Amalkan 4 rutin ini untuk kulit lebih licin dan segar!

1. Pilih ikut kesesuaian kulit wajah

Jangan gunakan mandian badan untuk tujuan mencuci muka kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.

Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.

Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.

2. Cuci wajah setiap hari

Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali. Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.

IKLAN

Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat. Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.

3. Jangan tidur sambil menggunakan krim pelindung matahari

Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.

4. Exfoliate secara berkala

Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari. Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.

IKLAN

Semasa menyapu face scrub tersebut, and perlu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.

Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.

Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.

IKLAN

Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.

Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.

Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.

Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI