Manisnya bercinta apabila anda dan pasangan sering keluar makan bersama, menonton wayang, malah membeli peralatan perkahwinan setelah anda dan pasangan bersetuju untuk menghabiskan masa bersama. Tentu setelah berkahwin, pasangan anda tinggal serumah dan melalui bahtera perkahwinan yang indah. Persis kata-kata cerita dongeng barat “Happily Ever After”, alam perkahwinan tidak begitu bahagia jika dua individu di dalam rumah tidak tahu untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Kebanyakkan pasangan akan melalui masalah ini dan silap hari bulan, mereka ini akan mencapai tahap berpisah. Jangan jadikan masalah ini berleluasa. Lelaki harus faham wanita terutama jika anda mendapat pasangan yang gemar berkemas. Ketahuilah wahai lelaki bahawa ini merupakan beberapa perkara yang anda harus peka apabila tinggal dengan wanita yang anda cintai.
Kebersihan dalam sinki
Bunyinya seperti kelakar bukan? Namun, wanita senang geli dengan sisa-sisa rambut yang tertinggal dalam sinki setelah anda habis mencukur. Bukan saja ketika anda mencukur, malah pinggan mangkuk dalam sinki, tandas yang tidak di flush dengan betul. Itu semua akan menimbulkan kemarahan wanita.
Wanita terbahagi kepada beberapa perangai yang anda hanya akan nampak setelah anda dan dia tinggal serumah. Salah satunya, mereka akan mudah geli dengan kekotoran, tapi tidak mahu berkata terus kepada anda, dengan alasan ingin menjaga hati. Akibatnya, mereka ini akan pendam perasaan sehingga satu hari nanti, mereka akan meletus dan ketika itulah pertengkaran akan berlaku. Jadi, sebelum mereka meletus, lebih baik anda bersihkan betul-betul.
Pakaian bersepah!
Wanita paling elergi bahagian ni. Jika anda buka laman Twitter pasangan anda atau teman-teman wanita anda, pasti anda akan terjumpa mereka tweet mengenai kerjaya mereka yang dianggap seperti orang gaji di dalam rumah. Mungkin ada diantara lelaki yang gemar melonggok pakaian yang sudah dipakai, malah ingin memakai pakaian tersebut berulang kali, jadi anda akan biarkan pakaian itu di suatu sudut, namun berapa tahun baju tersebut ingin diperam? Ini yang akan menyebabkan wanita melenting dan tidak boleh kawal amarah. Mungkin para lelaki boleh ringankan beban dengan membasuh atau memasukkan pakaian tadi ke dalam mesin basuh agar pasangan anda tidak melenting sesuka hati.
Lembab!
Jangan terasa! Lembab disini bukan bermakna anda tidak mempunyai akal fikiran yang bernas mahupun bijak. Lembab bermaksud, anda gemar Chill sehinggakan pasangan anda tidak keruan. Segala benda anda buat dengan tenang walaupun anda dan pasangan perlu menghabiskan pekerjaan itu dalam masa yang singkat. Sebagai contoh mengemas rumah. Perkara ini memang kepakaran wanita, dan kebiasaannya wanita akan menghabiskan pekerjaan suri rumahnya tidak lebih dari 2 jam, namun lelaki, 2 jam bagi mereka tidak cukup, untuk vacuum saja, makan masa 2 jam. Apatah lagi yang lain? Jadi, wanita harap anda bersabar.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI