workout

5. Menguatkan tulang

Meskipun pisang tidak mengandungi kalsium, ia dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral dengan bantuan fruktooligosakarida. Bukan itu sahaja, pisang juga dapat membantu meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.

6. Perut kenyang lebih lama

Pisang kaya dengan pati yang melambatkan proses pencernaan. Oleh itu, makan sebiji pisang setiap hari mampu membuatkan perut anda kenyang lebih lama.

Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang gaya hidup lelaki.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI