5 FAKTA TENTANG YAMAHA FAZER 25 YANG PERLU ANDA KETAHUI

Share

Sebelum ini penulis ada mengeluarkan artikel model spyshot Fazer 25 di India. Konsumer India baru sahaja menerima model tersebut. Kehadiran Fazer 25 menandakan permulaan penglibatan Yamaha dalam kategori sport 250cc di India.

Justeru itu, ini lima perkara perlu anda ketahui tentang model tersebut:

1) ENJIN & PRESTASI
Model Fazer 25 berkongsi jana kuasa dengan motosikal naked FZ25. Model tersebut menggunakan enjin 249cc silinder tunggal penyejukan udara/minyak. Kuasa maksimum 20.9PS pada 8,000rpm dan tork 20Nm pada 6,000rpm disalurkan ke roda menerusi transmisi 5-kelajuan. 

Berat jentera 154kg membantu kepada nisbah kuasa-ke-berat secara keseluruhan.

 

2) CIRI PERALATAN
Fazer 25 dipadankan dengan kluster digital yang memaparkan masa, penggunaan purata bahan api dan jam digital diikuti speedometer, odometer, takometer, indikator minyak dan perbatuan.

BACA>>>>>VERSI AKHIR YAMAHA FAZER 250 BOCOR- REKAAN DEPAN YANG ANEH!

Ciri lain termasuk lampu depan LED bersama lampu nyalaan siang (DRL) pada kedua-dua bahagian sisi yang memberi sentuhan unik. Tidak ketinggalan Fazer 25 dilengkapi dengan ciri Auto Headlamp On (AHO).

Reka bentuk fairing depan menawarkan perlindungan angin yang efektif selain menyumbang kepada faktor aerodinamik.

Untuk keselesaan tunggang jarak jauh, pelana penumpang dan penunggang adalah berasingan bersama material anti-geluncur. Sayangnya model tersebut tidak ditawarkan dengan ciri ABS. 

 

3) KOMPONEN MEKANIKAL
Tugas menyerap bonggol dan lubang serta jalan tidak rata diserahkan kepada fork teleskopik depan 41mm manakala penyerap hentak hidraulik dipasang di bahagian belakang.

Cengkaman brek yang meyakinkan ditugaskan kepada brek cakera bersaiz 282mm di depan dan 220mm di belakang. Kemudian ia dipadankan dengan rim 17 inci.

 

4) KECEKAPAN BAHAN API
Menggunakan teknologi Blue Core, model sport itu dikatakan mampu merekodkan kecekapan bahan api di atas kertas 40km/l. Selain kecekapan bahan api, sistem berkenaan juga mampu menawarkan keseimbangan di antara pecutan dan prestasi di tahap terbaik.

 

5) HARGA
Model pengenalan asas kategori sport milik Yamaha itu ialah Rs1,29, 335 (RM8,627). Harga berkenaan meletakkan Fazer 25 di kedudukan tengah antara pesaingnya yang lain iaitu Bajaj Pulsar RS200, Honda CBR250R dan KTM RC200.

 

GALERI

 

IKLAN