Perasan atau tak? Kalau tengok wajah pasangan suami isteri yang sentiasa sweet dan bahagia, wajah mereka seakan-akan serupa dan tak jauh beza.

Bagaimana boleh jadi hampir serupa sedangkan tiada pertalian darah yang dekat? Jawapannya ada pada kajian-kajian saintifik.

Menariknya lagi, pasangan suami isteri yang wajahnya jadi semakin serupa ini jodohnya Insya’Allah kekal lama meskipun ajal dan maut di tangan Tuhan.

Jadi nak tahu bagaimana wajah suami isteri ini boleh jadi semakin serupa? Baca entri di bawah ini :

1. Banyak menghabiskan waktu bersama

Mengikut kajian psikologi yang dilakukan oleh Newheathadvisor.com, semakin kerap pasangan menghabiskan waktu bersama-sama, semakin mirip rupa mereka antara satu sama lain.

Ini kerana cara hidup mereka sudah bersatu dan mempengaruhi satu sama lain. Sebagai pasangan suami isteri pasti ada banyak pengalaman dan kenangan yang dilakukan bersama-sama.

IKLAN

Daripada melakukan rutin harian, membuat pelbagai aktiviti dan pelbagai perkara lain. Tanpa disedari, pengalaman-pengalaman inilah yang mampu mengubah diri pasangan sedikit demi sedikit.

2. Emosi boleh mengubah karakter wajah

Psikologi Sosial, Robert Zajonc mencetuskan soal konsep Sosial Facilitation pada tahun 1965. Menurut beliau, konsep itulah yang jadi jawapan kenapa banyak suami isteri yang wajahnya boleh mirip satu sama lain.

Sosial Facilitation adalah tindakan menunjukkan emosi atau reaksi yang berbeza antara waktu seseorang bersendirian dan sewaktu bersama orang lain. Ini kerana manusia mempunyai perasaan empati, dan biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya.

IKLAN

Dalam pada itu, otot-otot tubuh berkembang atau berubah mengikut kegunaannya. Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan memiliki kedutan yang sama di wajahnya. Kalau sama-sama suka berbual, maka struktur pipi mereka akan ikut berubah.

4 Penjelasan Kenapa Wajah Suami Isteri Semakin Lama Semakin Serupa

3. Meniru kebiasaan dan kesukaan pasangannya

Faktor ini terbukti dengan foto pasangan suami isteri yang sudah 25 tahun menikah dan wajah mereka nampak sangat mirip.

IKLAN

Para psikologi dari Yale University juga mengungkapkan jika pasangan suami isteri akan saling meniru kebiasaan pasangannya tanpa sengaja dan menyukai apa yang pasangannya sukai.

4. Dari awal memang tertarik dan mencari wajah yang mirip

Sebenarnya, tanpa kita sedari sewaktu mencari pasangan, kita mencari pasangan atau tertarik dengan seseorang yang memiliki sedikit sebanyak persamaan dengan diri sendiri, termasuk selera berpakaian, hobi atau minat dan juga keterampilan.

Bahkan, ada juga sesetengah wanita yang mencari pasangan yang mirip dengan ayah mereka. Kalau dari awal sudah bertemu orang yang mirip, sudah tentu apabila menjadi suami isteri persamaan itu akan menjadi semakin jelas.

Anda pula bagaimana? Wajah ada serupa tak dengan pasangan masing-masing?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI