
Oleh kerana rakyat Malaysia hidup dalam negara yang beriklim khatulistiwa yang panas sepanjang masa, kita sukar merasai peluang untuk ke tempat sejuk.
Tetapi tidak pelik kenapa orang dari negara sejuk gemar datang ke Malaysia kerana suhu panas yang mampu menyegarkan mereka.
Namun begitu, tahukah and jika tubuh kita terdedah kepada suhu -6 darjah celcius misalnya, akan ada bahagian tubuh berisiko untuk mengeras seperti
1. Telinga
Telinga adalah bahagian paling nipis. Jika tidak memakai penutup kepala, dalam masa 15 minit pun, kita akan merasaikan kesakitan pada telinga. Itu tandanya telinga anda mula mengeras dan perlu digosok-gosok agar kembali hangat.
2. Bibir
Walaupun memakai penutup kepala, mulut kita yang terdedah kepada suhu sejuk boleh menyebabkan bibir menjadi keras dan beku. Akibatnya, suka untuk kita bercakap.
3. Jari
Sarung tangan digunakan untuk menghangatkan jari-jemari namun seandainya suhu terlampau sejuk, anda akan merasai jari anda kebas.
4. Tapak kaki
Biar pun memakai stokin tebal, tapak kaki adalah bahagian tubuh yang paling hampir dengan permukaan bumi yang sejuk dan bersalji sebagai contoh. Kaki agak lambat terasa perit jika sudah beku namun kesannya, selepas 24 jam baru akan hilang rasa kebas.
Selain Sambut Kelahiran Bayi, Ini Antara Waktu Lelaki Boleh Menangis!

Memang sukar untuk melihat lelaki menangis. Apatah lagi lelaki sering dikaitkan dengan sikap ego yang tinggi selain mahu nampak cool setiap masa.
Namun begitu ada waktu-waktu tertentu, lelaki memang tak boleh lari daripada mengeluarkan air mata.
Misalnya untuk situasi-situasi seperti di bawah, segala ego yang lelaki miliki akan runtuh. Bukan kerana sombong, tetapi betapa tersentuhnya hati keras mereka :
Punca utama lelaki menangis
- Kematian orang yang dicintai. Ya, lelaki sangat sukar untuk menangis, namun jika dia menghadapi momen perit seperti kematian, sudah pasti jasadnya tidak tertanggung menahan kesedihan.
- Ketika bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kenangan manis di dalam hati sehingga air mata gembira mudah sekali mengalir.
- Berjaya melamar kekasih hati. Ini juga antara saat-saat manis yang membuatkan lelaki mengalirkan air mata. Pada saat lamarannya diterima selepas bersusah payah menawan hati si dia.
- Dari sudut rumah tangga mahupun kerjaya. Setelah menemui jalan buntu dalam menyelamatkan daripada berakhir, lelaki mudah sekali untuk menangis.
- Dan setelah segala penat jerih dilalui untuk mencapai sesuatu, jangan terkejut sekiranya lelaki mudah menggugurkan air matanya.
Tip berdepan dengan lelaki menangis (Buat bacaan kaum wanita)
- Tenangkan si dia. Anda boleh menenangkan dirinya dan berikan kata-kata semangat yang boleh mengujarkan dia semula.
- Jangan lekas buat andaian. Lelaki yang menangis tidak semestinya mereka tidak tulen. Terima keadaan dirinya seadanya.
- Jangan panik. Sekiranya kekasih anda sedang menangis, jangan menggelabah. Be natural dan stay cool.
Jadi kesimpulannya, walau sekeras mana pun, “Hati kau,Roy”, lelaki boleh menangis dan berilah ruang privasi buat seketika. Tak lama mana pun lelaki menangis.
Usah Gusar Jika Pasport Hilang Di Luar Negara, Ini Cara Mohon Perakuan Kecemasan

Bayangkan anda tengah berseronok bercuti di luar negara mengunjungi lokasi cantik yang telah diidamkan selama ini. Tiba-tiba rasa seronok itu hancur berkecai selepas mendapati satu-satunya dokumen perakuan diri paling penting hilang!
Itu merupakan antara mimpi ngeri buat semua orang yang berada di luar negara. Pasti anda resah dan tak senang duduk memikirkan kesukaran yang bakal dihadapi untuk bergerak bebas serta keluar masuk daripada negara asing.
Tak ada siapa yang mahu berdepan dengan situasi seperti itu, bukan?
Tapi anda sebenarnya tak perlu terlalu risau. Tahukah anda bahawa terdapat perakuan sementara yang boleh anda mohon jika berlakunya kehilangan pasport?
Perakuan Kecemasan atau Emergency Certificate merupakan perakuan diri yang boleh anda mohon sebagai pengganti pasport buat sementara waktu.
Seorang pengguna Twitter, @unrealbern pernah berkongsi bagaimana untuk memohon Perakuan Cemas ketika dirinya berdepan kejadian kehilangan pasport semasa melancong ke Berlin, Jerman.
Menerusi bebenang tersebut beliau berkongsi tentang apakah itu Perakuan Cemas dan bagaimana untuk memohonnya.
BACA: Tip Packing List Pakaian Yang Wajib Anda Bawa
Perkara pertama selepas pasport hilang ialah jangan panik. Hubungi pihak kedutaan dan buat laporan polis secepat mungkin. Fungsi Perakuan Cemas ini lebih kurang sama seperti pasport cuma ia bertindak sebagai perakuan sementara bagi membolehkan anda pulang ke Malaysia sahaja. Dan semasa memohon anda wajib menyatakan kesemua negara yang dilalui sepanjang perjalanan.
Pihak kedutaan Malaysia akan membantu anda untuk membuat laporan polis. Oleh itu jangan risau jika anda berada di negara yang menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris.

Anda boleh dapatkan nombor telefon kedutaan Malaysia di mana-mana negara menerusi laman sesawang Kementerian Luar Negeri iaitu di www.kln.gov.my.
Mungkin anda tertanya-tanya berapa lamakah sah tempoh laku Perakuan Cemas ini? Buat pengetahuan anda ia hanya boleh digunakan untuk SEKALI perjalanan sahaja dan untuk negara tertentu bagi tempoh tidak lebih 12 bulan.
Dokumen yang perlu anda isi ialah borang IM.42-Pin 97, laporan polis, dokumen bukti warganegara Malaysia berserta dua keping foto berukuran pasport. Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk memproses permohonan anda.

Terima kasih kepada saudara @unrealbern yang berkongsi info cukup berguna ini.
Jadi sebelum ke luar negara sila ambil nombor telefon kedutaan Malaysia di negara anda ingin kunjungi sebagai langkah berjaga-jaga.
Kredit: @unrealbern
Bukti ‘Geng Satu Kepala’, Inilah 10 Sebab Lelaki Berkawan Lama Dengan Lelaki!

Biasa kita lihat persahabatan di antara lelaki dan lelaki adalah kekal lebih lama berbanding wanita. Ada kalanya, sampai tua pun masih bersabahat lagi.
Wanita sering tertanya-tanya apakah tip yang dimiliki kaum lelaki yang mudah diramal ini. Jawapannya cukup mudah iaitu jalani kehidupan tanpa emosi yang melampau :
1. Sanggup tolong waktu susah
Kalau motorsikal atau kereta tiba-tiba rosak tengah highway pada waktu malam, call GF, kebanyakannya cuma akan cakap, “Take care, ya!” Tetapi kalau call member lelaki, “Bro, bagitahu aku kau ada dekat mana. Kejap lagi aku datang.”
2. Tak gaduh benda remeh
Takkan bergaduh pasal perempuan macam dalam drama TV yang sampai buat kerja gila. Sampai masa, move on. Mulakan hidup baharu dan kalau terjumpa kaki sailang pun, masih boleh lepak dan gelak sama-sama sebab awek yang kena sailang tu pun, kena sailang dengan orang lain pula.
3. Sanggup kongsi makan
Selalu terjadi pada yang duduk serumah. Kalau kena time tak ada duit, sebungkus Maggi tu boleh kongsi enam orang makan. Kalau kena dengan GF yang tak memahami, anda tak ada duit pun apa dia peduli, yang penting ajak dia makan dekat luar.
4. Fokus pada sesuatu
Kalau nak beli sesuatu barang tanpa membazir, suruhlah lelaki yang pergi beli. Sebabnya kepala otaknya hanya akan tertumpu kepada barangan yang hendak dibeli sahaja. Menariknya lagi, lelaki pandai mencari harga yang murah. Kalau suruh perempuan, dari rumah cadang nak beli sardin aje, balik rumah siap ada bawang, TV plasma, mesin basuh dan hampir membeli sebuah kereta.
5. Mudah dipujuk
Lelaki senang mengalah dan mudah dipujuk. Sebabnya lelaki tahu masih ada banyak kerja yang perlu dibuat dan kalau merajuk lama-lama pun, hati jadi makin sakit dan boleh akibatkan prestasi kerja pun jadi terganggu. Lainlah kalau merajuk lama-lama boleh naikkan gaji, mesti lelaki suka merajuk hari-hari.
6. Rakan back up terbaik
Pernah tak kalau ada kawan buat salah, lelaki akan hebahkan satu dunia macam mak cik bawang dari hutan belantara yang baru keluar gua? Jarang bukan? Sebabnya, lelaki suka menjaga aib seseorang itu melainkan anda ada buat hal. Insya’Allah, rahsia 50 tahun lepas pun akan diungkitnya. Tetapi jika OK, kalau anda pergi dating pun, rakan anda akan kata anda pergi mengaji. Yang ini bahaya sikit. Jangan sokong kononnya ‘penipuan sunnah’.
7. Boleh dipercayai
Cuba bersembang satu rahsia yang anda tak kisah kalau ia tersebar. Kalaulah rahsia yang anda ceritakan kepada rakan lelaki itu tidak diceritakan semula oleh mulut bawang-bawang yang lain, maka lelaki itu clear dan boleh dipercayai.
8. Bijak dan boleh survive
Kalau menghadapi masalah, kebanyakan lelaki otaknya mampu jdi bijak secara praktikal dan boleh survive dalam apa cara sekali pun. Tak ada istilah ‘tak ada benda yang tak boleh settle’ dalam diri seorang lelaki. Melainkan dia memang bersikap tidak bertanggungjawab atau suka lepas tangan.
9. Jadi pemimpin yang baik
Kalau ada bertemu dengan lelaki yang bertindak sebagai ketua dan sanggup turun padang dalam membuat sesuatu kerja, dia adalah pemimpin yang baik tetapi kalau terjumpa orang yang suka mengarah tetapi duduk di kerusi empuk, dia adalah sekadar seorang bos. Namun antara kedua-dua orang teratas ini, jika anda ketua yang baik, percayalah semua anak buah akan menghormati anda.
10. Seronok untuk aktiviti mencabar
Main paintball, layan ATV, redah off-road dan bermacam-macam lagi. Semua aktiviti yang mencabar adrenalin ini seronok dilakukan bersama kawan-kawan lelaki. Cuba ajak gadis-gadis yang lawa main semua ini, mana mahunya. Silap-silap anda cuma duduk tepi teman awek lawa tengok kawan-kakwan sedang berseronok main tembak-tembak.