Walaupun kita kini kira berada di zaman serba moden, masih lagi ada hal-hal yang tidak sedap didengar dan melanggar perintah dariNya. Walaupun baru masuk ke pertengahan tahun, namun pelbagai khabar duka telah diterima oleh selebriti tanah air pada awal tahun ini. Selain kehilangan orang tersayang, terdapat beberapa selebriti yang sedang melawan penyakit misteri yang tidak diketahui punca nya.
Ada yang mendakwa terkena ‘perbuatan’ orang dan ada juga yang khabarnya kian pulih.
Ini 5 selebriti tempatan tersebut dan sama-sama kita titipkan doa supaya mereka pulih seperti sedia kala.
1. Cico Harahap
Siapa sangka, pelakon berbadan sasa yang juga anak kepada primadona Uji Rashid ini ditimpa penyakit misteri sejak sekian lama. Malah sehingga hari ini Cico Harahap atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin memerlukan perhatian dan bimbingan sepenuhnya.
Jika dahulu, Cico mengalami kesukaran untuk bercakap, kini pelakon ini menunjukkan reaksi yang positif berbanding keadaannya terdahulu.
Ads
“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif” – Uji Rashid
2. Fendy Bakry
Namanya baru sahaja melonjak naik namun Fendy Bakry yang mula dikenali menerusi drama Mr Grey dilaporkan ditimpa penyakit misteri pada awal bulan lalu. Malah pelakon yang berasal daripada Perlis ini telah pulang ke kampung dan menjalani rawatan secara perubatan islam setelah dilaporkan keadaannya yang merosot dan tidak mampu bergerak.
Ads
Namun begitu beberapa hari yang lalu, pihak keluarganya memaklumkan bahawa Fendy beransur pulih dan dia turut memuat naik di Instagram ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan kesihatannya.
3. Aiman Tino
Ads
Umurnya baru setahun jagung namun Aiman Tino sudah ada yang membencinya. Tidak pasti dengan apakah yang terjadi padanya, namun penyanyi yang mencatat rekod sebagai tontonan muzik video paling tinggi di YouTube ini mengadu mengalami kesukaran untuk bernyanyi.
Bukan itu sahaja, suaranya juga sering kali dikatakan hilang setiap kali mahu membuat persembahan.
5. Rafly Rahamat
Baru-baru ini kami telah menulis sebuah artikel dimana bekas penyampai HotFM Terengganu, Rafly Rahamat kini ditempatkan di sebuah hospital kerana jatuh sakit. Jika dahulunya berbadan tegap, kini Rafly kelihatan begitu kurus sekali malah jika sekali imbas pasti sukar mengenalinya.
Namun begitu, Rafly memberitahu di Instagram nya, dia semakin pulih dan mahu kembali seperti asal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Filem Amazon Original pertama dari Malaysia, Budak Flat kini trending sebagai rancangan nombor satu di Malaysia di Prime Video.
Diinspirasikan oleh kisah benar, pengarah Eugene Lim mengajak kita menghayati cerita rekaan berlatar belakangkan suasana kompleks kediaman yang bergelut dengan masalah jenayah sekaligus memaksa penduduknya berjuang bagi meneruskan kehidupan.
Kisah ini mengisahkan kemelut kehidupan dua beradik, Aman (Zahiril Adzim), seorang bekas pencuri dan Riz (Pablo Amirul), seorang tokan dadah. Terperangkap dalam pertembungan persekitaran yang kacau bilau, dua beradik ini perlu menghadapi tekanan yang semakin parah, dimana mereka terpaksa bertarung dengan keperitan realiti yang mengancam untuk memisahkan mereka.
Ketahui lima fakta menarik mengenai filem Budak Flat yang mungkin bakal menarik perhatian anda yang belum menonton filem ini.
Ilham Kisah Sebenar Pengarah Eugene Lim
Menandakan arahan sulung Eugene Lim, Budak Flat merupakan naratif fiksyen yang diinspirasikan oleh kisah benar yang dialami sendiri oleh beliau. Bertahun-tahun membesar dalam suasana flat dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, Eugene memanfaatkan pengalaman peribadinya dengan menerapkan elemen realiti ke dalam karya fiksyen ini.
Foto ihsan Eugene Lim.
Sebagai penasihat filem Budak Flat, Syafiq Yusof didorong untuk memberi gambaran sebenar cabaran yang dihadapi oleh golongan miskin bandar yang tinggal di perumahan kos rendah di sekitar Kuala Lumpur. Disamping memberi kebebasan kepada Eugene untuk menyampaikan komentar sosial tentang budaya rumah pangsa, Yusof memanfaatkan pemahaman Eugene membesar dalam persekitaran sedemikian secara langsung bagi memastikan gambaran suasana sebenar dapat disampaikan.
2. Lokasi Flat San Peng Yang Ikonik
Dibina pada tahun 1972, rumah pangsa yang umumnya dikenali sebagai Flat San Peng atau Flat Sri Selangor ini telah menjadi simbol ketahanan. Setiap malam, ahli persatuan penduduk yang berdedikasi akan membuat rondaan dan bersungguh-sungguh menjaga keselamatan di kawasan perumahan tersebut.
Pada tahun 1990-an, nama “San Peng” di Kuala Lumpur dikaitkan dengan aktiviti kumpulan samseng. Bagaimanapun, Kawasan itu telah mengalami banyak pembangunan yang ketara dan kini muncul sebagai komuniti yang lebih selamat, lantas menghilangkan reputasinya yang dahulu. Ketika penggambaran Budak Flat berlangsung, penduduk Flat San Peng telah memberikan layanan yang luar biasa untuk memastikan kesejahteraan pelakon dan para kru sepanjang penggambaran dilakukan.
3. Penggambaran Di Bulan Ramadan
Satu kelainan mengejutkan berlaku apabila penggambaran filem penuh aksi ini dilakukan bertepatan dengan bulan Ramadan. Keputusan yang tidak dijangka itu telah menambah kesungguhan, terutamanya memandangkan adanya babak tertentu yang menuntut komitmen penuh pelakon dan kru untuk bekerja dari waktu senja hingga subuh.
Dedikasi luar biasa yang ditunjukkan oleh barisan pelakon dan kru penggambaran sepanjang tempoh ini wajar diiktiraf dan dipuji.
4. Penampilan Pertama Balan Kash, Penyanyi Rap Kini Berlakon
Menceburkan diri dalam dunia lakonan, khususnya genre aksi, penyanyi rap ini tidak gentar menyahut cabaran untuk memainkan watak seorang gangster. Kedua-dua Pablo dan Zahiril, yang menitikberatkan keaslian dalam semua babak yang dilakonkan, secara peribadi telah memintanya untuk memberikan pukulan yang meyakinkan agar adegan pergaduhan kelihatan benar-benar meyakinkan.
Hasilnya? Penyanyi rap ini bukan setakat berani menyahut cabaran, malah dia juga telah mempamerkan bakat lakonan semula jadi yang mengagumkan. Untuk merasakan impaknya, anda harus menyaksikannya sendiri!
5. Pelakon Sendiri Terjun Bangunan Berulang Kali
Mandy (Joyce Harn) telah mempamerkan aksi berani apabila dia secara sukarela terjun dari tingkat enam rumah pangsa tersebut, membuktikan dedikasinya terhadap keaslian lakonan. Walaupun takut dengan ketinggian, Mandy dengan beraninya memilih untuk tidak menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri untuk babak khas ini.
Foto ihsan Eugene Lim.
Lebih mengagumkan, Mandy bukan sahaja bersetuju untuk melakonkan sendiri lagak ngeri tersebut malah melakonkannya berulang kali demi mendapatkan ‘shot’ yang sempurna. Menariknya, babak itu, walaupun kelihatan seperti di tingkat enam, ia sebenarnya dilakonkan dari tingkat tiga, menjadikan lakonannya lebih mengagumkan.
Filem ini sarat dengan konflik, aksi pertarungan yang mendebarkan serta pergolakan emosi yang pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk.
Filem ini, yang diterbitkan oleh Skop Productions dengan Syafiq Yusof selaku penasihat, diarahkan bersama oleh Eugene Lim, Woo Ming Jin, dan Faizal Ishak. Ia dibintangi barisan pelakon terkenal antaranya Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Balan Kash, dan Aaron Aziz.
Saksikan kehebatan filem aksi Budak Flat dan strim sekarang di Prime Video!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Musim 2024/25 Manchester United adalah satu subjek yang sungguh menggerunkan bagi peminat dan penyokong mereka.
Awal pagi semalam harapan untuk mereka menyaksikan musim ini diakhiri dengan piala nampaknya tidak kesampaian apabila tewas 1-0 kepada Tottenham Hotspur dalam Final Piala Ueropa.
Sekali gus menyaksikan musim ini bukan hanya ‘buruk’, tetapi lebih kepada satu siri rekod yang mungkin boleh membuatkan bekas pengurus legendanya, Sir Alex Ferguson tersandar lama sambil menggeleng kepala.
Jika anda seorang penyokong sejati Red Devils, mungkin ada baiknya anda duduk dahulu. Kerana ini adalah 10 fakta dari musim 2024/25 yang cukup menakutkan, membuktikan betapa parahnya kemerosotan yang sedang dialami kelab kesayangan anda.
1. Rekod Kekalahan Terburuk Sepanjang Sejarah Premier League
Musim 2024/25 menyaksikan Manchester United mencatatkan 18 kekalahan dalam 37 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini yang berbaki satu lagi perlawanan.
Ini bukan sekadar angka, tetapi ia secara rasmi memecahkan rekod kekalahan terburuk mereka sendiri dalam era Premier League. Rekod terburuk sebelum ini berlaku pada musim 2023/24 dengan 14 kekalahan.
2. Kedudukan Liga Terendah dalam Era Premier League
Pernahkah anda bayangkan United menamatkan musim di pertengahan bawah carta? Musim ini, mereka bakal mengakhiri kempen liga di tempat ke-16. Ya, tempat ke-16. Dan paling terbaik pun jika mereka menang baki perlawanan dengan Wolves dan West Ham tewas, hanya mampu naik ke tangga ke-14.
Ini merupakan kedudukan liga terendah dan terburuk yang pernah dicapai kelab itu sejak era Premier League bermula pada 1992. Jauh sekali dari ‘Theatre of Dreams’ yang kita kenali.
3. Jumlah Mata Paling Sedikit dalam Sejarah Kelab
Dengan 39 mata selepas 37 perlawanan, United sudah pasti akan mencatatkan jumlah mata terendah mereka dalam sejarah Premier League.
Ini merupakan rekod ‘ngeri’ yang tidak pernah dibayangkan berlaku kepada mana-mana kelab dianggap gergasi. Apatah lagi kelan yang sering mendabik dada pernah muncul juara liga sebanyak 20 kali. Ia satu gambaran kegagalan yang total.
4. Perbezaan Gol Negatif Terburuk
Setakat ini, perbezaan gol Manchester United berada pada angka -12 (42 gol dijaringkan, 54 gol dibolosi).
Ini bukan satu angka yang sesuai untuk sebuah kelab berstatus gergasi. Bahkan ini perbezaan gol negatif terburuk Manchester United dalam sejarah Premier League. Barisan serangan yang tumpul, pertahanan yang bocor. Dua kombinasi yang mengerikan.
5. Jaringan Gol Paling Rendah
Hanya 42 gol dijaringkan dalam 37 perlawanan liga. Ini adalah jumlah gol paling sedikit yang pernah dihasilkan Manchester United dalam satu musim Premier League. Di mana letaknya ketajaman di hadapan gol yang menjadi trademark mereka dahulu?
6. Perubahan Pengurus di Tengah Musim
Sekali lagi, ketidakstabilan di kerusi panas. Erik ten Hag dipecat, digantikan oleh Ruben Amorim.
Perubahan pengurus di tengah musim bukanlah perkara asing bagi United pasca-Ferguson, tetapi ia adalah indikasi jelas bahawa tiada arah tuju yang konsisten dan ia terus menghantui kelab. Apatah lagi pencapaian di liga terumbang-ambing dan tiada hala tuju.
7. Kekalahan di Old Trafford
Old Trafford, kubu kuat yang digeruni lawan, kini kelihatan rapuh. United kini mengalami 9 kekalahan di tempat sendiri dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Ini adalah jumlah kekalahan di Old Trafford paling banyak sejak musim 1962/63, suatu angka yang mengimbau kembali era sebelum dominasi moden mereka.
8. Jurang Mata Jauh Dengan Juara Liga
Seperti mana kita tahu, Liverpool telah dinobatkan juara beberapa minggu lalu selepas disahkan pasukan lain tidak lagi mampu mengejar jumlah mata mereka.
Tahun ini menyaksikan jurang mata Manchester United dengan pasukan di puncak liga musim ini adalah antara yang terbesar dalam sejarah Premier League mereka. Ini membuktikan jurang kualiti yang semakin melebar antara United dan pesaing utama mereka. Apatah lagi Liverpool telah berjaya menyamai rekod mereka sebagai juara liga sebanyak 20 kali. Cukup memeritkan!
9. Tiada Bola Sepak Eropah Musim Depan
Dengan kekalahan mereka awal pagi tadi kepada Tottenham Hotspur menyaksikan Manchester United gagal berkasi di Eropah pada musim hadapan.
Ini adalah satu tamparan hebat, terutamanya bagi sebuah kelab yang sentiasa menjadi peserta tetap di pentas Eropah.
10. Tahun Pertama di Bawah Struktur Pemilikan Baru
Musim ini adalah musim penuh pertama di mana Sir Jim Ratcliffe dan INEOS mengambil alih operasi bola sepak kelab.
Diharapkan ini adalah permulaan era baru, tetapi rekod-rekod buruk ini menunjukkan betapa besarnya tugas yang menanti mereka untuk mengembalikan United ke puncak.
Permulaan yang sukar untuk mengatakan yang paling sedikit. Namun di sebalik tabir telah muncul kisah-kisah yang kurang enak didengar melibatkan staf mereka di peringkat bawah.
Cabaran untuk Manchester United pada musim-musim akan datang bukan lagi soal memenangi gelaran, tetapi bagaimana untuk kembali menjadi pasukan yang disegani dan mengelakkan diri dari terjerumus lebih dalam.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Ini sangat gila. Saya akan berusia 17 tahun pada bulan hadapan. Saya rasa saya peroleh kontrak ONE Championship sebelum saya peroleh lesen memandu saya. Jadi, ini sangat gila,” demikian ucap jaguh muay thai negara, Johan Ghazali yang nyata gembira dengan kemenangannya di kejohanan One Championship Thailand.
Kejayaannya pada Jumaat lalu itu sekaligus menjadikannya atlet termuda meraih kontrak bernilai AS$100,000 (RM472,749) itu.
Video ucapan kemenangannya itu turut dimuat naik ke laman instagramnya dan laman instagram rasmi ONE Championship.
Dia yang lebih mesra dikenali sebagai Jojo itu berjaya menumpaskan lawannya, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO).
Pada pusingan kedua, Jojo menumbuk deras di bahagian perut Termilan lantas menjadikan petarung dari Rusia itu gagal bangun untuk meneruskan pertarungan.
Selain itu, kemenangan itu juga melayakkan Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym berpangkalan di Sarawak itu menerima bonus kemenangan 350,000 baht (RM46,500).
Sanggup Bangun Jam 6 Pagi Untuk ‘Bunuh Diri’ Di Gim
Dalam video berasingan, Jojo yang ditemani jurulatihnya Addy Singpayak memberitahu yang kesungguhan, disiplin dan tumpuan penuhnya merupakan antara faktor yang membolehkannya mengecapi kejayaan berkenaan.
“Anda boleh tanya jurulatih saya, sayalah pelatih yang paling bekerja keras. Saya berlatih lebih keras dari orang lain. Saya rasa apa yang membezakan saya dengan orang lain ialah, saya tidak perlu bertarung seperti petarung-petarung Thai. Saya pilih untuk bertarung kerana saya sukakan muay thai dan saya seronok dengan gaya hidup ini.
“Saya sanggup bangun pada jam 6 pagi dan ‘bunuh diri’ saya di gim kerana saya sukakannya. Jadi, saya rasa itulah perkara yang membezakan saya, iaitu kesanggupan melakukan perkara ini bukan kerana saya perlu lakukannya.
Kontrak ONE Championship Thailand diberikan untuk tempoh dua tahun membabitkan enam pertarungan dan jika berjaya menang dengan KO, petarung boleh menerima bonus sehingga AS$50,000 (RM233,500).
Untuk rekod, Jojo kini telah memenangi empat pertarungan, dimana dia pernah menumpaskan tiga peserta Thailand sebelum ini, iaitu Samurai Seopal, Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex.
Daripada empat pertarungan itu, tiga daripadanya dimenangi Jojo secara KO.
Jojo, atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar merupakan petinju Malaysia/Amerika, demikian menurut laman web ONE Championship.
Walaupun memiliki darah campuran melalui ayahnya, warga Malaysia dan ibunya yang berasal dari Amerika Syarikat, Jojo dilahirkan di Malaysia dan bersekolah di Sarawak.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.