Sebagai pemilik kereta, anda pasti peka dengan setiap perubahan yang berlaku pada kenderaan kesayangan anda. Sensasi pemanduan harian sudah sebati, jadi bila ada ‘sesuatu yang tak kena’, deria anda pasti dapat mengesannya dengan pantas.

Namun, mengesan masalah itu satu hal, memahami puncanya pula adalah cerita yang berbeza. Bukan semua daripada kita arif selok-belok enjin kereta.

Jangan Panik Jika Kereta Terasa Berat Dipandu, Ini 8 Sebab Utama & Cara Atasinya!

Ambil contoh paling biasa: tiba-tiba kereta terasa berat sewaktu dipandu. Bagi yang berkemampuan, mungkin jalan mudahnya terus ke bengkel.

Tapi hati-hati! Jangan sampai jadi mangsa penipuan bengkel yang terus mendakwa perlu ‘overhaul’ dengan kos yang melambung tinggi.

Ads

Sebenarnya, rasa berat pada kereta ketika memandu boleh jadi petanda pelbagai masalah kecil yang boleh diselesaikan tanpa perlu berhabis ribuan ringgit. MASKULIN kongsikan beberapa punca utama yang mungkin menjadi penyebabnya:

Punca-Punca Kereta Terasa Berat Semasa Dipandu

  • Palam Pencucuh (Spark Plug) Sudah Tamat Hayat: Palam pencucuh mempunyai jangka hayat sekitar 30,000 km atau setahun sekali. Jika sudah melepasi tempoh ini, prestasinya akan menurun dan memberi kesan pada kuasa enjin.

Jangan Panik Jika Kereta Terasa Berat Dipandu, Ini 8 Sebab Utama & Cara Atasinya!

Ads
  • Tappet Enjin Lari ‘Setting’: Tappet di dalam ruang enjin boleh beralih dari tetapan asalnya. Lakukan pelarasan tappet setiap 18 bulan jika kereta kerap digunakan untuk perjalanan jauh, atau dua tahun sekali bagi penggunaan biasa.

  • Penapis Petrol Tersumbat: Penapis minyak petrol yang tersumbat akan menghalang aliran bahan api lancar ke sistem pembakaran enjin (karburetor/suntikan minyak). Sebaiknya, tukar penapis ini setiap kali anda menukar timing belt.

  • Penapis Udara Penuh Habuk: Penapis udara (air filter) yang kotor dan tersumbat dengan habuk juga mengehadkan aliran udara ke enjin, menyebabkan kereta terasa berat. Cuci atau ganti penapis udara jika perlu.

BACA: 10 Perfume Dengan Jenis Bau Paling Disukai Wanita!

  • Enapan Karbon Berlebihan: Pengumpulan karbon berlebihan di dalam sistem pembakaran enjin boleh menjejaskan prestasi. Disarankan untuk melakukan cucian karbon setiap dua tahun sekali.

  • Brek Cakera Melekat: Sistem brek yang tidak diservis atau diperiksa secara berkala boleh menyebabkan piston brek melekat, menghalang disc brake daripada dilepaskan sepenuhnya selepas brek ditekan. Cuba pandu perlahan pada gear 1 atau 2 dan dengar jika ada bunyi geseran. Tukar minyak brek setiap tiga atau empat tahun, dan tukar pad brek bila diperlukan.

Jangan Panik Jika Kereta Terasa Berat Dipandu, Ini 8 Sebab Utama & Cara Atasinya!

Ads
  • Bearing Roda Rosak: Selepas usia kereta mencapai 8 hingga 10 tahun, bearing roda mungkin mula rosak. Tanda kerosakan ini biasanya adalah bunyi berdengung kuat yang kedengaran apabila memandu pada kelajuan 80 km/j ke atas.

  • Timing Enjin Lari: Timing enjin kereta yang terlalu rendah atau lari daripada tetapan asal juga boleh menjadi punca. Lakukan pelarasan semula timing enjin di bengkel.

Dengan mengetahui punca-punca ini, anda lebih bersedia dan tidak mudah ditipu sekiranya berhadapan dengan masalah kereta terasa berat. Pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala adalah kunci untuk memastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan optimum.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI