Gaya Hidup

5 Bahan Mudah Untuk Halau Lipas, Antaranya Guna Pelekat Gam RM2.50 & Sabun Buku!

Share

Kalau tak kena dengan cara memang susah nak halau lipas. Walaupun ubat gegat dan penyembur aerosol diakui boleh menghalau lipas tetapi harganya agak mahal.

Untuk menjimatkan kos adalah lebih baik anda menggunakan bahan-bahan dapur yang harganya jauh lebih murah untuk menghalau lipas daripada menghantui hidup anda.

Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa bahan yang mudah didapati di rumah untuk dijadikan bahan penghalau lipas.

Tip ini dikongsikan untuk membantu anda agar tidak berbelanja lebih dalam memastikan  rumah anda bebas daripada dihurung binatang perosak ini.

BACA: “Lipas Masuk Telinga!” Jangan Risau, Anda Boleh Keluarkannya Dengan Langkah Ini!

Antara bahan-bahannya adalah:

1. Listerine

Hanya campurkan sedikit air paip bersama satu bekas penutup Listerine ke dalam botol penyembur. Selepas itu, semburkan cecar tadi di kawasan lubang saliran atau sudut-sudut yang menjadi laluan lipas. Bau pudina daripada Listerine amat efektif dalam menghalau lipas.

2. Daun Pandan

Lipas tidak gemar pada bau yang dikeluarkan oleh daun pandan. Bagi manusia, aroma daun pandan wangi tetapi tidak pada lipas. Cara untuk mengahalau lipas adalah dengan menggulung satu helai daun pandan, kemudian ikatkan ia. Selepas itu, letakkan pada sudut gelap di rumah anda. Ia amat mujarab untuk menghalau lipas.

BACA: Wanita Tunjuk Cara Mudah Buat Perangkap Lipas Dalam Kereta, Hanya Guna 3 Bahan Je!

3. Buah Pelaga

Buah pegaga sedap dibuat masakan tetapi tidak bagi lipas kerana bau yang dikeluarkannya berupaya menghalang pembiakan lipas. Hanya taburkan buah pelaga ini di kawasan sarang lipas dan anda lihat hasilnya nanti.

4. Sabun Buku

Anda hanya perlu memotong sbaun buku ini kecil-kecil dan taburkan di kawasan yang gelap serta lembap di rumah. Sabun buku akan mengeluarkan bau yang kuat hingga membuatkan lipas menghindari kawasan tersebut.

5. Pelekat Perangkap Lipas

Alat ini lebih efektif jika ditambah dengan sedikit umpan seperti bawang, kulit pisang atau sisa makanan. Letakkan umpan tersebut di tengah-tengah pelekat ini dan letakkan di kawasan rumah yang menjadi sarang lipas.

IKLAN