
Tanggal 9 Julai 1985 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan kelahiran sebuah ikon jalan raya tanah air. Kini, selepas 40 tahun, Proton Saga terus memecut gagah sebagai simbol mobiliti mampu milik, kejuruteraan rakyat dan keteguhan sebuah semangat anak Malaysia.
Proton Saga bukan datang dari mimpi kosong. Ia lahir dari iltizam besar kerajaan ketika itu, yang dikemudi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemimpin dengan visi dan keberanian. Dengan kerjasama Mitsubishi Motors Corporation dari Jepun, maka lahirlah model kereta nasional pertama, dibangunkan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON).
Lelaki sejati tahu kejayaan tak datang mudah. Proton Saga adalah manifestasi usaha keras, keberanian mengambil risiko, dan komitmen jangka panjang. Ini asas yang sama ada dalam setiap lelaki Maskulin yang mahu membina hidup dari bawah.
Dalam tempoh empat dekad, Proton Saga telah mengharungi tiga generasi utama:
Dengan lebih 4 juta unit terjual, Proton Saga bukan sekadar statistik. Ia adalah bukti keyakinan rakyat Malaysia — dari pelajar universiti, bapa muda, penghantar makanan, hingga ke penjawat awam. Kereta ini menyatukan semua lapisan dalam satu perjalanan.
✔ Kos rendah, jimat minyak
✔ Penyelenggaraan mudah, alat ganti melambak
✔ Rekaan yang tidak lapuk dek zaman
✔ Kalis cabaran bandar dan luar bandar
Bagi lelaki yang mengutamakan nilai praktikal dalam hidup, Proton Saga adalah lambang pilihan bijak. Tiada ruang untuk menunjuk-nunjuk — hanya prestasi jujur dan kemampuan bertahan.
WARISAN YANG BERTERUSAN
Generasi demi generasi menjadikan Proton Saga sebagai kereta pertama mereka. Ia bermula dari ayah, kemudian si anak pula menjadi pemilik baharu. Sama ada sebagai teksi, kereta keluarga, atau kenderaan e-hailing, Proton Saga kekal setia menjadi sahabat di jalan raya.
Walaupun dunia automotif kini menuju ke arah kereta elektrik dan AI, Proton Saga tetap berdiri dengan penuh gaya dan mengingatkan kita bahawa tidak semua yang lama itu lapuk. Ada yang menjadi warisan lelaki.
SAMBUTAN 40 TAHUN
Proton meraikan ulang tahun ke-40 ini dengan konvoi besar-besaran, promosi eksklusif dan pameran model klasik. Di alam maya, kempen #Saga40Years
menjadi tular, dengan peminat berkongsi memori dan nostalgia bersama ‘kereta rakyat’ ini.Proton Saga telah menemani lelaki Malaysia dari zaman memakai walkman hingga ke era telefon pintar. Ia melalui perubahan zaman, tapi tak pernah hilang arah.
Selamat Hari Lahir ke-40, Proton Saga.
BACA LAGI : Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ini Yang Anda Mesti Lakukan Dalam 60 Saat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.