Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai antara kita akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta. Perjalanan jarak jauh memerlukan perancangan rapi atau servis yang baik.
Bukan sahaja dari segi logistik tetapi juga memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan lima servis paling penting yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perjalanan jauh untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
1. Pemeriksaan Minyak Enjin dan Penapis Minyak
Minyak enjin berfungsi sebagai pelincir kepada komponen enjin, mengurangkan geseran dan memastikan kelancaran operasi enjin.
Sebelum perjalanan jauh, periksa tahap minyak enjin menggunakan dipstick dan pastikan ia berada pada paras yang disarankan.
Jika minyak enjin sudah hitam pekat atau sudah tiba masa untuk ditukar, lakukan servis pertukaran minyak enjin serta penapis minyak untuk prestasi enjin yang optimum.
2. Pemeriksaan Sistem Brek
Ads
Brek yang berfungsi dengan baik adalah kritikal untuk keselamatan pemanduan. Pastikan cecair brek mencukupi dan tidak terlalu kotor.
Selain itu, periksa ketebalan pad brek dan cakera brek untuk memastikan ia masih berada dalam keadaan baik. Sekiranya brek berbunyi nyaring atau terasa tidak cekap, segera lakukan servis brek sebelum bertolak.
3. Keadaan Tayar dan Tekanan Angin
Tayar yang baik memastikan cengkaman yang optimum di jalan raya, terutama ketika memandu dalam cuaca hujan atau di lebuh raya yang sibuk.
Periksa tekanan tayar mengikut spesifikasi yang tertera pada manual kenderaan atau pelekat di pintu pemandu.
Ads
Selain itu, pastikan bunga tayar masih tebal dan tidak botak untuk mengelakkan risiko tergelincir. Jangan lupa juga untuk memeriksa tayar simpanan!
4. Pemeriksaan Bateri dan Sistem Elektrik
Bateri yang lemah boleh menyebabkan kereta sukar dihidupkan, lebih-lebih lagi selepas berhenti lama di R&R.
Periksa terminal bateri untuk memastikan ia tidak berkarat dan pastikan bateri masih mempunyai cas yang mencukupi. Selain itu, periksa juga sistem elektrik seperti lampu hadapan, lampu brek, dan lampu isyarat untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
Selain minyak enjin dan cecair brek, beberapa cecair lain juga perlu diperiksa sebelum perjalanan jauh. Antaranya ialah:
Cecair penyejuk enjin – Pastikan radiator diisi dengan cecair penyejuk yang mencukupi bagi mengelakkan enjin daripada terlalu panas.
Minyak transmisi – Jika anda menggunakan kereta automatik, minyak transmisi yang mencukupi adalah penting untuk kelancaran pertukaran gear.
Cecair pengelap cermin – Perjalanan jauh berisiko menempuhi hujan, jadi pastikan cecair pengelap cermin diisi secukupnya untuk penglihatan yang lebih baik.
Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab setiap pemandu. Dengan melakukan servis yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan jauh, anda bukan sahaja dapat mengelakkan masalah di tengah jalan tetapi juga memastikan perjalanan lebih lancar dan selamat.
Semoga perjalanan balik kampung anda berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke destinasi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat penggemar automotif di negara kita acara pertunjukan atau ekspo merupakan satu perkara yang cukup dinantikan oleh mereka. Di antara acara yang cukup besar sentiasa dinantikan ialah Malaysia Motor Expo (MME).
MASKULIN baru-baru ini sempat mengikuti sidang media pengumuman tentang kemunculan semula penganjurannya di Malaysia. Malaysia Motor Expo akan diadakan semalam tiga hari berturut-turut iaitu pada 11 hingga 13 November 2022.
Foto hiasan
Acara automotif terbesar ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Turut berlangsung sama ialah acara International Automodified (IAM) yang merupakan acara terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Lebih menarik acara ini juga turut disokong oleh Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii). Sepanjang tiga hari, MME akan merangkumi pertunjukan di sebanyak tiga buah dewan.
Para pengunjung boleh menyaksikan pelbagai menampilkan pelbagai model kereta baharu sama ada jenis baharu sama ada enjin pembakaran dalaman dan elektrik (EV), motosikal dan jua kereta diubah suai yang dianjurkan dengan IAM.
Di antara jenama pempamer model-model kereta baharu ialah Volvo, Subaru, Ford, Perodua, Hyundai, Kia, Mazda, Peugeot dan juga Great Wall Motors (GWM). Manakala kereta ubah suai pula akan disertai oleh peserta dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Acara ekspo automotif terhebat ini akan diadakan pada tarik disebut di atas bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam. Bagi anda yang cukup merindu ekspo seperti ini pastikan tidak terlepas untuk menghadiri MME 2022.
Nantikan juga sesuatu yang menarik tentang MME 2022 dari MASKULIN di laman media sosial kami di Facebook dan Instagram!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak kiralah sama ada pengguna kereta atau motosikal, MASKULIN rasa pasti anda pasti pernah dengar tentang masalah enjin ‘knocking’. Ia kesan buruk perkara yang cukup sinonim berlaku terutamanya kepada enjin yang berusia lima tahun ke atas.
Tapi sejauh manakah anda tahu tentang masalah enjin knocking dan kesannya kepada kereta anda? MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian oleh Facebook Khairul TUNER Garage tentang masalah ini.
Bagaimana nak kenal pasti kereta ada masalah ini?
Ketika memandu di kawasan berbukit dan kereta memerlukan lebih ‘power’ untuk mendaki kita secara tidak langsung perlu menekan pedal minyak lebih sedikit. Jika dalam keadaan ini terdengar bunyi knocking seperti guli sedang berlaga itu bermakna kereta anda ada masalah enjin knocking.
Jelas perkongsian Khairul TUNER Garage bunyi ini boleh berlaku dalam ruang pembakaran enjin atau combustion chamber dan berpunca dari dua sebab berikut:
1. Campuran udara dan bahan api yang kurang dari sepatutnya (AFR Lean)
2. Ignition timing terlalu advance (tidak sesuai dengan setup enjin dan Fuel yang digunakan)
Kredit: carblogindia.com
Satu perkara anda perlu tahu ialah kedua-dua perkara ini akan meningkatkan suhu dalam combustion chamber. Ini sekali gus menyebabkan berlakunya pra-nyalaan (pre-ignition) di mana bahan api terbakar sebelum spark plug menyala dan juga penyebab berlakunya situasi dikenali sebagai detonation atau knocking.
Masalah knocking memang secara tak langsung menjejaskan prestasi dan kemampuan sebenar enjin kereta. Masalah pembakaran tidak normal menyebabkan sistem enjin terganggu dan menjejaskan potensi kuasa sebenar enjin.
Kerosakan Piston
Lebih malang lagi masalah enjin knocking yang dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kerosakan serius pada piston. Ia boleh kesan buruk seperti menyebabkan piston menjadi retak dan cair. Selain itu, spark plug juga boleh pecah dan lebih teruk lagi valve boleh bengkok dan silender blok calar dengan teruk.
Jika anda rasa enjin mula ada simptom knocking pergilah periksa dengan mekanik berpengalaman dengan segera. Jangan biarkan ia terus berlarutan. Makin dibiar makin banyak pula kos baikinya nanti!
Kredit:
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebelum ini penulis ada mengeluarkan artikel tentang model terkini Myvi baharu. Bagaimanapun, lakaran ringkas berkenaan mendapat respons kurang memberangsangkan daripada pengikut Sinar Turbo.
Baru-baru ini, penulis menerima lakaran imej 3D Myvi baharu daripada individu yang dirahsiakan identitinya.
Setelah mengambil kira input terkini yang diterima, beberapa perubahan telah dilakukan pada lakaran berkenaan.
Masih menggunakan Toyota Corolla iM sebagai asas platform, bahagian depan mengalami perubahan di sektor lampu, bampar dan gril. Jika diamati bahagian gril menerima kemasan krom tebal yang dipadankan dengan logo Perodua yang terletak di bahagian tengah.
BACA>>>>>INI WAJAH SEBENAR MYVI GENERASI KETIGA?
Lampu utama jika dilihat mirip Bezza tetapi didatangkan dengan saiz lebih besar yang ditarik sehingga ke belakang. Lampu belakang juga berubah dan tampil dengan desain kombi.
Model dengan kod D20N itu dikatakan lebih besar dan panjang berbanding generasi terdahulu.
Pada bahagian mekanikal dikatakan Perodua bakal menggantikan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3 liter dan 1.5 liter Dual VVT-i yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu.
Sementara, bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual.
Berikut informasi yang perlu anda ketahui tentang model Myvi baharu:
1) Lampu depan dikatakan akan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.
2) Lampu belakang menggunakan rekaan kombi dan pandangan belakang Myvi baharu mengingatkan kepada Kia Rio. Konsep pembuka pintu but belakang sama seperti model Axia baharu.
3) Difahamkan selain pilihan rim 14 inci, Perodua bakal menawarkan pilihan rim bersaiz 15 inci.
4) Pilihan warna baru iaitu kelabu dan hijau.
5) Posisi gear diposisikan di konsol tengah dan tidak lagi diletakkan pada papan pemuka.
6) Butang penghidup push/start ditawarkan standard pada semua varian.
7) Varian tertinggi bakal menerima skrin sentuh bersama integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hazard light tak boleh suka-suka tekan: Ini fungsi sebenar hazard light. Hazard light atau lampu isyarat kecemasan merupakan satu ciri penting yang terdapat pada semua kenderaan moden.