Lampu kereta yang kekuningan pasti menyakitkan mata. Manakan tidak, kereta yang sering terdedah dengan cuaca membuatkan lampu menjadi kusam dan akhirnya nampak kekuningan.
Kalau anda nampak lampu kereta kekuningan, tak perlu tukar baru dahulu. Cuba tip yang dikongsikan Khairul Anwar Tumingan ini agar lampu kereta yang kuning dan kusam kembali berkilat serta nampak baharu.
Modalnya jimat tak sampai RM15 hanya menggunakan kertas pasir dan metal polisher. Jom ikuti perkongsiannya.
Hari ini bro nak share cemana nak clearkan dan gilap headlight yang sudah kuning and kusam dengan modal tidak sampai RM15.
Ada macam-macam lagi cara dan produk untuk tujuan ini, tapi ini antara yang berhasillah. Yang penting kena gigih menggosok yeh. Selamat mencuba!
(Ini untuk headlamp plastik sahaja)
Langkah-langkah ada dalam caption setiap gambar.
Lampu asal. Setelah bertahun-tahun, lampu akan menjadi kekuningan dan kabur kerana oksida. Berbahaya terutama untuk drive malam sebab lampu akan jadi kurang terang.
1. Dimulakan dengan Bismillah. Saya pakai kertas pasir gred 600 untuk membuang lapisan kuning dan kabur.
Ads
2. Gosok dengan menggunakan air. Masa ini nampak kesan kotor dan kuning itu tertanggal.
3. Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning sudah berkurangan.
Sebenarnya ada cara nak buat perangkap lipas dalam kereta. Malah cara ini anda boleh lakukan sendiri menggunakan bahan mudah dari dapur.
Perangkap lipas dalam kereta ini dikongsikan oleh seorang wanita dengan nama Abuyat Sakoora di laman Facebooknya. Jika kereta anda berdepan dengan masalah yang sama, bolehlah ikut petua ini. Semoga bermanfaat.
Pak Jamel jumpa resipi ni dalam FB, alhamdulillah menjadi! Sekarang dah x jumpa lagi dah lipas-lipas bermaharajalela dalam kereta. Kalau x, buka ja pintu ewah. Bersenang-lenang depa dok atas seat, atas stereng, kat tingkap. X hormat langsung dengan tuan keta ?. Nah hambik kau. Hasil tangkapan memuaskan. Sapa ada masalah yang sama macam kami, boleh try resipi di bawah.
1. Marjerin (xyah banyak-banyak do. Tengok macam dalam gambar tu ja. Kang maqah mak kau nak buat kek marjerin habis dijamu lipas)
2. Minyak masak (kalau boleh amik yang dah guna. Yang baru nanti sayang minyak sekang mahal)
3. Susu pekat manis (x kisah apa cap sekalipun janji manis)
Simpan dalam kereta semalaman. Jangan lupa bila nak bagi orang tumpang keto kau, kang x pasal dipijak bekas minyak tu. Menangis kau keto bau minyak ??
#abuyatsakoora
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini merupakan projek yang cukup istimewa dan sangat eksklusif diperkenalkan oleh Nissan. Kereta model GT-R (R35) ini merupakan tribute istimewa kepada jaguh tenis muda Jepun, Naomi Osaka.
Naomi yang merupakan suara Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat kini bergelar sebagai pemain di ranking keempat dunia. Bertindak sebagai duta Nissan, Naomi dilihat menjadi ikon sukan tenis dan juga inspirasi buat rakyat Jepun untuk meraih lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.
Hanya 50 unit sahaja Nissan GT-R edisi istimewa dihasilkan dan Naomi memainkan peranan sangat besar dalam memilih warna kereta-kereta yang dikeluarkan.
Terdapat tiga warna yang mampu membuatkan ramai terpesona iaitu ungu, putih dan hitam. Ketiga-tiga warna tema ini juga boleh dilihat di bahagian dalam kereta yang mempunyai sentuhan berkualiti tinggi.
Turut diberi gelaran Osaka GT-R ia dilengkapi dengan carbon spoiler dan plat enjin emas. Untuk bahagian enjin dan chasis tidak ada sebarang perubahan dilakukan berbanding model biasa.
Kombinasi enjin 562 kuasa kuda twin-turbo dan ATTESA kereta ini mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan di pasaran automotif masa kini segmen sport utility vehicle (SUV) kini cukup popular di kalangan pengguna terutamanya generasi muda.
Rata-rata SUV kompak yang hadir di pasaran bukan sahaja tampil dengan rekaan yang sporty dan relevan dengan trend semasa malah sarat dengan pelbagai ciri-ciri moden yang mampu membantu pemanduan menjadi lebih lancar serta menarik.
Di antara modekl yang cukup dinantikan dan dibualkan ramai pada tahun ini ialah Honda HR-V baharu. Semalam, MASKULIN sempat mengikuti pelancarannya yang berlangsung di KL Convention Centre. Honda Malaysia melancarkan model Hip & Smart Runabout Vehicle, HR-V Serba Baharu yang sudahpun meraih perhatian pasaran sebelum ini.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, HR-V telah mencipta segmen baharu dalam pasaran dan sekali gus menjadikannya model terlaris.
Model serba baharu ini yang dibangunkan dengan konsep ‘AMP UP YOUR LIFE’ telah diperbaharui, dan kini hadir dengan penggayaan luar biasa, sistem janaan kuasa canggih serta ciri inovatif dan dalam masa sama masih mengekalkan ciri praktikal untuk kegunaan harian.
Mengulas tentang jentera terbaru mereja, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Hironobu Yoshimura berkata, “HR-V direka untuk sentiasa berada selangkah di hadapan. Popularitinya tidak dapat disangkal, dan ia masih dikekalkan untuk model terbaru ini. Sejak ia dibuka untuk tempahan, HR-V Serba Baharu telah menerima sambutan positif daripada rakan media serta orang ramai.
“Saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa HR-V Serba Baharu telah menerima lebih daripada 20,000 tempahan setakat ini. Dengan maklum balas menggalakkan dan permintaan tinggi terhadap model baharu berkenaan, kami juga ingin memaklumkan bahawa tempoh menunggu bagi HR-V Serba Baharu ini ialah 12 bulan, bergantung kepada ketersediaan varian yang ada. Bagaimanapun, Honda Malaysia sedang mengambil langkah terbaik untuk menyerahkan kereta baharu pelanggan secepat mungkin.”
“Selain itu, lanjutan tempoh bagi pengecualian cukai jualan oleh Kerajaan Malaysia juga telah melonjakkan lagi jualan kenderaan Honda. Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin berterima kasih terhadap usaha berkenaan yang bertujuan untuk menyokong industri automotif di sepanjang tempoh pandemik ini,” tambahnya lagi.
Di antara perubahan paling signifikan pada HR-V baharu ini ialah penampilan rekaan luarannya. Pada bahagian hadapannya ia hadir dengan ‘wajah’ Sporty Gril hadapan, sementara rekaan belakangnya dihiasi oleh Jalur Lampu LED.
Sentuhan estetik lain yang menarik pada kereta ini termasuklah Lampu Isyarat LED Sequential Depan², Lampu Utama LED sepenuhnya dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL), Lampu Kabus LED di depan¹ dan Rim Aloi Sporty bersaiz 18-inci² melengkapkan lagi imej HR-V Serba Baharu.
HR-V Serba Baharu terus meletakkan tanda aras yang lebih tinggi bagi segmen SUV kompak dengan pengenalan tiga pilihan sistem janaan kuasa sebagai pilihan kepada pelanggan, mengikut gaya hidup dan keperluan penggunaan masing-masing. Pertama kali diperkenalkan untuk City dan City Hatchback, teknologi e:HEV telah menerima sambutan menggalakkan daripada pasaran.
Ia akan dilanjutkan kepada HR-V RS Serba Baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mementingkan kecekapan sistem janaan hibrid dalam sebuah SUV kompak. Sistem 1.5L e:HEV dengan 2-motor memberikan 131PS kuasa dan 253Nm tork. Sistem hibrid 2-motor Honda yang unik menyelaras antara tiga mod pemanduan: Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin, yang akan bertukar mengikut situasi pemanduan oleh pemandu.
Bagi pelanggan yang inginkan pengalaman pemanduan berprestasi dan mengujakan pula mempunyai pilihan enjin 1.5L VTEC Turbo (varian V & E). HR-V Serba Baharu merupakan model bukan-nasional pertama menawarkan enjin pengecas turbo yang menghasilkan kuasa sebanyak 181PS dan 240Nm tork bagi pemanduan yang lebih responsif serta mengujakan.
Varian RS, V dan E akan ditawarkan dengan pilihan mod pemanduan NORMAL, SPORT dan ECON, yang boleh ditukar dengan mudah melalui Drive Mode Selector. Varian S pula dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menjanakan kuasa sebanyak 121PS dengan tork maksimum 145Nm.
Ruang dalaman HR-V Serba Baharu pula telah direka untuk memberikan keselesaan dengan gaya moden dan stylish. Varian RS kini menampilkan balutan kerusi kulit³, Pedal Kaki Sports, Dua-zon Pendingin Hawa Automatik dan Deceleration Selector Paddle.
Varian RS, V dan E menampilkan Paparan Kluster Meter (TFT) Interaktif berukuran 7-inci dan Paparan Audio berukuran 8-inci yang boleh dipadankan dengan Apple Carplay dan Android Auto⁴.
Dengan ruang dalaman yang sofistikated, Honda telah memperkenalkan Air Diffusion System untuk HR-V Serba Baharu ini bagi mendapatkan kitaran udara sejuk yang lebih baik untuk semua penumpang. Ciri standard tambahan lain pada model baharu ini ialah pengudaraan pendingin di belakang.
Selain itu, ciri termaju yang pertama kali diperkenalkan dalam segmennya dan juga oleh Honda yang terdapat pada varian HR-V RS ialah ciri bebas kendalian tangan bagi pintu ruang belakang (Hands-Free Power Tailgate) dengan fungsi Walkaway Close, yang mana pintu ruang barangannya akan ditutup secara automatik jika pemandu bergerak menjauhi kenderaan selepas “Walkaway Close Switch” diaktifkan.
Penghidup Enjin Kawalan Jauh¹ (Remote Engine Start) dan ciri Kunci Automatik Bila Beredar (Walk Away Auto Lock) juga merupakan ciri baharu yang diperkenalkan untuk HR-V Serba Baharu. Pemandu model baharu ini juga akan mendapati bahawa ciri Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control) juga sangat membantu dalam mengawal pendikit dan brek secara automatik bagi mengekalkan kelajuan rendah, membolehkan pemandu fokus kepada kendalian stereng ketika menuruni cerun curam.
HR-V Serba Baharu ini juga dilengkapi dengan set penuh teknologi keselamatan termaju Honda LaneWatch² dan Honda SENSING. Sebagai nilai tambah terhadap keselamatan pelanggan Honda, Honda SENSING kini merupakan ciri standard untuk semua varian HR-V Serba Baharu.
Sistem canggih bantuan pemandu Honda SENSING terdiri daripada:
1. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
2. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
3. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
4. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
5. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
6. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)
7. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
8. Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow)
9. Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification)
Selain itu, ciri inovatif termaju yang terdapat pada HR-V Serba Baharu ialah Honda CONNECT², sebuah teknologi terkini yang memanfaatkan Teknologi Telematik Pintar untuk menjamin Keselamatan, Sekuriti dan Kemudahan. HR-V Serba Baharu akan ditawarkan dalam lima warna; merah (Ignite Red Metallic), kelabu (Meteoroid Gray Metallic), putih mutiara (Platinum White Pearl), perak (Lunar Silver Metallic) dan hitam (Ruse Black Metallic).
Harga HR-V Serba Baharu adalah seperti berikut:
Dengan pelancaran model baharu yang menarik ini, Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 1,600 unit HR-V Serba Baharu sebulan.
Merupakan SUV kompak sebenar yang mendahului dari sudut rekaan luaran, ruang dalaman serta sistem janaan kuasa yang canggih, HR-V Serba Baharu dijangka akan menarik minat pelanggan dalam kalangan keluarga muda urban, profesional serta sesiapa saja yang inginkan sebuah kenderaan bergaya dengan kelengkapan canggih yang menepati gaya hidup masing-masing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang