Boleh kata, dalam sehari, separuh waktu daripada 24 jam itu kita gunakan untuk melayari media sosial seperti Instagram dan Facebook betul tak? Bukan tu je, lebih syok kalau dapat memaut naik foto-foto berbentuk #OOTD untuk dikongsikan dengan teman pengikut. Supaya kamu tak ketinggalan dan nampak gah,ini kami kongsikan tips bagaimana kamu boleh nampak cool dalam foto Instagram dengan pakaian berlogo yang kini merupakan trend fesyen paling hip
1. Pada Aksesori
Logo tak semestinya memghiasi baju semata, cuba gayakan kasut, skarf, barang kemas mahupun beg tangan yang mengetengahkan perincian logo berhuruf mahupun corak cetakan yang berdasarkan logo.
Ads
2. Huruf Awal Jenama
Sekali-sekala bergaya mewah apa salahnya. Cari helaian atau item aksesori fesyen yang dihiasi huruf utama -dijadikan corak cetakan monogram.
Ads
3. Bergandingan Dengan Teman
Untuk buat foto ootd kamu nampak lebih gah, gayakan baju berlogo dengan teman kamu, pasti ianya nampak lebih berkelas lagak para jemputan VIP di minggu fesyen.
Ads
Jadi lepas ni tak perlu malu untuk beli pakaian yang berlogo gergasi. Lagi besar dan nyata logo tu, lagi cantik tau!
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cuba laburkan sedikit wang anda untuk kelihatan lebih segak dan bersih!
Tidak pernah tertakluk dalam mana-mana buku bahawa bab kecantikan dan kebersihan adalah hak mutlak golongan wanita. Namun entah mengapa apabila acap kali soal kecantikan dibicarakan tumpuan sepenuhnya ditujukan khas kepada wanita.
Situasi tersebut bagaikan berat sebelah dan menunjukkan seolah-olah jejaka tidak menitikberatkan kecantikan dan kebersihan. Tapi itu cerita antara dua hingga lima tahun lepas. Ini kerana realitinya kini lelaki tidak ketinggalan mendapatkan perkhidmatan kecantikan di spa mahupun salon.
“Jika fesyen dan stail rambut berubah mengikut zaman, maka tidak mustahil selera lelaki terhadap kecantikan turut berubah. Sebelum ini saya mendapati lelaki malu untuk bercakap mengenai kecantikan. Apatah lagi untuk mengunjungi spa bagi menjalani rawatan wajah, badan dan urutan.
Kunjungi spa
Biasanya kehadiran pelanggan lelaki di spa tersebut lebih gemar mendapatkan rawatan sauna, lulur dan rawatan wajah. Memahami gaya hidup lelaki lebih aktif daripada wanita, Kimie banyak menggunakan ramuan-ramuan semula jadi bagi mengurangkan bau badan dan melegakan otot-otot yang tegang.
Dalam proses lulur dan skrab tubuh badan, bahan-bahan seperti kunyit, temulawak, mengkuang, sengkuang dan rempah asli yang digunakan mampu menanggalkan sel kulit mati. Proses lulur banyak diberi tumpuan pada bahagian bawah lengan dan siku yang menjadi tempat daki-daki kotor berkumpul.
Mandi
Begitu juga apabila menyentuh soal mandian. Jangan ala kadar saja, sebaliknya mandi dengan bersih. Pastikan air mengalir ke seluruh badan dan gosok menggunakan berus badan yang sudah dititiskan krim mandian. Tapi, jangan lupa bersihkan di bahagian kaki terutamanya kuku jari kaki.
PROSES mandian perlu dilakukan dengan sebaiknya menggunakan krim mandian dan berus badan.
Salon
Sekiranya mendapati gaya rambut anda sudah tersasar daripada potongan asal segeralah ke salon. Di sana pendandan rambut akan trim semula rambut anda, di samping melakukan proses cucian dan merawat kelemumur, keguguran rambut serta kegatalan kulit kepala.
Jangan terlalu kerap bercukur
Menerusi blog kecantikan antarabangsa beauty-and-the-bath, golongan lelaki tidak digalakkan melakukan proses mencukur jambang dan misai terlalu kerap. Ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kulit wajah khususnya bagi individu yang memiliki jenis kulit sensitif. Paling utama gunakan alat pencukur yang bersih dan tidak berkarat bagi menggelakkan sebarang jangkitan bakteria.
Bau badan
Bermacam-macam cara boleh diaplikasikan bagi mengelakkan bau badan. Selain mandi, penggunaan deodaran, losen badan dan minyak wangi turut membantu melenyapkan bau badan yang kurang menyenangkan itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama COS yang terkenal dengan pendekatan lebih minimalis menerusi rekaannya memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2020. Untuk koleksi eksklusif kali ini, COS Spring Summer melakukan eksplorasi dengan dua konsep prominen yang terikat pada penggunaan praktikal dan imejan struktur arkitek.
Dua gabungan teknkikal dan inobavi yang diketengahkan COS bergerak seiring dengan sentuhan minimalis yang lebih raw – memberikan definisi jelas untuk koleksi pada kali ini.
Selain itu sentuhan hasil kerja berkulaiti tinggi dengan menggunakan bahan tekstil bersifat modernis. Inovasi rekaan divisualkan menerusi fabrik celupan sayuran dan juga coated-denim. Tekstur serta rekaannya mengetengahkan seni interwoven, manakala penggunaan high-waist digabungkan bersama material kain kapas.
Dari segi pemilihan palette warna pula, COS menggunakan pengaruh bertema natural ecru, soft neutrals dan indsutrial light grey sebagai asas utama setiap rekaan di dalam koleksi Spring Summer 2020.
Tumpuan anda pasti lebih menjurus kepada koleksi lelaki yang mengetengahkan sedikit elemen feminin namun masih kuat pada sifat maskulinnya dengan penggunaan double-faced cotton.
Akseseori yang ditawarkan juga tidak kurang menarik dengan koleksi seperti kasut slip-on dan beg yang dihasilkan dengan kualiti cukup baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seiring dengan perkembangan tren fesyen, adalah penting bagi lelaki dalam usia 20-an dan 30-an untuk menyesuaikan almari pakaian mereka agar tetap bergaya dan yakin.
Sementara seluar skinny pernah menjadi pilihan utama, terdapat banyak pilihan fesyen lain yang menawarkan keselesaan dan serbaguna. Dalam panduan fesyen ini, kita akan meneroka gaya seluar alternatif yang akan menjadikan anda kelihatan bergaya dan sesuai untuk pelbagai acara.
Seluar slim-fit mencapai keseimbangan sempurna antara keselesaan dan gaya. Ia menawarkan penampilan yang dijahit tanpa ketat keterlaluan seperti seluar skinny, menjadikannya serbaguna untuk acara santai dan separa formal.
Seluar lurus adalah pilihan klasik yang sesuai untuk pelbagai bentuk badan. Ia memberikan penampilan yang bersih dan berkelas, sesuai untuk semua peringkat usia.
Chinos adalah pilihan serbaguna dalam almari pakaian. Terdapat dalam pelbagai potongan, termasuk slim dan santai, mereka menawarkan pelbagai kemungkinan penataan dan sesuai untuk pemakaian harian.
Seluar tapered memberikan penampilan moden dan dijahit, sambil memelihara keselesaan bahagian atas kaki. Ia adalah pilihan yang hebat untuk penampilan moden dan menarik.
Seluar singkat atau seluar panjang berukuran hujung kaki adalah tren terkini dan membolehkan anda mempamerkan kasut bergaya pilihan anda. Ia sesuai untuk acara santai dan juga acara yang lebih formal.
Seluar kaki lebar semakin popular dalam tren fesyen terkini. Ia menawarkan penampilan yang santai dan moden yang boleh menjadi selesa dan bergaya.
Seluar kargo membawa gaya yang lasak dan utilitarian. Dengan banyak poket dan potongan yang selesa, ia adalah pilihan praktikal untuk pemakaian harian yang tetap bergaya.
Seluar corduroy menambahkan tekstur dan keanggunan kepada pakaian anda. Tarikan masa dibawa menjadikannya sesuai untuk pelbagai acara, sama ada santai atau lebih formal.
Suntikkan personaliti ke dalam pakaian anda dengan seluar yang bercorak atau bertampalan. Jalur, plaid, dan corak yang mencolok boleh memberikan sentuhan unik kepada penampilan anda.
Sementara seluar skinny pernah menjadi trend utama, jelas bahawa fesyen lelaki menawarkan pelbagai alternatif untuk memenuhi gaya dan keselesaan anda. Dengan meneroka gaya seluar ini, anda boleh mengangkat taraf almari pakaian anda dan dengan yakin mengekspresikan rasa fesyen unik anda dalam usia 20-an dan 30-an.
Ingatlah bahawa kunci kepada pakaian yang hebat adalah dengan mencari seluar yang sesuai dengan baik dan menjadikan anda berasa yakin dengan penampilan anda. Oleh itu, jangan takut untuk bereksperimen dan berseronok dengan pilihan fesyen anda!
Jangan lupa saksikan episod pertama Man Of The Moment di saluran Youtube Maskulin, dan nantikan siapakah jejaka yang akan tampil di episod akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang