Hujung minggu pasti akan menyebabkan anda ingin beriadah bersama teman-teman, pasangan ataupun keluarga anda. Selain daripada makan di tempat mewah, anda boleh ke pawagam berdekatan dan tonton filem yang sedang ditayangkan di seluruh Malaysia.

 

Polis Evo 2

 

Siapa yang gemarkan filem melayu pasti tahu akan filem yang pernah mencatatkan pecah panggung suatu ketika dahulu. Gandingan duo Shaheizy Sam dan Zizan Razak sekali lagi akan temui anda di kaca pawagam menghapuskan jenayah yang menjadi topik utama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Belum mula ditayangkan lagi, ramai yang sudah mendesak agar trailer filem ini dikeluarkan dan ditayangkan sehari sebelum jadual asal 22 November ditayangkan. Seperti menurut perintah netizen, pihak produksi dan seluruh jenama pawagam sebulat suara untuk tayangan sehari awal dari tarikh sebenar. Hari ni, kalau tak ada buat apa-apa, jum Polis Evo. Itupun kalau tiket tak Sold out lagi lah!

IKLAN

 

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald

 

IKLAN

Siri JK Rowling ini sekali lagi mendapat sambutan, malah mendapat kontroversi daripada pelbagai pihak mengenaik pemilihan pelakon dalam filem ini. Ada antara mereka juga bercanggah pendapat. Namun, jika anda merupakan fans kepada siri Harry Potter, mungkin anda harus menonton filem ini. Anda boleh lihat sebelum kemunculan Dark Lord Voldemort, terdapat seseorang musuh kepada Hogwarts yang ingin menakluk dunia sihir tersebut.

 

Robin Hood

IKLAN

Namanya saja telah mendapat perhatian ramai. Siapa tak kenal dengan lelaki yang mencuri dan sedekahkan semua hasil curinya itu kepada rumah anak yatim kan? Dari animasi, kini anda boleh lihat lakonan REAL dari barisan pelakon hebat seperti Taron Egerton, Jamie Foxx, Ben Mendelsohn dan ramai lagi. Jalan ceritanya sedikit berbeza dari apa yang anda tahu, dimana seorang pejuang perang yang keras dan komander Moorish mengatasi pemberontakan Inggeris terhadap Inggeris. Penuh dengan aksi mendebarkan yang penuh dengan eksploitasi medan perang yang hebat, membuatkan anda berfikir dan penuh dengan elemen cinta.

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI