Entri kali ini menyentuh topik yang agak panas dan menarik – Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan,Khas Untuk Lelaki.
Jadi, jom kita mulakan!
Elakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Kesuburan
1. Jangan Pakai Seluar Yang Ketat
Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.
Pakai Boxer Lagi Bagus Dari Spender? Nak lagi bagus, pakailah kain pelikat selalu. Dijamin pengudaraan terbaik punya!
2. Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia dan Radiasi
Sinaran-X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur. Radiasi sentiasa berbahaya
3. Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas
Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.
Ads
Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Seboleh mungkin, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.
Amalkan Pemakanan Yang Sihat
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memastikan kesuburan anda terjaga. Berikut adalah 3 tips pemakanan yang boleh anda amalkan:
1. Dapatkan Banyak Antioksida
Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.
Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protin dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.
Ads
2. Amalkan Pengambilan Suplemen
Dapatkan suplemen yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.
3. Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma
Minuman beralkohol dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, memang sah-sah lah anda tak boleh minum minuman beralkohol. Terlalu Kerap Makan Daging Tak Elok
Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat
Gaya hidup yang sihat adalah antara cara yang paling mudah tapi selalu dipandang remeh.
Ads
1. Berhenti Merokok & Jauhi Perokok
Kalau anda seorang perokok dan inginkan anak, sila berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri.
Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.
2. Kurangkan Stres
Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma. Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.
3. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum?
4. Jangan Ketagih Dadah
Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Ada juga dadah yang boleh mengecutkan ‘kilang sperma’ sekaligus menghilangkan kelelakian seorang lelaki.
Dapatkan Khidmat Pakar
Kadang-kadang anda dah cuba semua cara di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada ‘soal rezeki’ semata-mata, silalah bertanya pada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunya daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu diubati terlebih dahulu.
sumber: firdausazizi.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pahitnya! Mungkin itulah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila sebut tentang peria. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria juga amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
KHASIAT PERIA
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
BANTU MASALAH PENYAKIT
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Dijadikan sebagai makanan ringan pun sedap!
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara peralatan senaman yang selalu digunakan dengan kerap oleh lelaki ialah menggunakan dumbbell. Namun kalau ada dumbbell sampai lengkap setiap berat pun tak guna juga kalau tak pandai guna.
Jangan gundah atau gulana. MASKULIN ada untuk membantu anda melakukan senaman lengkap menggunakan dumbbell.
Kali ini MASKULIN paoasrkan senaman 20 minit bahagian dua iaitu ‘muscular endurance’. Muscular endurance merupakan kebolehan otot atau kumpulan otot untuk melakukan senaman dalam masa yang lama.
Senaman dalam masa yang singkat perlu melibatkan keseluruhan tubuh badan dan otot-otot utama seperti deltoid, quadriceps, hamstring, pectoralis major, latissimus dorsi. Ini kerana menggerakkan otot utama dalam masa yang sama otot kecil juga akan terlibat. Masa rehat di antara set atau senaman perlulah dikurangkan pada 30 saat.
Lakukan senaman ini dengan pengulangan di antara 15 hingga 30 kali. Matlamat atau fokus utama adalah melakukan senaman yang melibatkan keseluruhan tubuh badan dengan meningkatkan tahap intensiti menggunakan beban seperti dumbbell.
Senaman Lunges kali ini hanya menambah bebanan dengan menggunakan dumbbell dan sedikit lompatan.
Pastikan anda lakukan dengan bebanan dumbbell yang ringan kepada yang berat mengikut kebolehan. Anda tidak boleh melompat sekiranya beban dumbbell terlalu berat dan pergerakan ( range of motion) anda akan terbatas.
Mulakan dengan satu langkah ke hadapan, dumbbell sentiasa di sisi dan bengkokkan kaki kedudukan 90 darjah kemudian tolak kaki anda ke posisi permulaan dan tukar kaki sebelah.
2- Reverse Woodchop
Senaman ini menggerakkan otot abdominal, hamstring serta shoulder.
Mulakan senaman dengan berdiri tegak dengan memegang satu dumbbell dan letak di sisi kaki.
Pastikan dada anda tegak ke hadapan, bengkokkan sedikit kaki seperti posisi partial squat dan mulakan pergerakan dari sisi silang ke arah atas bahu.
3- Spell Caster
Fungsi utama senaman ini adalah untuk menggerakkan otot abdominals.
Berdiri dengan kaki anda dibuka lebih lebar daripada bahu anda.
Pegang dumbbell dengan meletakkan di sisi kaki kanan dan mulakan pergerakan dengan menarik dumbbell ke hadapan dan ke sisi kaki kiri.
Pastikan tangan anda tegak dan selari dengan lantai. Gerakkan torso anda dengan menghayun (swing) dari kanan ke kiri.
4- Dumbbell Jumping Squat
Senaman ini lebih efektif untuk membina otot glutes, hamstrings, calves.
Pegang dumbbell dan berdiri dalam keadaan tegak dengan dumbbell menghala sisi kaki anda.
Pastikan kaki anda dibuka selebar bahu dan sentiasa memandang ke hadapan.
Mulakan pergerakan daripada posisi squat dan melompat ke udara.
Semasa anda mendarat, lakukan dengan menyerap ‘absorb’ hentakkan untuk mengurangkan kecederaan lutut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bersenam itu merupakan satu aktiviti yang sangat penting bagi memastikan kondisi fizikal sentiasa dalam keadaan yang baik. Selain mampu menguatkan otot melakukan senaman juga mampu membantu menguatkan jantung.
Melakukan senaman pada usia muda dan pada usia semakin matang juga ada perbezaannya. Ini lebih ketara apabila senaman itu tidak dilakukan dengan konsisten atau lebih teruk sangat jarang dilakukan.
Pastinya untuk menyempurnakan satu sesi rutin senaman pun akan berasa sangat seksa, bukan? Buat anda terutamanya lelaki yang usianya 35 tahun ke atas, kebanyakannya sudah mengalami perubahan bentuk badan.
Tidak salah untuk MASKULIN katakan ramai di antara lelaki mula naik badan dengan beberapa faktor yang tidak dijaga dengan baik seperti pemakanan dan juga kekerapan senaman.
Bersenam pada usia ini terutamanya apabila usia melebihi 40 tahun harus dilakukan dengan teliti dan baik demi keselamatan diri. Ini adalah tempoh di mana anda perlu melakukan senaman yang sesuai dengan perubahan fizikal agar ia selesa dan cukup kuat.
Sebelum melakukan 5 senaman yang MASKULIN syorkan di bawah lakukan sesi pemanas badan dahulu. Anda boleh memanaskan badan dengan jogging, jumping jacks dan juga melakukan kayuhan statik bagi membina dan menyesuaikan kondisi badan sebelum mula bersenam.
Berikut 5 senaman yang anda boleh lakukan!
BOX SQUAT
Lakukan squats dengan menggunakan dumbbell sebagai beban tambahan. Senaman ini mampu membantu menguatkan otot paha, kaki dan juga perut. Lekaukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
FRONT SQUAT
Dengan menggunakan alat bantuan senaman barbell, sebaman ini mampu meguatkan bahagia torso atau abdomen dengan gerakan normal.
Ia mampu membangkitkan skil atletik anda untuk aktif bersukan di masa akan datang. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
Senaman deadlift memerlukan anda melakukan dua gerakan mudah yang boleh melatih bahagian pinggang dan teras badan jadi lebih stabil.
Kemampuan untuk melakukan angkatan turut melatih pernafasan yang baik. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
SHOULDER PRESS
Rutin senaman yang tidak perlu menggunakan sebarang alat bantuan senaman. Ia mampu melatih menguatkan otot badan dan melatih diri untuk melakukan lebih dari apa yang kebiasaan atau kemampuan. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
BENCH PRESS
Satu senaman yang melibatkan pergerakan otot yang intensif menguatkan bahagian bahu dan otot belakang. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.
Semoga tip senaman ini mampu membantu anda mendapatkan fizikal yang lebih baik dan kecergasan yang lebih mantap. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.