Biasalah sudah asam garam kehidupan sebagai pasangan suami isteri, tak kiralah sama ada sudah lama berkahwin atau tidak pastinnya anda berdepan dengan pergaduhan.
Ada kalanya benda kecil pun boleh melarat menjadi pergaduhan sehingga masing-masing mula tarik muka dan meninggikan suara.
Dan di sinilah anda sebagai seorang suami harus pandai memainkan peranan bagaimana untuk melembutkan hati isteri dan juga hati diri sendiri.
Perkara paling penting di sini ialah masing-masing harus cuba untuk faham dengan situasi. Sebagai suami pula anda harus bijak untuk kawal keadaan sesuai peranan sebagai ketua keluarga.
Ya, bila sedang marah memang sukar untuk kita kawal kelakuan dan juga kata bicara. Disebabkan itulah anda perlu bertenang, berfikir dan lakukan 5 perkara di bawah!
JANGAN DUDUK TEMPAT SAMA
Bak kata orang-orang tua bila sudah marah cara paling senang untuk meredakan hati ialah dengan duduk tas kerusi. Jika duduk atas kerusi pun masih marah, alihkan dengan duduk atas lantai.
BERHENTI CARI SALAH
Jika masing-masing ingin menegakkan pendirian masing-masing dan berkeras sampai bila-bila pun tak akan selesai. Sebelum berkata-kata anda perlu fikir untuk dua atau tiga saat. Fikirkan adakah apa yang ingin dikatakan itu akan lebih memburukkan keadaan atau tidak.
BACA: Amal 4 Jenis Pelukan Ini Dengan Isteri, Pasti Hidup Lebih Bahagia!
AMBIL WUDHUK
Jika ras marah anda masih berterusan selepas duduk ini adalah langkah terkahir demi kebaikan anda dan pasangan. Sebagai lelaki anda harus tunjukkan contoh yang baik. Jika hati masih membara pergilah ambil wudhuk. Bila sudah ambil wudhuk ajaklah si dia untuk solat berjemaah.
INGAT SEMULA SAAT BAHAGIA
Setiap orang tak sempurna begitu juga diri anda dan pasangan. Untuk menjernihkan keadaan cuba fikir semula kenangan manis sewaktu mula bercinta atau berkahwin dahulu. Kenang semula segala usaha, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurah oleh si dia untuk anda. Sedikit sebanyak perkara itu boleh buat anda fikir betapa sayangnya anda kepadanya.
BERI RUANG
Ketika marah pasangan anda mungkin tak nak tengok wajah anda. Ya, walau betapa handsome mana sekalipun ketika itu dia cukup meluat melihat wajah anda. Jangan jadi seorang yang menjengkelkan dengan cuba melakukan perkara annoying. Berikan dia ruang buat seketika tetapi janganah menjauhi. Dalam erti kata lain jika dia marah berada di ruang tamu, anda beredarlah seketika ke dapur.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI